Tuesday, March 26, 2013

RUSSIAN BLACK AND WHITE CAKE


Assalammualaikum.






Kek ni aku buat untuk birthday adik aku (Ina) dan anak sedara (Shasha) minggu lepas. Birthday yang dekat2 tarikhnya. 

First time buat kek ni sebab suka ngan penampilan isi dalamnya lagi pun aku suka kek2 yang ada 'isi' didalamnya. Bila dipotong kek tu...wah!...nampaklah kelainan dari kek biasa.




Russian black and white sebenarnya lebih kepada kek coklat. Cuma tambahan coklat dan keju yang ada disetiap lapisan kek buatkan ia nampak lagi cantik. Kek asal adalah 4 lapis kek tapi aku cuma buat 3 lapis je. Kalau 4 lapis lagi tinggi dan cantik bila dipotong.






Untuk kek coklat boleh guna mana2 sahaja resepi kek coklat yang anda selalu guna. Lagi sedap guna kek coklat lembab. Resepi aku ambil dari sini tapi ada ubahsuai sikit ikut bahan2 yang ada kat dapur aku ni.  Boleh klik untuk lihat step by step cara2 membuatnya. 





RUSSIAN BLACK AND WHITE 
Resepi : Juicy Cafe
Dari blog : Puteri's Oven.

Bahan A (loyang 8")
1 cwn serbuk koko
1/2 cwn gula halus
1 cwn air panas
1/2 cwn susu cair

Bahan B
250gm butter 
2 cwn gula perang 
4 biji telur
2 sk esen vanila

Bahan C
2 cwn tepung gandum
2 sk baking powder
1 sk soda bicarbonat (aku tambah)
(ayak semua bahan)

Cara2.
Masak bahan A kecuali susu cair dengan api kecil hingga sebati, angkat dan sejukkan. Campurkan susu cair.

Pukul butter dan gula perang hingga kembang. Masukkan telur sebiji2 dan esen vanila. Gaul rata.

Masukkan adunan tepung berselang seli dengan adunan coklat. Kaup balikkan hingga rata.

Masukkan dalam loyang dan bakar secara bain marie pada suhu 160C (ikut oven masing2) selama 50-60 minit. Boleh juga dibakar kek seperti biasa.

Setelah masak angkat dan sejukkan.

FILLING COKLAT
50ml whipping cream (aku guna susu segar)
200gm coklat masakan - potong kecil2 (aku guna Le Bourne)

Cara2.
Panaskan whipping cream dengan api kecil hingga berbuih2 sedikit. Masukkan coklat dan kacau hingga larut. Angkat dan sejukkan. Masukkan dalam piping bag. Simpan dalam fridge hingga keras sedikit.

FILLING CHEESE (aku buat 2 adunan)
250gm cream cheese
120gm mentega (aku tak letak)
1 cwn gula icing (aku guna 150gm)
sedikit lemon essence
sedikit whipping cream yang telah dipukul kental - aku tambah.

Cara2.
Putar cream cheese dan gula hingga creamy. 
Campurkan lemon essence. Jangan banyak sangat nanti pedau. Cukup untuk membangkitkan rasa cheese sahaja. Aku campurkan sedikit whipping cream dan gaul rata. Agak2 adunan cheese secukup lembut. Masukkan dalam piping bag.

Cara melapis kek:
Potong kek kepada 4 bahagian. Lapisan pertama paipkan filling cream cheese ditengah2 sebesar duit 50 sen. Diikuti dengan filling coklat disekelilingnya dan diselangseli dengan cream cheese lagi. Buat seperti lingkaran ubat nyamuk hingga memenuhi kek.

Letak lapisan kek ke2 dan mula dari tengah dengan filling coklat pula dan diselangseli dengan filling cheese. Buat semua hingga habis. (refer link kat atas)

Setelah siap 4 lapisan sapu keliling kek dengan cream cheese dan kemaskan. Simpan di dalam frigde sementara menyediakan ganache coklat.


GANACHE COKLAT (untuk curah atas kek)
100ml whipping cream (aku guna susu segar)
300gm coklat - dipotong kecil

Panaskan whipping cream dengan api kecil hingga berbuih2 sedikit. Masukkan coklat dan kacau hingga larut. Angkat dan sejukkan sekejap sebelum dituang  atas kek. JANGAN tunggu sehingga ganache pekat.  Teknik menuang ganache atas kek klik disini dan di sini.





Lets try dan hidangkan untuk yang tersayang. Mesti happy giler. Buatlah lebih cantik dari yang ini.

Nota : 
Loyang 8" lenser dengan butter dan alas dengan baking paper di bahagian bawah sahaja.
Oven panaskan terlebih dahulu lebih kurang 10 minit.
Jangan buka pintu oven semasa membakar kek terutama  dalam jangkamasa 20 minit selepas kek dimasukkan. Ini akan menyebabkan kek 'terbantut'.  
Cucuk ditengah2 kek dengan lidi satay untuk mengetahui kek sudah masak atau belum.
Lidi yang bersih setelah ditarik keluar dari kek menandakan kek telah masak.
Jika sudah cukup masa membakar dan kek belum cukup masak, bolehlah ditambahkan 5-10 minit lagi masa membakarnya.


Daa...











Wednesday, March 20, 2013

ASAS ROTI - ROTI KEJU

Salam bahagia.

Lama sungguh tak menjenguk ke sini. Gambar2 masakan dah bertimbun2 tapi satu pun tak sempat nak upload.

Dah makan semua? Lunch ni aku cuma makan roti je. Roti yang dibuat malam tadi. Gambar tak sempat nak snap sebab keluar2 dari oven panas2 tu ramai yang dah menunggu. Terus ngapp!

Dari minggu lepas angin nak meroti tiba2 singgah di dapur aku. Lamaaa sangat ! tak buat roti sebab selalu buat roti tak jadi lembut seperti yang diharapkan. Masa mengembang bukan main tinggi naiknya tapi bila dah masak tekstur jadi keras. Tu yang maleh tu. Keciwa!

Tersinggah kat blog sorang blogger masakan ni. Betul2 dia promote resepi tu menjadi dan sedap. So...ini lah hasilnya. Tak keciwa lagi tapi bahagia. Harap2 asyik makan roti badan pun tak mengembang cam roti.

Penambahan water roux dalam resepi ni yang aku rasa buatkan roti sangat lembut dan gebu sebab aku hanya gunakan yis tanpa bread improver atau bread softner. Apa itu water roux? Wah! interesting bukan? Ramai blogger2 masakan dah menggunakan water roux sebagai bahan tambahan dalam adunan roti untuk mendapatkan tekstur yang lembut dan gebu.

Water roux atau water roux starter (Ibu Roti) atau dipanggil Tang Zhong  adalah kaedah tradisional masyarakat Cina dalam  penyediaan mee dan kulit dumpling. Sekarang digunakan dalam penyedian roti atau bun. Digunakan sebagai agen penaik dan pelembut yang dicampur bersama bahan asas doh roti. (sumber internet). 

Aku rasalah...water roux ni juga digunakan oleh masyarakat Cina dalam pembuatan chakoi. Chakoi orang2 Cina terkenal sebab ianya lembut dan gebu. Sapa2 yang ada buat chakoi tu cuba2lah campurkan dengan water roux. Menjadi nanti share2 lah ye.

Resepi water roux.

50gm tepung gandum
250gm air

Campurkan tepung dan air ke dalam periuk. Kacau hingga sebati. Panaskan atas api yang kecil dan kacau hingga pekat. Setelah masak sejukkan dan simpan dalam bekas bertutup dan masukkan dalam peti ais. Boleh bertahan sehingga 3 hari. Jika bertukar warna dan tekstur jangan digunakan lagi. Bila hendak digunakan keluarkan dari peti ais hingga mencapai suhu bilik.


ROTI KEJU - CHEEZY BREAD
Resepi oleh : emiliaputeri

Bahan-bahan

380gm tepung high protein (tepung roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera (aku guna mauripan)
1 bj telur A
100ml air
100gm water roux
60gm butter/marjerin
1sk bread softner (saya tambah)-aku tak letak 

Mozarella/Parmesan Cheese dan gula secukupnya untuk ditabur atas roti  - aku gantikan dengan cheddar cheese

Cara-cara
Masukkan semua bahan kecuali air ke dalam mangkuk mixer dan gaul.

Masukkan air sedikit-sedikit sehingga mendapat ketepatan yg dikehendaki (jangan masukkan semua air sekaligus) . Uli sehingga 20 minit. lebih sikit pun tidak mengapa.

Saya guna BM, saya masukkan  semua bahan dan biar BM uli dalam 10 minit. Kemudian saya masukkan mentega. Saya biarkan BM uli doh selama 1 jam 30 minit. 

Apabila BM dah siap menguli, saya keluarkan doh dan uli doh ikut bentuk yang saya suka. Oleh kerana doh yang dapat agak banyak, saya buat dua jenis roti: 

1. Roti Cheese saiz besar dalam loyang 9 X 9 inci
2. Roti bun kecil yang saya masukkan dalam muffin casing.  

Roti bun comel tu saya letak inti iaitu sardin.

Untuk bun comel-comel dalam casing, saya taburkan sedikit daun Parsley.
Untuk roti cheese bila dah mengembang tabur cheese dan gula castor.
Bakar 160 - 170 degree selama 15 -20 minit. Api atas bawah sehingga roti masak.

Dah siap. Bun yang masih panas terus sapukan butter ke atas permukaannya. 

Note - terlupa nak update. Dalam resepi di atas tak letak. Kang pening pulak yang baru nak buat. Lepas adunan mengembang tumbuk2 sikit nak keluarkan angin. Baru di bentuk samada bulat (bun) atau memanjang. Satu bun timbang seberat 50gm. Jika suka isi inti apa2 sahaja dan biarkan mengembang sekali lagi baru dibakar. Harap faham ye. 

Nak tengok step by step boleh klik link emiliaputeri kat atas tu.




Inilah adunan roti yang telah mengembang dengan jayanya. Naik melimpah sampai memenuhi BM aku. Terpaksa ditekan sedikit untuk mengeluarkannya.





Taraaa...!!





Blueberry bun. Yang ni belum masak lagi tapi tengok naik menggebu2..Gambar dah masak tak sempat nak snap dah kena ngapp!!.


Roti Keju. Kat atas je tabur cheddar cheese dan gula castor.









Roti keju bentuk bulat.







Pun boleh buat cinnamon roll.







Ini lah beraneka jenis roti yang boleh dibuat dengan resepi di atas. Sedap dan gebuszzz..!

Lets try. Thanks for singgah.