Monday, June 22, 2015

MERAKAM KENANGAN...


5 Ramadan 1436H.

Assalammualaikum wbt.

Hari ke 5 berpuasa. Masih tiada resepi yang nak dikongsi sebab tak ada gambar yang mengiringi. Tak bestlah kan. Bila ada visual baru dapat dirasa pada mata walau tak sampai ditekak tapi tetap terasa.

Sekadar berkongsi beberapa lagi hasil kerastangan yang lalu. Merakam kenangan walau tak seberapa. Walau tak secantik dslr...syukur selalu sebab aku masih sempat menyambar oppo untuk photo2 ini. Dslr..kau tunggu ye untuk satu shot yang sangat bermakna nanti.



Victoria sandwich cake.




Blueberry Cheese tart.








Tart nenas bentuk buah2an untuk hantaran.








Best ever chocolate moist cake.




Red Valvet cake.












last but not least..pulut kuning masih relevan sebagai penyambung bicara orang kita.



Selamat menjalani ibadah puasa.


"Nilai hidup kita diukur dari berapa banyak yang kita beri. Lagi susah lagi banyak kita sedekah. Allah akan murahkan reseki dan akan kembalikan pada kita dalam bentuk tersendiri yang lebih gah!" - dr.afl

Friday, June 19, 2015

IZINKAN AKU...

2 Ramadan 1436H

Assalammualaikum.

Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga amal ibadat kita diterima oleh Allah swt.

Lama dah tak mencoret di sini. Nak letak tajuk entry ni pun dah macam tak ade idea. Tajuk tak ada kena mengena dengan entry ye.

Sedikit bakti yang dicurahkan di sini. Walaupun memang dah tempat mencari rezeki tapi sebab bidang ni lain cabang dari kerja sebenar aku kat sini tu yang aku kata mencurah bakti tu. Kira sedekah tenaga untuk tolong company gitu. Bolehkan...sedekah tu universal.

Jomlah tengok aktiviti yang dah lama berlalu ni. Sekadar untuk kenangan diri sendiri bila dah tak keje lagi di sini.

Ini hasil kerja untuk Selangor Chocolate & Candy Festival 2015 di Tropicana Mall beberapa bulan lalu. Gambar kurang memuaskan sebab bawa Oppo sahaja masa hari tu. Terima je lah..enjoy.

Di dapur Fidani.








Thanks Fathia yang banyak membantu aku dengan joke2 yang hangat!








Di Selangor Chocolate & Candy Festival 2015.
































range of Fidani's Chocolate.




hilang penat lelah bila kek ini tersaji di meja VIP.










kek dari Fidani Coklat Truffles (white chocolate)



as a guest..senyum dan tenang walau pun penglibatan aku dalam festival ini penuh kontroversi. Ialah...kau buat account..camne tiba2 lak kau boleh masuk dapur jadi chef hah!




aku simpan semua pahit manis ini sebagai kenangan di sepanjang jalan kehidupan. Terima kasih atas segalanya kerana rezeki untuk kita bersama sampai di sini sahaja.

Hidup kalau tak ada ujian dan cabaran bukan hidup namanya. Hidup ini indah. Nikmati seadanya.

Selamat berpuasa.




Wednesday, June 17, 2015

WW : RAMADAN KAREEM...


30 Sya'ban 1436H.

Assalammualaikum wbt.






Selamat menjalani ibadah puasa Ramadan dibulan yang mulia ini.

Maaf zahir batin.