Tuesday, December 31, 2013

Are you ready...?


Assalammualaikum.

                             


Are you ready?...hhmmm...macam nak gi berperang je bunyinya. Seriau pun ada. 

Hari ini hari terakhir 2013. Esok insyaallah dapat lagi melihat matahari. Esok dah masuk 2014. Ada orang rasa biasa2 je. Sama je dengan hari2 sebelumnya. Rutin harian berjalan seperti biasa.

Azam? Tiap2 tahun pasang azam. Ada yang tercapai setengah, suku ada juga yang tak tersentuh pun. Aku main redah je walau pun dalam hati dalam kepala ada juga perancangan yang dah dirangka tapi semua itu terserah Allah. Perancangan sebagai guide dalam meneruskan kehidupan ini.

Okey...tak de entry masak atau resepi atau gambar2 tempahan kek. Touch and go je kat blog ni sambil nak ucapkan selamat, lancar, aman dan barokah dalam kehidupan kita untuk satu tahun lagi walaupun kita sebenarnya tak tahu pun apakah yang ada di selangkah kaki kita selepas ini.

Wasalam.














Friday, December 13, 2013

TEMPAHAN LAGI...meriahnya.

Assalammualaikum.

Salam manis dan salam bahagia.

Masa berlalu dengan sangat pantas. Akhir tahun Masihi 2013 hampir ke penghujung. Musim banjir di negeri2 Pantai Timur juga semakin beransur susut. Moga gelombang kedua jika terjadi tidak seteruk gelombang pertama. Jika boleh tidak berlaku langsung. Dugaan untuk penduduk Pantai Timur dengan banjir besar baru2 ini sebenarnya satu peringatan untuk kita semua. Redha sahajalah dengan kerugian dan musibah yang berlaku. Allah lebih mengetahuinya.

Bumi di Pantai Barat sebelah sini juga sering dibasahi hujan. Setiap hari atau selang sehari hujan pasti turun. Sama lebatnya dengan musim kenduri atau musim makan-makan free dihujung tahun.

Ada beberapa tempahan yang masih belum diupdate di blog ini. Sekadar untuk tatapan pengunjung blog dan terimakasih pada yang menempah. Lebih kurang minta halalkan.





Red Valvet with cream cheese
9"













chocolate mousse cake
with rainbow candy
9"













Red Valvet cupcakes
with gumpaste flowers





Russian Black and White cake
8"x8"





Russian Black and White Cake
9"x11"













Red Valvet with fondant gumpaste for hantaran.
8" round.




Have a nice weekends.

Tuesday, December 3, 2013

CANDY BATIK BERKACANG


Assalammualaikum.

Sihat semua ye...cuaca tengah sejuk ni memang seronok sangat kalau dapat bercuti. Bercuti kat rumah lepak2 golek2lah yang paling sedap. Tak payah fikir nak masak apa untuk family yang tak punya anak kecil lah. Kalau macam aku masak tak boleh tinggal even kalau bercuti ke mana2 lagi2 duduk homestay masak tetap jadi agenda utama. Family besar sekali sekala makan kat luar ok..kalau selalu koyak rabaklah purse aku. Kena pandai2 adjust agar percutian tidak rasa membebankan. Nak enjoy tapi kepala pening... pening! Kira duit di tangan sendiri.







 Dah lama tak share resepi. Hari ini in sya allah ada. Curi2 masa sikit dari kesibukan closing account, tempahan kek, nak siapkan bunga pahar. Penat tapi seronok.

Candy Batik berkacang seakan-akan kek batik biskut marie yang lain. Pada aku kek batik lebih kepada kek yang lembut sebab ada adunan telur dan susu segar di dalamnya. Candy Batik juga menggunakan biskut marie tanpa ada telur dan susu segar so, teksturnya lebih keras dan agak kering seperti candy2 yang lain.

Aku pernah buat kek batik yang lembut tapi anak2 tidak menggemarinya kerana biskut marie menjadi lembut. Anak2 lebih menyukai biskut marie yang masih keras dan rasa kekacang di dalamnya. Pada aku kedua2nya ok tapi candy kacang pada aku lagi sedap. Teksturnya yang agak keras dan liat2 milo yang sedap dan ranggup bila digigit.




Ini resepi lama yang aku simpan dari zaman anak dara lagi. Resepi asal dari sepupu aku Zaiton Alias yang mula2 buat dan tak menjadi tapi rasanya sangat sedap pada masa itu. Disebabkan aku dah jatuh cinta dengan candy ni aku minta resepi dan aku modified sendiri hinggalah candy batik ini seakan menjadi trade mark pada aku bila setiap kali adik beradik lain yang nak makan semua minta aku yang buatkan. Rakan2 juga menggemarinya sebab ianya lain dari kek batik yang biasa.

Cara masak juga adalah sama cuma bahan2 yang digunakan tidaklah semeriah kek batik. Apa yang penting dalam penyediaan candy batik ini ialah ianya perlu dikacau dengan api perlahan hingga pekat. Kepekatan atau kelikatan adunan akan mempengaruhi tekstur candy batik. Jika terlalu pekat candy menjadi sangat keras dan agak susah untuk dipotong tapi amat sedap dan ranggup. Jika adunan agak lembik dan tidak dikacau lama biskut marie tidak ranggup dan cepat lembik. 

Candy Batik perlu dikacau selalu supaya adunan tidak hangus dan berkerak di bawahnya. Guna kuali tebal, dan masak lah dalam tempuh 15-20 minit bergantung kepada besar kecilnya api yang digunakan. 

Alas loyang dengan aluminium foil dan lebihkan foil supaya senang menarik keluar candy apabila telah sejuk dan keras.

Semasa menekan candy di dalam loyang jangan dimasukkan semua adunan sekali gus kerana akan ada ruang2 kosong diantara biskut yang akan menyebabkan adunan longgar dan pecah ketika dipotong. Ambil sedikit adunan tekan2 di dalam loyang dengan cara menyusun biskut berlapis2. Tekan dengan kuat dan padat dengan tapak tangan yang dialas plastik. Buat sehingga habis. Buat dengan cepat
kerana jika adunan sudah sejuk milo akan mengeras dan tidak melekat diantara lapisan2 biskut. Jika ini berlaku angkat kuali dan panaskan di atas api sekejap hingga adunan milo agak lembut dan bolehlah ditekan ke dalam loyang. 






CANDY BATIK BERKACANG.

Bahan2.
300-400gm milo
1/2 -3/4 tin susu pekat manis @ susu krimer (ikut manis)
1 paket biskut marie - dipatah2kan
250gm butter
1/2 cawan kacang tanah

Cara.
Sangai kacang tanah hingga masak, sejukkan dan tumbuk kasar. (boleh buat awal)
Cairkan butter dan masukkan susu. Kacau rata. Masukkan milo dan kacau selalu hingga pekat dan licin. Bila sudah pekat tutup api dan masukkan biskut marie dan kacang tanah. Gaul rata hingga semua biskut diselaputi adunan milo. Tinggalkan kacang tanah sedikit untuk ditabur di atas candy. Tekan adunan ke dalam loyang yang dialas dengan aluminium foil dan tabur kacang tanah di atanya. Sejukkan dalam peti ais.

Tips - candy ini agak keras. Gunakan pisau yang nipis dan tajam untuk memotongnya. 


Selamat mencuba.

Thursday, November 14, 2013

SNOW CHEESE CAKE...


Salam manis untuk semua. 

Dah hujung2 kalendar sekolah ni ramai yang menghadiri majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah dan ramai juga anak2 kita yang meraikan kejayaan di majlis2 konvo yang sedang rancak sekarang ni. Tahniah untuk semua. Kejayaan ini adalah permulaan untuk langkah yang lebih jauh mengharungi perjalanan hidup yang penuh berliku.

Hujung minggu ini juga aku akan ke Uitm Bkt Mertajam, Penang meraikan kejayaan abang long Amirul@Ayoi untuk majlis konvonya selepas 3 tahun berhempas pulas (macam teruk nau..) memegang title student U. Ada rezeki sambung lagi tahun depan untuk degree pulak.








Ok..back to the resepi. Snow Cheese Cake. Dah lama kek ni femes sejak diperkenalkan. Sekarang keluar pulak versi yang 'dibaikpulih', versi modified atau penambahbaikan. Dari Snow Cheese Cake terhasilnya Cheese Cake Meleleh. Apa yang meleleh tu?..cheesenya yang meleleh. Kalau teringat kesedapannya air liuq pun boleh meleleh. Hebat betul kan?

Resepi aku ambil dari Kak Nor secubit garam. Sebenarnya kek yang digunakan adalah kek sponge/span tapi versi buat sendiri. Selalu dolu2 aku guna ready made kek span yang jual kat kedai bakeri bila nak buat jenis2 kek macam ni tapi kali ni aku ikut betul2 resepi kek span yang kena bancuh sendiri. Nak tengok perbezaan rasa dan teksturnya. Lagi pun nak menghabiskan tepung hongkong yang dah terbeli gara2 nak buat durian creepe tapi tak berkesempatan.

Hmm...not bad! boleh tahan. Kek naik mengebu2 dan lembut. Lebih kurang dengan yang ready made dan aku suka teksturnya yang tidak terlalu ringan tapi masih lembut dan gebu.

Beza snow cheese cake dan cheese cake meleleh adalah pada toppingnya. Kalau nak buat kek sebiji macam ni guna resepi topping yang biasa tapi kalau nak yang meleleh tu guna resepi lagi satu. Aku letak dua2 kat bawah nun. 

Kek ini ditutupi dengan parutan halus cheedar cheese. Nampak lagi mewah dengan rasa manis cream cheese dan cheedar yang masin2 sikit. Presentation yang sangat ringkas dan menarik sesuai untuk yang tak pandai deco2 tu. Buat kek ni paling senang dan rasa pun sedap. I was wondering...ada tak alternatif lain untuk gantikan cheedar cheese tu sebab pada tekak aku rasa masin cheedar tu macam mengganggu pulak. Ke ada brand cheedar yang sedap? Aku guna jenama Anchor. Sila lah share ye kalau ada.

Kek ni diorder oleh sahabat aku Mas dari Dapo Mak Katering untuk majlis makan2 untuk pasangan husband and wife. Tu sebab wordingnya ada jiwang karat sikit. Nak buat untuk hantaran atau anniversary pun sesuai. Terpulang pada citarasa masing2.





(rings are not included)




Resepi asal dari SherryMZ@MyResepi dikongsi oleh ramai blogger. Aku ni penyambung resepi dari blog Kak Nor Secubit Garam.  Check it out!

SNOW CHEESE CAKE
Resepi : SherryMZ@MyResepi
Rujukan : Kak Nor@Secubit Garam

Bahan2 (loyang 9")

Kek
4 biji telur
2 biji kuning telur
100gm gula castor
100gm tepung hong kong/superfine/tepung gandum
60gm tepung jagung
50gm air sejuk (dari peti ais)
1 st baking powder
2 sudu makan ovelet
75gm mentega (cairkan)

Cara2
1. Campurkan semua bahan kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana hingga pekat dan putih. Masukkan mentega cair. Putar lagi hingga sebati.
3. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu butter dan dialas dengan kertas minyak.
4. Bakar menggunakan api atas bawah pada suhu 150C selama 45minit -1 jam (ikut oven memasing).
5. Bila sudah masak sejukkan dan dipotong kepada 2 lapisan.
6. Sapukan krim cheese di atas kek dan tutup dengan satu lapisan kek di atasnya. Salut seluruh kek dengan lebihan krim cheese.
7. Taburkan cheddar cheese diatasnya.
8. Sejukkan selama 1-2 jam di dalam peti ais.

UNTUK KRIM 
250gm cream cheese
1/2 tin susu pekat manis
Cara - satukan kedua bahan dan putar hingga tidak berketul.

UNTUK TOPPING
1/2 kotak cheddar cheese (diparut halus)

CREAM CHEESE MELELEH
250gm cream cheese
120gm susu pekat manis
50ml UHT Whipping Cream
Cara - campur semua bahan dan pukul sebati. Adunan cair.

Tips :
1. Tak perlu sapu butter di keliling loyang cuma di dasar loyang sahaja.
2. Setelah kek masak terus telungkupkan loyang di atas redai dan biarkan sejuk. Ini untuk mengelakkan kek menjadi kecut.
3. Untuk cheese cake meleleh sila letak kek anda di dalam bekas dan lapiskan kek berselang seli dengan cream cheese diakhiri dengan taburan cheddar cheese. Gunakan  sudu untuk makannya.








Senyum sikit...say cheeseee...!!

Permisi.




Wednesday, November 6, 2013

TERIMA KASIH...



Assalammualaikum dan salam manis.


Salam Maal Hijrah 1425H. Permulaan tahun Islam yang sangat indah dipenghujung tahun 2013 ini. Semoga kehidupan kita terus diberkati di bawah naugan hidayah yang terus diberi untuk berada dilandasan yang diredhai.



Aku masih di sini. Setia mengadun butter dan gula. Menggaul tepung dan sirap kencana. Masih sibuk di dapur seperti selalu cuma tak berkesempatan untuk bertanya khabar di alam maya.



Terima kasih pada yang terus membizikan hari2 aku dengan tempahan yang agak berlarutan. Syukur alhamdullilah rezeki itu masih berpihak padaku. Walau pun masih banyak yang perlu diperbaiki dari segi decoration kek sekurang2nya tempahan2 ini memberi ruang pada aku untuk mencuba kreativiti dan mencabar kebolehan diri sendiri.



Sebahagian dari kek2 yang dihasilkan.



Russian Black and White
with choc. ganache 
hiasan fondant
saiz - 8x8
berat - 3.5 kg

tinggi - 4"










Pumpkin cupcakes
hiasan fondant
saiz - 2.5 oz








Cupcakes hantaran
Rainbow cake with fondant flowers
saiz - 2.5 oz










Moist choc. cake with 
choc. ganache
saiz - 9"









Red Valvet Cake
with fondant flowers
9x6"





Blueberry cheese tart









Russian Black and White
with choc. ganache
saiz - 9"
berat  - 3.5kg
tinggi - 4"








Russian Black and White
with choc. ganache
fondant decoration
saiz - 8x8
berat - 3.5 kg












Budget wedding cake
Red Valvet Cake with
cream cheese topping and
fruits decoration
45pcs cupcakes
cake - 9"








Russian Black and White
with choc. ganache and
fondant decoration
saiz - 8 x 8"
berat - 3.5 kg
tinggi - 4"










Adios. Jumpa lagi.





















Friday, October 11, 2013

RENDANG AYAM PENCEN NOXXA.


Assalammualaikum.

Rasanya masih sempat lagi kot aku publishkan resepi ni untuk raya haji nanti. Actually banyak email yang aku terima tanya tentang macamana nak guna periuk PC Noxxa yang aku dah beritahu dalam entry sebelum ni. Boleh masak apa jika gunakan periuk tu?

Sebenarnya pada sesiapa yang dah beli periuk tu sebaik2nya bertanyalah pada orang yang menjualnya sebab aku pasti mereka tentu tahu masakan apa yang boleh dimasak dalam periuk tu. Tapi kan..mungkin Allah tu dah cipta hati aku ni yang tak sampai hati dan amat bermurah hati (siapa lagi nak pujikan...) dengan rela hati aku nak kongsikan tentang kegunaan PC ni.







Satu tujuan aku masa mula2 beli PC ni adalah supaya aku yang sibuk dan masa amat terbatas dengan kerjaya dan urusan rumahtangga dapat manafaat yang besar dari PC ni. Pendekata memudahkan segala hal2 masak memasak dan paling menjimatkan masa tak perlu berumahtangga kat dapur tu. Kesimpulannya..kita dapat menyediakan sesuatu masakan itu dalam masa yang singkat dan cepat instead of guna cara masak dengan dapur biasa.






Untuk raya haji atau raya puasa atau bila2 lah masa PC ni memang sangat2 berguna terutama nak buat rendang. Biasa masak rendang daging atau ayam pencen lebih kurang 2 3 jam nak tunggu daging/ayam empuk tapi kalau dengan PC ni lebih kurang 1 jam sahaja.








Resepi rendang boleh guna resepi sendiri dan resepi aku ni hanyalah untuk aku dan pada sapa2 yang nak cuba resepi lain bolehlah mencuba. Lebih penting macamana nak masak rendang dalam PC ni. Aku guna ayam pencen sebab ayam ni liat ya amat tapi bila dah masak lembut dan sangat sedap. Kalau guna ayam biasa masaklah cara biasa guna dapur gas sebab kalau guna PC ni kang keluar2 periuk ayam kau dah lembik lotek tak pun hancur...huhuhu...jangan salahkan aku kalau jadi cam tu, keringkan je lah boleh buat serunding.                                             

Ok..tengok dulu bahan2nya.

RENDANG AYAM PENCEN. 

Bahan-bahan.
1 ekor ayam pencen
3 cawan santan pekat
1 cawan cili kisar
1/2 cawan kerisik
2 helai daun kunyit-dicarik2 kasar
2 helai daun kunyit-hiris halus
garam kasar, garam halus, gula, minyak dan sedikit asam jawa.

Bahan2 dikisar halus.
6 biji bawang merah
3 biji bawang putih
2" halia       
2" lengkuas 
7 batang serai

Cara2.



  • On kan PC dan tekan butang stir/fry. Masukkan minyak dan bila dah panas masukkan bahan2 yang dikisar. Goreng hingga wangi.
  • Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak. Offkan butang stir/fry.
  • Masukkan ayam, santan, kerisik, daun kunyit yang disiat2 dan gaul rata. Pastikan ayam tenggelam di dalam santan. Jika santan tidak mencukupi tambah dengan santan cair atau air. Jika suka boleh lagi ditambah santan pekat.
  • Masukkan sedikit garam kasar anggaran 1 sb.
  • Tutup periuk dan on kan butang high pressure dan set timer selama 30 - 40 minit.
  • Bila sudah cukup tempoh memasak keluarkan angin dan pindahkan rendang kedalam kuali untuk mengeringkan kuah rendang yang berbaki.
  • Tambah garam jika perlu, gula dan sedikit air asam jawa. Rasa masam manis masinnya. Bila hampir kering masukkan daun kunyit yang dihiris. Siap.







Nota :
  • Tempoh memasak rendang 30 minit dan dimasak lagi untuk mengeringkan kuahnya-ayamnya agak2 lembut dan ada rasa liat2 sikit.
  • Tempoh 40 minit dan dimasak lagi untuk mengeringkan kuahnya - ayamnya lembut tapi tak hancur. Aku suka macam ni. Selalu buat 40 minit. Kalau ada nak yang liat2 sikit aku masak 30 minit sahaja. Terpulang pada citarasa anda.
  • Jangan silap tafsir dengan PC anda jika memasak rendang ayam atau daging. PC ini tidak akam membuatkan rendang anda kering macam dimasak dalam kuali. Setelah daging/ayam lembut kuahnya perlu dikeringkan di luar (dalam kuali macam biasa) Fungsinya hanyalah untuk mempercepatkan daging/ayam empuk. Oleh itu santan atau cecair jangan terlalu banyak just cukup untuk melembutkannya sahaja. Juga jangan terlalu kurang nanti rendang anda hangit sebab bumbu2 di dalam rendang akan mendap ke dasar periuk dan menjadi hangit. So..pandai2 lah adjust. Practice makes perfect semudah ABC.
  • Gunakan senduk kayu atau melamin semasa mengacau bahan2 dibimbangi lapisan tak melekat pada periuk tercalar..aduh!..sakitnya!

Selamat hariraya Aidiladha. Maaf zahir dan batin dari markisa@pdapor.blogspot.com




Thursday, October 10, 2013

KEK LUMUT KUKUS YANG TERSEDAP!


Assalammualaikum dan salam manis.

Resepi ni pun nampaknya macam dah berlumut juga bila disimpan2 terperap tak dibuat2. Tiba2 angin ribut melanda hati bagai ditarik2 untuk membuatnya. Sebab dah teringin sangat nak rasa kek ni di satu malam di hujung minggu lalu aku pun kuatkan hati dan semangat nak mengukus kek ini.







Aku suka kek kukus lagi2 kek kukus dari Sarawak tapi satu yang aku becinta sangat nak buatnya..ialah masa mengukus yang sangat panjang buatkan aku dah surrender awal2 angkat bendera putih. Memang becinta betul lah. 

Semenjak aku cuba bereksperimen dengan Pressure Cooker (PC) Noxxa pada kek buah kukus dulu rasanya semua masalah tu boleh selesai dengan cepat.Lihat sini.  Memang sangat2 berbaloi guna PC ni untuk kukus kek. Paling senang tak payah tambah air bila air mula kering jika guna pengukus biasa. Dah siap bancuh terus masukkan dalam PC set timer dan on. Sementar tunggu kek masak 2 jam tu boleh lah buat apa2 kerja lain. Senang kan?








Bagaimana rasanya? Oh..oh..oh...tersangatlah sedapnya! Rugi aku lambat mencuba dan lagi rugi siapa yang belum mencuba. Sedap sangat! lembut, moist rasanya. Cuma pada aku agak manis sikit. Tak tau lah silap kat mana sebab rata2 aku baca komen yang dah buat semua cakap manisnya sedang2 je. Bagi aku yang memang kuat manis ni, kek ni agak manis. Next time kalau buat kena kurangkan gula atau kena sukat betul2 sebab masa buat kek ni tang sukat guna sudu tu aku main agak2 je. Tu sebab terlebih manis kot. Overall...kek ni tersedap!





Walaupun permukaan kek aku ini macam permukaan bulan tapi keknya adalah lembut dan moist. Nyaman je masuk ke mulut. Kalau tak kerana rasanya agak manis harus sudah setengah kek ini aku korbankan untuk tekak aku. Dapatlah bagi sepotong dua pada jiran2 dan dapat juga bawa balik kampung untuk adik2 di sana merasa.








Satu adunan kek ini hanya untuk loyang 8". Muat2 dalam PC aku. So pada kawan2 yang nak gunakan PC ni nanti aku tunjukkan macamana nak set timer tu. Kalau guna periuk pengukus, kukuslah seperti biasa.

Resepi dari Dayang Jack. C&P dari blog Masam Manis.


KEK LUMUT

Bahan-bahan ( loyang 7 " x 7 ")
1 cawan tepung gandum ~ diayak
1 cawan horlicks
3/4 cawan gula halus
250 g mentega
4 biji telur A
pewarna hijau secukupnya 
4 sudu besar seri kaya
1/4 cawan susu pekat manis
1 sk esen vanilla


Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering)

* Kek ini memang tidak menggunakan sebarang bahan penaik 





Ini lah PC Noxxa tu. Ini masa aku rebus daging. Selalu buat dalam 30-40 minit. Sangat menjimatkan masa instead of berjam2 kalau guna gas. Sesuai untuk buat sup tulang. Raya Haji nanti nak buat sup memang aku guna periuk ni lah.








Ok..cara nak kukus kek dalam periuk ni. Aku tunjukkan step by step tapi without gambarlah ye. Belum bersedia nak buat yang bergambar tapi harap2 korang boleh faham langkah2nya sebab senang aje.



1) Masukkan pelapik periuk ke dalam periuk macam gambar kat sebelah ni. Kalau boleh beli yang kakinya agak tinggi sedikit. Aku beli di pasar pagi yang jual barang2 3 barang rm5.00 atau boleh je guna apa2 yang boleh dijadikan pelapik loyang kek (tin sardin yang kecik tu ke). Ikut kreativiti sendiri.

2) Masukkan air sama paras dengan lapik periuk dan set high pressure selama 5 minit bertujuan untuk panaskan air.

3) Bila kek dah siap diadun masukkan dalam loyang 8". Periuk ni muat2 untuk saiz loyang tu sahaja. Tutup loyang dengan 2 lapis aluminum foil dan tinggi (kembungkan) bahagian tengah foil supaya kalau apa2 kek yang kita masak dan naik cantik dia tak melekat kat foil tu.

4) Ikat foil ketat2 dengan tali.

5) Bila air dah panas selama 5 minit tolak penutup presure untuk keluarkan angin dan boleh dibuka periuk. Masukkan loyang dengan hati2 dan letak atas pelapik besi tadi. 

6)Tutup periuk dan set timer high pressure selama 90 minit. Bila sudah cukup masak 90 minit dan signal telah berbunyi tekan timer dan set lagi 30 minit untuk menjadikan tempuh mengukus selama 2 jam. 

7) Bila telah cukup masa, keluarkan angin PC dan buka tutup periuk (off kan PC @ tutup api). Biarkan kek sekejap di dalamnya anggaran 15-20 minit baru dikeluarkan dari periuk (sudah agak sejuk dan memudahkan untuk mengeluarkan loyang)

8) Buka ikatan tali dan buka foil untuk menyejukkan kek.

9) Taraaa..!!  kek dah masak dan cantik. Kalau tak jadi jangan salahkan PC tapi mungkin adunan salah dibancuh.


Selamat mencuba.