Friday, May 17, 2013

KEK BUAH KUKUS



Assalammualaikum dan salam sejahtera.







Alhamdullilah pagi Jumaat yang barokah. Sejuk pagi ni bila bumi Shah Alam disirami hujan setelah kering kontang berminggu lamanya. Walau pun sekejap tapi hujannya tetap lebat. Sejuk sedikit hari2 yang teramat panas semenjak kebelakangan ini. 



Cuaca yang sangat panas tidak elok untuk kesihatan. Yup! aku sendiri merasai perubahan itu. Batuk, selsema, tekak perit tiba2 menduga aku. Hampir seminggu suara berubah. Sengau je bunyinya...hihihi...Hidung memerah dek kesan gosokan, picitan selsema. Huh!..kepala berat dan badan semakin dedau. Telan ubat je..tak leh mc. Tak sampai hati nak mc sebenarnya sebab tengah dok close account.  Account tak close orang akan pandang pada aku walaupun sebenarnya yang aku harapkan hanyalah simpati. Huhuhu...redho je lah!









Tapi kan dalam dok2 tak sihat tu tekak tetap sentiasa sihat. Alhamdulillah..Allah masih beri aku rasai kenikmatan untuk bersantap lagi walau badan rasa lemah. High taste lak tu. Sambil2 bw kat dapur kawan2 terpandang satu resepi ni yang buat meruntun anak tekak nak merasanya. Lagi lah komen empunya blog yang mengatakan kesedapan kek ini. Moist sangat!



Aduhai..kek buah kukus. Semenjak bila ye aku mula suka pada kek buah ni. Sejak aku rasa kek yang sangat sedap, yang sangat simple presentationnya yang aku pernah rasa 3 tahun yang lalu. Nak merasa lagi memang tak kan lah sebab si dia gone with the wind.. 



Nak buat sendiri memang 'bercinta' sangat sebab mengenangkan nak kukus selama 4 jam! Hambik kau! Aku rasa memang tak sanggup nak tunggu lama macam tu. Kalau air kukusan hampir kering kena tambah dengan air panas. Tu yang aku maleh tu. So macamana aku tetap nak melaksanakan hajat nak makan kek buah ni?



Orang kata kalau 'passion' tu memang sangat tinggi segala rintangan akan dihadapi. Cewah! Mula2 aku buat separuh adunan sebab nak rasa dulu keknya macamana dan nak test cara aku buat ni jadi ke tidak. Bila dah buat dan jadi sedap, semua orang yang aku bagi rasa kata sedap tambah bersemangatlah nak buat. Terimakasih korang yang menjadi pembakar semangat untuk aku teruskan projek mengukus kek buah ini. 







Ok, camne aku buat? Aku guna pressure cooker (PC)! Dah bancuh semua letak dalam PC, set time dan on. Cukup masa masaklah dia. 

Next entry aku detailkan pasal PC ni. Now share dulu resepi kek Buah Kukus yang aku dapat dari blog Azie Kitchen. Sila lah ke blog dia untuk lebih detail tentang kek ini dan skodeng resepi2 dia yang sedap2.









Kek ini bersaiz 8". Berat? of course lebih 1 kg. Kek buah ini lagi lama disimpan lagi sedap. Balut dengan plastik untuk mengekalkan kelembapannya. Menurut Azie kek ini sedap dimakan selepas 2 hari dan baru dipotong untuk mendapatkan rasa dan kelembapan yang sedap. Walahai..tak sempat tunggu 2 hari lah Azie. 1 hari pun dah rasa kesedapannya. 2 hari dah habis dah..hihihi...







(bahagian bawah kek)


Cubalah buat dihujung minggu ini. Kek ini juga sesuai untuk hantaran dan digandingkan dengan fondant yang licin mulus.

Daa...selamat berhujung minggu.

Wednesday, May 8, 2013

KEK COKLAT - JANJI DITEPATI.

Assalammualaikum.

Lama sangat bercuti dari berblog buatkan rasa melesss sangat nak update blog. Tapi demi janji nak letak resepi Kek Coklat ni aku tepis terajang perasaan malesss tu. Kalau dah berjanji harus wajib ditepati. Jangan jadi munafik. Janji2 kosong. 

Sebenarnya aku dah siap draftkan resepi ni cuma nak edit sikit dan publish minggu lalu. Tiba2 ada 'Mr Bizi' datang dengan tidak semena2 dan juga internet down menjadikan entry ini tertangguh lagi.

Beberapa hari lalu selesai sudah rakyat Malaysia menunaikan hak dan kewajipan di dalam memilih pemimpin dan kerajaan untuk tempoh 5 tahun mendatang.

Puashati dengan keputusannya? Mana mungkin kan, selagi bernama manusia pasti ada yang rasa jengkel, tidak puashati dan bermacam2. 

Walaupun BN masih mengekalkan penguasaannya tapi aku rasa sedikit sedih, sesal dan terkilan. Bukan sebab BN menang tapi sebab perpecahan bangsa Melayu yang semakin ketara. Bayangkan untuk 5, 10 tahun lagi macamana? Lihat sahaja orang Cina yang semakin kuat ikatan perpaduan mereka dengan bertambahnya kerusi DAP pada PRU 13 ini. Alahai...bukan malesss aku nak sambung cerita pasal ni tapi   satu sahaja aku nak tulis...JANGAN MELAYU HILANG DI DUNIA. (ada arti ka?)

Ok..back to resepi. Resepi ni pernah aku sharekan di sini anugerah terindah. Resepi yang sangat mudah, simple dan senang nak buat. Yang empunya resepi Fendi Myresepi yang popular tu. Dulu2 aku memang sign up dengan Myresepi ni tapi lama2 tak jenguk sampai lupa langsung password nak login nak gebang2 dengan ahli2 yang lain. Kalau cari resepi ni di sana anda boleh tengok bukan main panjang lebar, berjela2 komen2 yang memuji kesedapan kek ini. Rasanya komen aku pun masih ada di sana. 

Untuk sifu2 masakan resepi ni sangat enteng tapi untuk adik2 dan yang baru berjinak2 dengan dunia masakan boleh cuba resepi ini. In sya Allah menjadi. Rasanya kek coklat adalah salah satu kek yang memang disukai ramai. Tak rugi kalau kita tahu buat kek coklat. Salah satu kek yang setiap ibu dan setiap perempuan harus tahu membuatnya. Boleh juga untuk  menambah koleksi kek coklat sebab aku sendiri pun ada 2 3 lagi resepi kek coklat yang sedap.







KEK COKLAT
By Fendi Myresepi


Bahan A. (loyang 8 in)
2 biji telur
1 cwn minyak masak
1 cawan gula pasir (aku guna gula kastor)
1 cawan gula perang

Bahan B
1 1/2 cawan susu coklat
1/2 cawan air panas + 2sk nescafe
1 sk vanila
(campur semua)

Bahan C
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 sk baking powder
2 sk soda bicarbonat
(ayak semua)

Coklat Ganache (topping)
1/2 cawan koko Van Houten
1/2 cawan susu pekat
1 sb minyak masak.

Cara2.
Pukul telur hingga kembang (aku guna hand whisk je). Masukkan gula perang dan gula kastor. Masukkan minyak dan gaul rata.
Ayak semua bahan C dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan A berselang seli dengan adunan B. Gaul sehingga sebati.
Bakar pada suhu 170C selama 1 jam hingga masak (ikut kesesuaian oven sendiri).
Untuk topping campurkan kesemua bahan dan masak atas api kecil hingga rata dan tuang atas kek yang telah disejukkan terlebih dahulu.


Topping (cara aku)
200gm coklat couventure (dipotong kecil)
80gm susu segar
1 sk butter (optional)

Masak susu segar hingga berbiuh sedikit di tepi2 periuk dan masukkan coklat. Gaul rata dan licin. Biar sejuk sedikit dan tuang atas kek. 






yg ini buat lama dulu...




Hmmm...sedapnya. Mai sepotong!

Monday, April 22, 2013

Tempahan Coklat kek last minute.

Assalammualaikum.

Cuaca panas di luar membahang sampai ke dalam. Aku selalu bayangkan cuaca macam ni kalau di bulan puasa. Entah macamana dugaan agaknya. Eh!...puasa dah habis ganti?...(tetiba teringat pulak). Puasa tahun lepas adalah puasa yang sangat melelahkan untuk aku. Agaknya umur pun semakin lesu, kudrat semakin layu. Jadi macam budak2. 'Kering'!

Ini gambar coklat kek yang ditempah oleh Mira anak Chah di saat akhir. Last minute punya kerja. Mula2 order lepas tu sms aku tak jadi. So, lunch time aku memerap kat ofis tak jadi le nak pegi beli bahan2. Tup..tup..petang balik keje dia kata jadik pulak nak kek coklat. Nak esoknya pulak tu. Huh! nasib baik le Cik Ta kau ni bukak 'kedai' 24 jam kan..kalau order kat tempat lain belum tentu boleh dapat.

Tak de resepi. Maksud aku resepinya nanti dulu. Tengok2 dulu gambar yang tak seberapa ini.














hmmm...nanti nak buat satu untuk makan sendiri.

Monday, April 15, 2013

STEW TULANG

Assalammualaikum. 

Salam manis. Bermula lagi minggu yang baru. Hari bergantian. Minggu berganti minggu. Perjalanan hidup perlu diteruskan hingga sampai titik noktah yang tiada siapa tahu.





Hujung minggu adalah waktu untuk bersama family dan sudah tentunya menyediakan suatu hidangan yang istimewa sentiasa aku nanti2kan. Masa ni lah baru ada kesempatan untuk mencuba beberapa resepi baru di dapor aku.






Stew tulang ini sangat sedap untuk dinikmati bersama keluarga. Sesuai dimakan bersama roti atau pasta tapi kebiasaannya anak2 aku memang tekak orang Melayu tetap nak makan dengan nasi. Pun ok..no problem, masih terasa kesedapan dan kelazatannya. Cuma budak2 ni merungut sikit sebab tak banyak daging dalam stew ni. Nama pun stew tulang kan! Okey..nanti mama buat lagi guna daging gantikan tulang.







Dah lama intai resepi ni di blog Masam Manis. Resepi ni mudah dan ringkas apa lagi kalau semua bahan2 dah ada dalam stok kat dapur.







Macam biasa aku rebus daging guna pressure cooker. Cepat dan jimat masa. Berjasa sungguh lah pressure cooker ni pada aku. Cepat dan menyenangkan.









Ok..jom tengok resepi asal di bawah sinun. CnP dari blog Masam Manis.



STEW TULANG
by: Lyn

1 kg tulang ~ direbus dengan air dan garam hingga empuk
3 biji bawang Holland ~ di potong dadu halus
2 ulas bawang putih ~ di cincang halus
4 biji tomato buah ~ di dadu halus
3 helai daun Bay
1 sudu teh Pasley (tak letak)
1 1/2  sudu teh  lada hitam ~ ditumbuk halus
1/2 botol sos cili (aku guna 3/4 cwn)
1 kiub daging
garam secukup rasa

Capsicum / lada bengala hijau dan merah ~ dihiris
1 batang lobak merah ~ didadu (aku potong baji)
1 biji kentang ~ didadu (aku potong baji)
2 sudu besar kacang peas (tak letak)
2 pokok daun ketumbar ~ dihiris (aku ganti dgn celery)

Tulang atau daging direbus terlebih dahulu bersama air dan garam hingga empuk.
Jika guna ayam, goreng dahulu ayam separuh masak ini untuk mengelakkan ayam hancur jika tidak digoreng terlebih dahulu.
Dalam periuk berasingan, tumiskan bawang dan bawang putih hingga layur
Masukkan tomato dan masak hingga layur
Kemudian masukkan tuang bersama air rebusan tadi
Masukkan juga karot, kentang dan kiub daging
Masak hingga didih dan kentang empuk
Masukkan cili sos, lada hitam, daun bay, Pasley dan perasakan dengan garam
Biarkan kuah mendidih dan pekat
Tambahkan kacang peas dan capsicum
Akhir sekali masukkan hirisan daun ketumbar
Sedia dinikmati bersama roti atau pasta.





Adios..

Wednesday, April 10, 2013

AYAM GORENG SUNQUICK TELUR ASIN



Assalammualaikum.

Mana yang datang dulu? Ayam atau telur?







Sebuah jenaka lama telah dibawa turun-temurun: Yang mana datang dulu, ayam atau telurnya? Sekarang saintis british telah pun mendakwa mereka telah menjumpai jawapan yang tepat: Ayam datang dahulu.
Ini kerana hasil kajian Sheffield dan Warwick Universiti, mereka menemui protein yang hanya dijumpai pada ovari ayam untuk menghasilkan telur, kata mereka kepada suratkhabar harian Daily Mail. Kemudianya melalui protein itu barulah telur dijadikan.
Protein itu mempercepatkan pembuatan kulit keras yang melindungi bahagian dalamnya. “Ia sudah lama dijangka bahawa telur datang dahulu, tetapi asalnya bahawa ayam datang dahulu.” kata Dr. Clin Freeman, daripada Sheefield Universiti, Jabatan Kejuruteraan Bahan kepada the Mail.
Sumber : Narloo


So..puashati sudah? Okey..sekarang kita masak ayam dulu. Ayam goreng telur asin. Telur asinnya telur itik dan bukan telur ayam.





Resepi ni boleh juga digantikan dengan ketam. Lagi sedap kalau guna ketam yang berkulit lembut (soft crab) tapi susah nak jumpalah ketam ni. Ketam biasa pun boleh.

Resepi dapat dari blog skyblue. Sila godek2 blog dia. Banyak resepi2 yang sedap. Aku rasa dia ni ada Chinese blood sebab kebanyakan resepi2 dia ala2 masakan Cina. Juga bahan2 yang digunakan rata2 orang Cina selalu guna. Masakan dia lain dari lain..untuk ubah selera memang berbaloi.

Aku tak buat ayam goreng seperti resepi asal. Aku just goreng ayam cam biasa campur garam dan kunyit sebab tak sempat nak perap2. Untuk bahan2 telur asin tu aku ikut 100%. Ayam goreng sunquick ni kalau makan macam tu aje pun sedap. Tapi kalau dicampur dengan telur asin lagi sedap. Kira satu resepi dapat 2 rasa lah. 2 in 1.

Sedap ratah ayam ni. Make sure kalau anak2 ramai cam aku ni,  sila buat lebih. Sekilo memang tak cukup! Means...kalau buat untuk lunch, memang tak cukup untuk dinner lah.

Check it out!


AYAM GORENG SUNQUICK TELUR ASIN
Resepi : Skyblue

Bahan2 (Ayam goreng sunquick)
4 ketul ayam atau lebih-potong kecil
minyak untuk menggoreng

Bahan perap
2 tbsp sunquick
1 tbsp minyak bijan - (aku tak letak)
1 tsp serbuk lada hitam
1/2 tsp serbuk lada putih
2 tbsp tepung jagung
2 tbsp tepung gandum
1 tsp pati ikan bilis 
1 tbsp kicap cair Loon Kee
1 biji telur
gula, garam.

Cara2.
Gaul ayam bersama2 bahan perap 1 1/2 - 2 jam.
Panaskan minyak. Goreng ayam hingga kekuningan.
Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidang. 

Bahan2 (Ayam goreng sunquick telur asin)
12 ketul ayam goreng sunquick (yang kat atas tu) 
4 biji kuning telur asin-kukus dan lecek (aku rebus cam biasa)
1 tbsp sunquick
1 biji cili merah-dicincang 
1 biji cili hijau-dicincang  (nak pedas letak cili api)
3 ulas bwang putih-dicincang
1 tangkai daun kari (aku guna 2 tangkai)
susu cair secukupnya (ikut citarasa masing2)
gula dan garam jika perlu
sedikit butter/minyak (aku guna butter)

Cara2

Panaskan butter/minyak. Tumis bahan2 cincang dan daun kari hingga wangi.
Masukkan kuning telur yang dilecek (aku campurkan sedikit putihnya-sayang nak buang) 
Masukkan sunquick dan susu cair. Setelah mendidih masukkan ayam dan gaul rata.
Jika perlu tambah gula dan garam sesuai rasa.
Angkat dan hidangkan.

Hmmm...yummy..!




Masak ayam ni untuk dinner tu sebab gambar pun nampak malap je..

Nota:
tbsp = table spoon (sudu makan/sudu besar pun boleh)
tsp = tea spoon (sudu teh/sudu kecil)

sudu = guna sudu matrik. Kalau dah terror tu agak2 je.



                          

   
anak lah ayam...
anak ayam turun sepuloh...da..da...da...





Friday, April 5, 2013

Daging Palembang - satu kenangan.




Assalammualaikum.






Salam manis di pagi Jumaat yang barokah pada yang singgah di sini. Moga hari2 anda sentiasa ceria dan dirahmati Allah untuk setiap apa yang dikerjakan.

Rezeki kita semuanya di tangan Allah. Kadang2 bukan hari ini rezeki itu diturunkan kepada kita. Mungkin esok, lusa, tulat atau beberapa tahun lagi.

Begitu juga dengan rezeki yang ini. Selalu makan daging masak yang biasa2 aje. Tak kari, kurma. Atau buat masak kicap atau rendang. Sejak terpandang resepi ni di blog sini, di sini, dan di sini tekak bagai digaru2 untuk mencuba resepi yang sedap menurut mereka yang telah mencubanya.



                  


Sebenarnya aku dah pernah makan daging palembang ini lama dahulu. A long, long time ago. Masa zaman2 tak pandai lagi nak memasak yang rumit2 cam ni (rumit bagi aku lah). Nampak macam daging masak kicap aje kan? Aku pernah minta resepi seperti ini dari seseorang yang buat masakan ini kerana tekak telah tersangat berkenan dengan rasanya yang lain dari daging masak kicap. Apa yang aku dapat?...hanyalah hampa bila dia kata resepinya macam masak kicap biasa cuma tambah kerisik je. Macam biasa? Masa tu aku memang tak biasa dan tersangatlah susah aku nak adjust bahan2 yang dia kata biasa tu. 

Zaman dulu masih tak ada internet lagi. Kalau ada pun  resepi hanya dari majalah atau suratkhabar sahaja. Aku pendamkan hasrat nak terus minta dari dia. It's ok. Aku bukan jenis yang nak merayu2, nak begging2 bagai lagi2 aku dah boleh baca alasan2 yang diberikan memang dia tak nak bagitau. 

Dan hari ini, resepi daging palembang ini bukan rahsia lagi. Berlambak2 dah kat alam maya ni. Ramai lagi orang2 kat luar sana yang lebih ikhlas dari si dia itu. Aku rasa satu hari nanti aku nak masak daging ni dan hantar pada dia. Biar dia rasa dan biar dia tahu aku juga boleh buat Daging Palembang!






Untuk sahabat2 di luar sana kalau cuba resepi ni dan sedap sebar2kanlah. Satu cara untuk menambah amal jariah kita di dalam melalui kehidupan yang terlalu singkat ini.



DAGING PALEMBANG
sumber: Madiha & Yatie

Bahan2
700gm daging - potong lebar dan nipis 
2 batang serai - dititik
500ml santan pekat
2 sb kerisik
1 cawan kicap lemak manis (cap kipas udang)
minyak untuk menumis

Bahan kisar
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia
2 inci lengkuas
15 biji cili kering (dikisar)-aku guna 1 cawan.

Bahan tumis
1 btg kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntuk bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 biji bawang merah-dihiris (yatie tambah)
2 biji bawang putih-dihiris (yatie tambah)
2 tangkai daun kari (aku tambah)







Cara2.
Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga naik bau. Masukkan bahan kisar bersama serai sehingga pecah minyak.

Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana hingga keluar air daging. 

Masukkan santan dan kicap. Biarkan hingga daging mula empuk.

Kacau sekali sekala hingga kuah pekat dan masukkan kerisik. Masak hingga daging empuk.

Nota : 

Daging boleh digantikan dengan ayam. Ayam perlu digoreng sedikit.
Daging boleh direbus dahulu hingga empuk dan ambil airnya. Aku guna pressure cooker je..nak cepat.
Dalam resepi asal jika tidak mahu menggunakan santan masukkan kerisik sahaja.






                    Selamat berhujung minggu. Daa...


Monday, April 1, 2013

DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE

Assalammualaikum.

Minggu yang baru di bulan yang baru. Minggu baru untuk musim persekolahan setelah bercuti selama seminggu. Sekejap saja dah melangkah ke bulan April. Rasa baru semalam tahun 2013 bermula. 






Ini kes nak perabihkan cream cheese lebih buat russian white n black ari tu. Tambahan pula Najwa request nak kek kalau aku balik kampung menjemput anak2 yang bercuti di kampong baru2 ini.







Devil's Food Chocolate cake ini salah satu dari resepi kek coklat yang patut dicuba. Gandingan kek coklat, cheese dan coklat ganache memang sesuatu yang mengasyikkan bila masuk ke mulut. Sedap, creamy dan mewah!






Resepi dari blog masam manis dan dipanjangkan dari blog  yatiememories. Check it out!





Resepi di sini.



















Renungan bersama.




***markisa***