Saturday, February 23, 2013

NASI LEMAK PANDAN-SEHARUM KASIHMU.


Salam Bahagia.




Selamat berhujung minggu bersama keluarga dan orang2 tersayang. Meluangkan masa untuk keluarga setelah melunaskan tanggungjawab mencari rezeki dan bekerja untuk hari2 yang lalu.

Lamanya dapor maya ini tidak berasap walaupun hari2 dapur kat rumah tak pernah sejuk. Biasalah kalau punya keluarga yang besar macam aku ni sampai jauh2 malam pun ada lagi yang minta makan. Anak2 semua sedang membesar. Tekak dan selera masing2 tak sama.

Untuk hujung minggu ni aku sediakan nasi lemak. Dah lama tak buat nasi lemak. Cuma kali ini nak ubah sikit dari nasi lemak biasa ke nasi lemak pandan.

Kalau tengok di internet banyak resepi2 tentang nasi lemak ini. Rasanya lagi berperisa bila ditambah dengan bahan2 lain. Sekali sekala untuk cipta kelainan apa salahnya mencuba kreativiti makanan supaya nampak lagi menggiurkan dan menggamit selera. 

Nasi lemak lawannya adalah sambal tumis. Ada macam2 versi masakan sambal tumis. Anda bolehlah masak sambal tumis yang biasa anda buat. Sambal tumis ikan bilis, udang, sotong atau kerang. Boleh juga digandingkan dengan ayam goreng. Untuk hari ini aku cuma sediakan telur dadar sahaja sebab anak2 lebih suka telur dadar dari telur rebus.

Satu petua untuk dapatkan sambal tumis yang sedap ialah sambal harus dimasak agak lama iaitu sehingga cili benar2 masak. Kalau cilinya kurang masak sambal jadi kurang umph! Pilihlah belacan yang elok dan sedap untuk menambah kesedapan sambal tumis anda. 

Untuk dapatkan sambal tumis ikan bilis yang sedap cubalah tips ini. Aku dapat dari seorang kakak yang dipanggil Mak Ipoh sekarang berniaga di pasar malam Semenyih (tapi tak jual nasi lemak dah). First time makan sambal tumis dia memang terkedu! Mak datok! sedapnya..!! dia letak apa?..jeng...jeng...campurkan sedikit kepala ikan bilis semasa memblender cili kering tu. Sikit sahaja lebih kurang 1 sudu besar. Buang yang ada hitam2 kat kepala ikan bilis tu. Ambil kepalanya sahaja.! Cubalah..insyaallah. Moga Allah memurahkan lagi rezeki Mak Ipoh (rindunya kat dia).

Jom tengok resepi dan boleh cuba hidangkan untuk keluarga hujung minggu ni. Seperti kata anakku Iman..wah! cantiknya nasi lemak mama..mesti sedap sebab mama masak semua sedap. Oh!..tersendu aku! Hilang penat memasak.





Mulakan dengan Bismillah. Niat masak untuk keluarga dan masaklah dengan penuh rasa kasih sayang. InsyaAllah..sedap!

NASI LEMAK PANDAN.

Bahan2.
3 cawan beras
3 cawan santan
6 helai daun pandan + 1 cawan air (diblend)
1 biji bawang merah (dihiris)
1 batang serai (dititik)
1 inci halia (dihiris)
1 kiub stok ayam
sedikit garam
pewarna hijau

Bahan2 sampingan.
Telur rebus/dadar
timun
ikan bilis goreng
kacang tanah goreng

Cara2.
Basuh beras hingga bersih. Campurkan air daun pandan ke dalam santan. Masukkan bahan2 hiris, serai, stok ayam dan garam ke  dalam periuk beras. Campurkan santan. Masaklah seperti biasa (sukatan santan ikut beras masing2). Boleh juga dicampur sedikit pewarna hijau sebab warna daun pandan agak pucat.  Atau kalau nak nasi seperti gambar di atas bila nasi sudah agak2 kering (masih basah2 sikit) titikkan sedikit pewarna hijau di atas nasi (buat 2 3 tempat) dan biarkan hingga kering. Setelah nasi benar2 kering dan masak bolehlah digaulkan semua.

Selamat menjamu selera.




Monday, December 24, 2012

DURIAN CREPE


Salam ceria. Salam bahagia.


Salam perkenalan pada yang tersinggah kat blog ni.


Entry pertama yang tak disangka nak publish secepat ini memandangkan banyak lagi struktur blog ni yang belum dikemaskini.




                          



Tapi sebab rasa keterujaan yang teramat sangat nak share dengan semua tentang satu resepi yang telah mencetuskan fenomena di dunia masakan di alamaya ini. Tambahan sekarang sana sini tengah bermusim sang raja segala buah ini maka menyebabkan semangat nak mencuba terus membara.


Masa mula2 muncul durian crepe ni pernah cuba buat dengan resepi yang guna 2 3 jenis tepung. Ok cuma ada sikit rasa kurang puashati. 


Bila jumpa resepi yang guna 5 jenis tepung ni lagi lah hati bagai ditarik2 untuk mencuba. Ok sangat buat crepe ni. Lembut dan tak mudah pecah bila dilipat. Resepi ni dapat dari blog Yati si Ratu Talam. Kita dapat kat internet so kita share semula resepi ni kat internet gak. Fair and square. Pada yang belum mencuba tu boleh ambil resepi ni. 



                        


CREPE DURIAN
Resepi Asal :Kak Wan
Sumber : Yatie

Bahan-bahan
30 gm tepung Hong Kong/tpng gandum-Yatie guna 4 sudu besar rata
30 gm tepung kastard- Yatie guna 4 sudu besar rata
20 gm tepung jagung- Yatie guna 2 sudu besar rata
20 gm tepung ubi- Yatie guna 2 sudu besar rata
20 gm tepung kentang/ tepung sagu/ tpng hoon kwee - Yatie guna 2 sudu besar rata
3 biji telur
1/4 sudu teh garam
250 ml susu cair- suhu bilik
1 sudu besar mentega cair/minyak masak
Pewarna kuning- optional

Cara-cara
Satukan semua bahan adunan dadar, kacau rata dan tapis.  (aku blend semua) Rehatkan selama 20 minit. Adunan yang agak cair hasilkan dadar yang tipis.

Panaskan kuali non-stick dengan api sederhana, sapukan pan dengan minyak makan atau butter dengan menggunakan kitchen tisu. (aku guna kuali 20cm).

Ambil satu senduk kecil adunan dan lenggangkan kuali ke kiri dan kanan hingga mendapat dadar yang nipis. Masak hingga atasnya mengering. Tidak perlu diterbalikkan.

Angkat dan ulangi membuat dadar hingga habis. Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik Jangan di tindih-tindih semasa panas nanti ia tak cantik! Tunggu  benar-benar sejuk baru boleh ditindih satu persatu.

Inti Kastard Durian
250 ml susu cair
1 1/2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula pasir
1/4 sudu teh garam
1 biji kuning telur
150 gm isi durian
Non-dairy whip cream -secukupnya

Cara-cara
Satuan semua bahan kastard, kisar sebentar hingga isi durian hancur. Kemudian tapis ke dalam periuk dan masak dengan api perlahan hingga menjadi kental. Sejukkan dulu.

Simpan dalam peti sejuk sebelum diisi kedalam dadar/ crepe bersama whip cream.

Ambil 1 cwn/ 250ml non dairy whip cream dan pukul hingga kental. Kemudian campurkan ke dalam krim kastard durian kita tadi. Kaup balik hingga adunan sebati. Jika adunan berketul, masukkan dlm mixer dan pukul sekejap je anggaran ia sebati dan kental.

Masukkan dlm bekas dan simpan dlm peti ais sementara menyediakan crepe.

Cara Penyediaan
Kepingan crepe ~ secukupnya
Krim Kastard ~ secukupnya
Isi durian ~ secukupnya

Letakkan sekeping crepe. Letakkan krim kastard di atasnya. Kemudian letakkan isi durian. Tutup kembali dengan krim kastard. Lipat seperti kita melipat sampul surat/ kuih lepat. Buat sehingga habis. Simpan dalam peti ais dan sangat sedap dimakan dingin.


Aku tak buat krim kastard. Tak sempat eh!. Cuma aku pukul non dairy whip cream hingga kental. Semasa melapis crepe aku letak whip cream, durian fresh, whip cream dan terus lipat. Terpulang pada citarasa masing2.













Lepas ni nak cuba pula resepi yang guna 7 jenis tepung. Memang menggila le crepe ni..

Pesanan - Kalau guna durian fresh sebaiknya guna dari jenis yang sedap seperti Musang King. Ianya akan mempengaruhi juga rasa crepe durian anda.