Tuesday, June 7, 2016

SALAM RAMADHAN



2 Ramadhan 1437H.

Masih belum terlewat. Selamat berpuasa. Semoga segala amalan dan kebaikan yang dilakukan dibulan yang mulia ini dipermudahkan dan diberkatiNya. 






Salam penuh kemaafan.

Monday, January 11, 2016

Cinta yang sunyi.

Ya Allah...berapa lama dah aku tinggalkan blog ni...hampir terlupa password untuk login ke sini. Berkali2 aku cuba login sampai hampir putus asa dek terlupa email add. Teruk betul!

Gegaran Kinabalu sudah lama terhenti. Jerubu juga sudah berlalu pergi. Kini daun kalender yang baru berganti lagi dan tiba2 aku seperti dikejutkan untuk kembali ke sini.

Memang betul2 merdekalah aku...selepas entry yang terakhir itu.

Tak perlu update perkembangan diri yang sekejap kembang sekejap kecut ni. Banyak nak update tentang food, makanan dan masakan. Banyak yang tersimpan di dalama hp yang perlu aku clearkan.

Oh...hampir terlupa untuk menyapa teman2 yang masih sudi singgah di sini. Terima kasih semua. Terima kasih kerana sudi menyapa cinta hatiku di blog ini. Cinta yang telah lama sunyi ditinggalkan dek kerana tuntutan biografi aku yang baru.

Entah resepi apa yang jadi fenomena sekarang pun aku tak tau. Lama sungguh tidak bw di rumah teman2. Aku tersadai di dunia sendiri tanpa sepalit rasa.

Tiada resepi lagi. Sekadar salam dihulur untuk mengetuk pintu2 yang telah lama sunyi dari pandangan aku. Menyisirkan rasa kantuk untuk berblog kembali. Menghirup nafas wangi dari harumnya pandan. Menyinarkan mata dari merahnya strawberry dan mula memetik kembali image2 hasil tanganku ini. Marilah ku atur lagi langkah yang sudah lama terhenti supaya daerah cinta ini tidak lagi sunyi.

Selamat tahun baru 2016.



Tuesday, August 25, 2015

SEHATI SEJIWA...MERDEKALAH AKU!


10 RabiulAkhir 1436H.

Assalammualaikum.

Salam kemerdekaan ke 58. Wish in advance na.. nanti time merdeka cuti panjang tak sempat jenguk blog.

Belanja gambar sikit bagi menyeri blog. Tak boleh cerita panjang2. Kena settle semua kerja. Kena handover sebelum cuti merdeka sebab lepas tu aku betul2 merdeka dari segala yang memeningkan kepala. Buat naik BP lagi. Apa2 pun alhamdulillah..syukran ya Allah memberikan rezeki ku di sini. Semoga Kau terus melimpahiku dengan rezekiMu walau di mana sahaja diriku tercampak di luar dunia sekarang ini. Semoga Kau memberkatinya. Amin.


Belanja gambar dulu na...























 Nanti kita sembang lagi na...

Salam kemerdekaan...ini tanah kita, jiwa kita untuk kita.





Monday, June 22, 2015

MERAKAM KENANGAN...


5 Ramadan 1436H.

Assalammualaikum wbt.

Hari ke 5 berpuasa. Masih tiada resepi yang nak dikongsi sebab tak ada gambar yang mengiringi. Tak bestlah kan. Bila ada visual baru dapat dirasa pada mata walau tak sampai ditekak tapi tetap terasa.

Sekadar berkongsi beberapa lagi hasil kerastangan yang lalu. Merakam kenangan walau tak seberapa. Walau tak secantik dslr...syukur selalu sebab aku masih sempat menyambar oppo untuk photo2 ini. Dslr..kau tunggu ye untuk satu shot yang sangat bermakna nanti.



Victoria sandwich cake.




Blueberry Cheese tart.








Tart nenas bentuk buah2an untuk hantaran.








Best ever chocolate moist cake.




Red Valvet cake.












last but not least..pulut kuning masih relevan sebagai penyambung bicara orang kita.



Selamat menjalani ibadah puasa.


"Nilai hidup kita diukur dari berapa banyak yang kita beri. Lagi susah lagi banyak kita sedekah. Allah akan murahkan reseki dan akan kembalikan pada kita dalam bentuk tersendiri yang lebih gah!" - dr.afl

Friday, June 19, 2015

IZINKAN AKU...

2 Ramadan 1436H

Assalammualaikum.

Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga amal ibadat kita diterima oleh Allah swt.

Lama dah tak mencoret di sini. Nak letak tajuk entry ni pun dah macam tak ade idea. Tajuk tak ada kena mengena dengan entry ye.

Sedikit bakti yang dicurahkan di sini. Walaupun memang dah tempat mencari rezeki tapi sebab bidang ni lain cabang dari kerja sebenar aku kat sini tu yang aku kata mencurah bakti tu. Kira sedekah tenaga untuk tolong company gitu. Bolehkan...sedekah tu universal.

Jomlah tengok aktiviti yang dah lama berlalu ni. Sekadar untuk kenangan diri sendiri bila dah tak keje lagi di sini.

Ini hasil kerja untuk Selangor Chocolate & Candy Festival 2015 di Tropicana Mall beberapa bulan lalu. Gambar kurang memuaskan sebab bawa Oppo sahaja masa hari tu. Terima je lah..enjoy.

Di dapur Fidani.








Thanks Fathia yang banyak membantu aku dengan joke2 yang hangat!








Di Selangor Chocolate & Candy Festival 2015.
































range of Fidani's Chocolate.




hilang penat lelah bila kek ini tersaji di meja VIP.










kek dari Fidani Coklat Truffles (white chocolate)



as a guest..senyum dan tenang walau pun penglibatan aku dalam festival ini penuh kontroversi. Ialah...kau buat account..camne tiba2 lak kau boleh masuk dapur jadi chef hah!




aku simpan semua pahit manis ini sebagai kenangan di sepanjang jalan kehidupan. Terima kasih atas segalanya kerana rezeki untuk kita bersama sampai di sini sahaja.

Hidup kalau tak ada ujian dan cabaran bukan hidup namanya. Hidup ini indah. Nikmati seadanya.

Selamat berpuasa.




Wednesday, June 17, 2015

WW : RAMADAN KAREEM...


30 Sya'ban 1436H.

Assalammualaikum wbt.






Selamat menjalani ibadah puasa Ramadan dibulan yang mulia ini.

Maaf zahir batin.




Tuesday, April 28, 2015

SHARE SIKIT...


9 Rejab 1436H.

Assalammualaikum. 

Salam manis untuk yang rajin singgah di blog ni. Maaf sebab tak ada entry baru. Bukan suam-suam kuku. Aku tak suka guna perkataan tu. Cuma tak sempat nak berlama2 di sini. Tak sempat nak belek2 blog dengan mukadimah semanis kurma dan secantik bunga k-pop. 

2 3 hari ni kurang sihat. Batuk, selsema, tekak bagai mencucuk2 perit. Last2 demam. Mungkin sebab lasak sangat dan kudrat dah tidak sehebat dulu tapi semangat tetap tak pernah pudar. 

Share sebahagian kecil gambar2 yang menyebabkan kesibukan dalam mengisi hari2 yang berlalu.




























InsyaAllah..akan ada cerita yang menyusul untuk setiap photo2 di atas.

Sampai jumpa lagi...daaa.