Wednesday, April 30, 2014

SOTONG MASAK PAPRIK..yang melambai2...kampungku!


Assalammualaikum.

Senyum berbunga di bibir dari pagi tadi. Rasa senang sangat hari ini sebab...esok cuti! Labour Day!. Sambung terus hingga hujung minggu. Apa agenda? Balik kampung jumpa mak. Sebulan lebih tak balik kampung dah. Dah rindu kat Mak, kat anak sedara aku Sarah Miow2 yang dah berlari agaknya (baru dapat kaki) rindu dengan pasar pagi Batang Kali. Macam2 'bekalan' boleh dapat kat pasar ni. Sayur2 kampung, ulam-ulaman, ikan sungai, ikan darat, kuih2 aneka rasa dan rupa, nasi lemak kampung yang sedap, lemang sentiasa ada, putu mayam buatan orang Melayu yang sangat special, kain baju, perfume, tudung dan macam2 lagilah. Heaven! Semua ada kat situ. Bawak duit je. Oh!..miss you pasar pagi kampung ku.



                          

Masih dengan menu masakan minggu lepas yang agendanya membesarkan tummy. Tak lah...ikutkan selera anak2 je. Menu yang tak dirancang.

Hubby pulang dari pasar Tani Stadium Shah Alam dengan bekalan ayam dan sotong. Bila tengok sotong ni.. mak datuk!  besar gedabak punya sotong (lupa lak nak snap gambar) Sebab sotongnya besar dan panjang hampir satu tapak tangan aku ni, aku tak jadi nak buat sambal sotong campur kacang tanah. Anak2 pula minta sotong paprik sebab memang dah lama tak masak paprik. Asyik2 sambal je...(Iman merungut!)

Selalu aku masak paprik main campak2 je. Kali ni cuba resepi sotong paprik dari Yatie. Resepi ni sekadar guide line je sebab yang senangnya masak lauk pauk ni bahan2 boleh ubah2 ikut citarasa. Ikut apa yang ada di dapur anda semua.  Sotong ni boleh juga diganti dengan ayam atau udang. Sukahati lah.






SOTONG MASAK PAPRIK.
Sumber : yatiememories (C&P).


BAHAN-BAHAN
·                     600 gm sotong- bersihkan, cuci dan toskan
·                     Kacang panjang/bunga kobis/carrot/jagung muda/tomato - dipotong kecil (aku cuma ada carot sahaja)
·                     3 ulas bawang putih - diketuk
·                     1 ulas bawang besar - dipotong baji
·                     1/2 inci halia - diketuk
·                     1 batang serai - diketuk
·                     6 ulas cili padi - diketuk
·                     2 sudu besar sos tiram
·                     2 sudu besar sos cili
·                     1 sudu besar kicap manis
·                     1 sudu besar sos ikan
·                     3 helai daun limau purut - dikoyak-koyak
·                     Garam secukup rasa (jika perlu)
·                     1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
·                     Satu cawan air (jika suka berkuah)

CARA-CARA 

1.           Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang besar, serai, halia dan cili padi hingga naik bau.
2.           Masukkan sotong dan gaul rata.
3.           Masukkan semua sos dan daun limau purut. Tambah air untuk kuah, kacau lagi.
4.           Masukkan semua sayuran kecuali tomato masuk lambat sikit.
5.           Rasakan kuah, kalau kurang masin je baru tambah garam (sos ikan selalunya dah cukup masin).
6.           Masukkan tomato dan tepung jagung untuk pekatkan sikit kuah. Siap untuk dihidang.
7.           NOTA - tambah tepung jagung jika perlu je, jangan banyak sgt nanti kuah tu kering coz terlalu pekat. Selamat mencuba!






Tengoklah saiz kepala sotong yang dah dimasak tu. Itu pun dah agak kecut masih nampak besar. Aku pada mulanya cuak gak nak masak sotong yang besar dan tebal ni. Takut nanti liat macam getah. Google2 dapatlah tips supaya sotong tu tak liat.

*** Tips***
Gunakan api yang sederhana dan reneh lebih kurang 45 minit hingga dapat kelembutan yang diingini. 

Masak sotong dalam renehan mula dengan air sejuk. Maksudnya setelah kita tumis bahan2 dan mula tuang air terus masukkan sotong dan biarkan ia mereneh.

Boleh juga perap sotong dengan jus limau nipis atau lemon. Selain melembutkan juga untuk menghilangkan bau hanyir sotong.

sumber : tips masak sotong.







Bye. Selamat bercuti. Selamat hari Pekerja. Selamat berhujung minggu. 

Tuesday, April 29, 2014

PANKEK SIMPLE YANG GOJES!


Assalammualaikum.






Amboi gojes sangatlah tu!. memang gojes pun. Awatlah aku asyik ketinggalan dengan resepi yang sedap2 lagi2 resepi omputih ni? 

Nak buat pankek ni pun sebenarnya dah lama dalam list cuma tak berkesempatan nak cuba. Masa memang sangat2 terbatas.

Hari minggu lalu memang aku tak ke mana2 sebab masih dalam proses pemulihan..?  sakit belakang aku ni! So bila dah kebah sikit mana boleh duduk diam2 je. Rugi kalau tak masak2 melayan tekak dan tummy yang semakin gebus! adoi!...

Pagi2 lagi aku dah keluar ke Tesco mencari bahan2 untuk beberapa resepi aku hari ini. Beberapa resepi?.. hahaha... yup! biasalah perancangan mesti lebih besar dari jangkaan. Buat ke idak itu lain cerita.

Pankek atau kita panggil lempeng. Lempeng kita ada yang kosong dan ada yang 'berisi' di dalamnya. Sama lah ngan penkek ni cuma bezanya dari segi kegebuan aje. 

Banyak versi pankek ni dan for the first time in my life (oppss..terspeaking lak!) aku cubalah dulu versi yang simple, mudah tapi sedap ni. 

Hmmm!..nampak sedap dan tak sabar2 nak rasanya tapi pankek kena posing2 dulu untuk kenangan (banyak nau kenangan dalam hidup...baru indah hidup ini kan!)

Sambil mengunyah mulut tak henti2 memuji sendiri. Kah!..kah!...kah!...sendiri masak sendiri pujilah! Sedapnya..kenapa dari dulu aku tak buat penkek ni? Rasa macam waffle sikit tapi lembut gebu. Walau pun first time buat tapi aku cuba buat kelainan sikit untuk sos/sirapnya. Aku gandingkan dengan sirap Apple Cinnamon dan Orange yang sedap sangat!  Wallah!...3 keping aku makan sorang! (hebat selera orang sakit ni).


Pankek Simple dan Mudah
By: AlongRoz

Bahan2.
115gm tepung gandum
25gm mentega
150ml susu segar (aku ganti dengan Buttermilk)
1 biji telur
1 sk soda bikarbonat
1 sk krim of tartar
1 sb gula
secubit garam

Cara2.
1. Ayak tepung soda dan krim of tartar. 
2. Gaul mentega dengan hujung jari hingga menjadi seperti serbuk roti.
3. Dalam mangkuk lain pukul telur sedikit, campurkan susu, gula dan garam hingga sebati.
4. Buat lubang ditengah2 adunan tepung dan curah sedikit2 bancuhan telur dan susu dan kacau guna hand whisk hingga sebati dan perap dalam 15 minit.
5. Panaskan kuali non-stick dan tuangkan satu senduk adunan dan biarkan ia melebar sendiri. 
6. Buih2 dan lubang2 kecil akan terbentuk dipermukaan adunan. Bila buih2 itu pecah baru diterbalikkan.




7. Biarkan masak sebentar dan boleh diangkat. 
8. Sedap dimakan dengan sirap pancake berserta mentega.









bertingket-tingket pankek den!




Apple dan cinnamon gandingan yang sangat serasi. Tambah dengan masam manis orange...wallah!..tummy menyanyi2 happy. Tekak kata nak lagi!


APPLE ORANGE CINNAMON SIRAP

(aku C&P je)

Bahan-bahan.
5 biji apple buang kulit, biji dan slice nipis
3 cawan orange juice (atau lebih)
1 1/2 cawan gula putih (atau lebih)
2 sudu teh cinnamon powder
pinch of nutmeg powder (aku tak letak)
1/2 sudu teh garam

Didihkan bahan-bahan dalam periok, kemudian pelahankan api dan simmer hingga sirapnya tinggal separuh. Masukkan bancuhan 1 sudu teh tepung jagung dengan sedikit air untuk memekatkan sirap.


*** Aku buat setengah dari adunan di atas. Adjust rasa dan kepekatan ikut sendiri sebab aku pun first time buat dan buat ikut sesedap selera aku. 





Don't just stare at it eat it! Try it!..







Monday, April 28, 2014

SWEDISH IKEA MEATBALL.


Assalammualaikum.

Minggu baru yang menyegarkan setelah bersenang-lenang semalam. Sekejap baring, sekejap duduk, berdiri tak boleh lama-lama sebab sakit belakang baru nak kebah. 

Hari Sabtu lalu malas rasanya nak masak untuk dinner yang berat2. Bangun dari 'membuta' sebetulnya bangun dari meluruskan pinggang terus ke dapur. Masak apa lah kita ye untuk dinner ni? Masak omputih lah sebab tekak Melayu tiba2 rasa nak berubah sekejap.

Terus capai sekotak meatball MARINA yang dak Iman dah lama mengendeng2 suruh aku masak sampai merajuk2 sebab maknya ni bizi sangatkan!.





Capai itu, capai ini siaplah Meatball Ala Ikea ni yang aku pernah  buat dan sharekan di sini dulu. Resepi disharekan oleh Seri Kandi. Walaupun tak pernah menjamah meatball kat Ikea tu tapi menurut yang empunya resepi disharekan oleh faa rosli meatball ini setanding Ikea punya. Huhuhu... tak payah lah nak bersesak2 ke Ikea lagi lah ye. 




Untuk resepi rujuk link2 kat atas tu yer. Cuma aku nak sharekan resepi mash potato yang senang tu je. French fries beli kat supermarket goreng sendiri. Sonang ba itu!

Mash Potatoes.

2-3 biji kentang
susu segar secukupnya
lada hitam yang ditumbuk kasar
butter
garam

Cara
Kupas kulit kentang potong kecil dan rebus hingga empuk. Toskan dan lecek sampai hancur. Campurkan butter sikit, garam, lada hitam dan susu segar sedikit2 dan sesuaikan ikut citarasa. Siap.







Maka berdinnerlah aku anak beranak dengan dinner yang sangat sedap ini licin menjilat sudu garfu!.







Syukran.


Saturday, April 26, 2014

LAUK NOSTALGIA: SAWI PUTIH MASAK LEMAK DAN IKAN KEMBONG REBUS BERLADA.


Assalammualaikum dan salam manis.

Hujung minggu yang banyak undangan majlis kahwin. Makan dan makan lagi. Alhamdulillah.

Sakit itu pun Alhamdulillah juga kan?. Jika sakit itu sebagai penghapus dosa2 aku terima seredho2nya. Cuma mohon pada Allah agar aku kuat untuk melalui fasa2 ini. Tabah menanggung sakit menunggu waktu kesembuhannya.

2 hari lalu aku mc. Sakit tiba2 yang tak terjangkakan. Dari malam dah rasa sakit dan harap2 pagi ada kurangnya tapi sampai ke ofis esoknya sakit masih tidak berkurangan. Lama juga aku tak ambil mc. Bereskan kerja yang urgent2 dulu baru aku ke klinik.

Hujan sangat lebat hari itu. Aku redah  juga sebab tak mahu berlama2 di klinik. Nak terus balik tapi teringat pagi tadi aku tak masak apa2 untuk lunch. Dah suruh hubby beli je lauk tapi as a good mother tak sampai hati pula bila aku ada di rumah dan masih nak makan lauk yang dibeli di kedai. 

Dalam laluan balik singgah sekejap di CHECKERS yang berada di laluan yang sama dengan klinik. Terpandang ikan kembong rebus ini dan terus sambar 2 packet. Harga ikan ini agak mahal sejak dari dulu lagi tapi ini salah satu ikan favourite aku. Dalam kepala dah plan nak buat goreng berlada.

Nak jodohkan lauk ikan ni aku memang suka kalau berkuahkan masak lemak putih. Semua ada di sini terus ambil sawi putih dan udang kertas buat masak lemak.

Faiz tak de kelas hari ini. Dalam menahan kesakitan aku minta tolong Faiz buat apa yang patut supaya cepat siap lunch untuk hari ini. Alhamdulillah..Faiz memang boleh diharap. Setakat potong2 cili, buang kulit udang tu dah pass sangatlah! Dua orang buat kerja memang cepat untuk masak lunch yang simple ni.




Hujan masih lebat mencurah2. Aku suka suasana ini. Hujan turun lebat tapi tidak ada angin atau ribut. Ingatan lalu menampar kenangan bila bau ikan digoreng dan bau hujan menyatu. Ingat masa kecik2 bila mak masak di dapur dan aku menghidu bau masakan dari rumah depan dalam kesejukan hujan yang membuatkan perut berkeroncong.

Inilah lunch aku untuk hari itu. Sawi masak lemak putih dengan udang kertas dan ikan kembong rebus berlada. Mak selalu masak ini dulu2. Sekarang aku masak untuk anak2 aku pula. Nostalgianya...

Resepi macam biasa buat ikan goreng berlada. Ini untuk rujukan anak2 aku je. Boleh guna resepi korang sendiri.

Ikan Kembong Rebus goreng Berlada.

Bahan2.
6 ekor ikan kembong rebus
1 cawan cili kering yang telah direbus
2 biji bawang besar (sedang)
2 biji bawang putih
1 -2 batang serai potong kasar
- Blend semua bahan kecuali ikan.
- Bersihkan ikan. Berhati2 sebab ikan ni lembut. Toskan dan goreng. Tak perlu letak garam dan kunyit.






Tumis bahan2 kisar hingga sedikit kering. Bila cili dah mengecut/garing perlahankan api. Campurkan garam ikut rasa. Masak dengan api perlahan hingga cili garing dan berwarna agak gelap dan ambil masa sikit nak garing sebab api perlahan. Sambal sangat sedap apabila cilinya cukup masak dan garing.  Aku tak campur dengan sebarang sos sebab nak kan rasa ori sambal goreng kering. 




Bila cili dah cukup masak campurkan ikan dan balik2kan dan bolehlah di angkat. 





Sawi putih masak lemak

Bahan2.
2 tangkai sawi putih
+-100gm udang kertas (udang putih)
1 biji cili merah - dihiris
2 biji bawang kecik - dihiris
1 batang serai diketuk
santan secukupnya.

Cara2.

Bersihkan udang dan potong sawi. Hiris bawang merah dan cili merah. Masukkan bahan2 hiris, serai, sawi dangaram ke dalam periuk. Campur sedikit air dan masak sehingga sawi agak layu sedikit. Masukkan udang dan santan. Masak sehingga sawi lembut dan santan mendidih. Kacau selalu supaya tidak pecah minyak. Siap.







Lunch yang simple dan penuh nostalgia kasih sayang.






Adios.


BLUEBERRY MUFFIN.


Assalammualaikum w.b.t





Sebab teruja sangat tengok fresh blueberry bersusun2 di chiller kat Hero aku terus ambil satu packet walau dalam kepala tak tau nak buat apa sebenarnya dan tak hiraukan harganya yang memang mahal pada aku.

Beberapa minggu jugaklah blueberry tu terperap dalam peti ais sampai naik kecut. Dah nampak beberapa resepi yang guna blueberry tapi sebab tekak tak rasa nak makan lalu aku abaikan aje. Bila kenangkan harganya yang mahal so cepat2 aku decided buat filling je le. Boleh simpan lama sikit. So aku buatlah dan campurkan dengan filing yang sedia ada. Dapat le satu tupperware kecik yang penuh dengan blueberry filling.

Bila nampak muffin guna fresh blueberry kat blog Azie Sedap ni terus rasa nak cuba dan gunakan filing yang aku buat tu. Not bad. Sedap! Agak moist dan lembut. Lagipun resepinya ringkas dan in a small portion je. Sejujurnya..(ahaks!) selalu aku guna muffin mix je kalau nak buat yang banyak2 tu cuma tambah satu dua secret ingredients untuk membezakan dengan orang lain yang buat guna tepung yang sama. 





Satu hari di waktu malam bulan mengambang di minggu yang lalu aku pun mengekek@mengebaked lah lagi...


Jom cuba resepi yang simple ni. Tambah2 koleksi resepi aku. Resepi Azie dapat dari nenek Hinckley.



Grandmother Hinckley's Blueberry Muffin
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
3 sb butter (120gm)
2/3 cawan gula kaster (100gm)
1 biji telur - pukul
1/2 cawan susu (aku guna susu cair)
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sk baking powder
1/2 sk garam
1 - 1 1/2 cawan fresh blueberries (aku guna blueberry filling)
1 sk vanilla extracts (saya tambah)

Putar mentega bersama gula sebelum dimasukkan telur. Kemudian masukkan susu.

Masukkan pula tepung gandum yang diayak bersama baking powder dan akhir sekali masukkan garam.

Kemudian masukkan fresh blueberries yang telah dilap kering dengan kertas tisu. Masukkan adunan ke dalam acuan muffin yang telah di spray dengan canola oil atau masukkan ke dalam cawan kertas
.   

Bakar  pada suhu 170C selama  20-30 minit.

***  Sebab aku guna blueberry filling so aku tak campur terus dalam adunan. Bila dah letak adunan dalam cawan kertas baru letak filling ditengahnya.






Bye bye.

Friday, April 18, 2014

SCONE AGAIN.


Assalammualaikum.





Pagi Jumaat yang mendung hari ini tapi agak nyaman ketika angin sejuk menampar pipi di beranda dapur aku. Huh!...macamana nak tangkap gambar scone ni? Matahari macam malas je nak membuka mata. Dah lah kamera aku 2 3 menjak ni macam ada problem je.






Scone again? Entah kenapa bila aku tulis pasal scone semalam asyik dok teringat2 kat scone. Tekak bagai digaru2 nak makan scone. Lepas balik jogging semalam (tak jogging mana pun jalan2 je) terus siapkan bahan2 dan lepas maghrib terus menyecon...hihihi bahasa apa tu? 





Dan OMG!...terkeluarlah perkataan tu kan..bila scon aku naik cantik, gebus, kuning keemasan dan baunya harum buat tak sabar nak makan. Memang scone ni makan panas2 sedap! Maksudnya bukanlah lepas keluar oven terus letak butter dan jam, nanti cair lak butter kau. Tunggu sat agak suam2 kuku cam tu dan nikmatilah keenakan scone homemade dari oven dan hasil tangan sendiri. Tak sempat dah nak buat teh, teguk air kosong je.


Masih guna resepi yang sama cuma kejadian scon aku kali ini lebih cantik dari yang aku publish semalam. Tak lembik dah sebab kali ni memang betul2 ikut resepi. Untuk dapatkan scone yang sedap silalah guna butter yang berkualiti yer..

Resepi boleh rujuk   di sini dan  di sini.






Mr Adam kata jadi lah scone aku ni cuma atasnya sepatutnya lebih smooth tapi aku suka pula yang crack2 cam ni. Berseni. Offer sebijik kat Mr Adam tapi dia tolak sebab dia ni diabetic. Huh...huh..huh...selamat scone aku!

Cherio.


Thursday, April 17, 2014

SCONE

Assalammualaikum.

Puas jenjalan ke Cameroon Highland di alam maya tiba2 tekak rasa macam nak makan scone bila 'terhidu' scone dari dapur Smokehouse.



                
                                               (abaikan chicken puff di sebelah scone tu)


Apa ke benda scone ni? Aku rasa macam pernah makan tapi macam tak sedap sangat sebab aku beli di pasaraya. Keras kejung semacam. Macam seketul batu!.

Bila baca tentang kesedapan scone di Cameron Highland terus google mencari resepi scone yang mudah dan sedap. Deria mata mampu menggoda deria rasa kan?

Hmm..rasanya memang sedaplah yang aku buat ni. Sapu dengan butter dan jem strawberry memang mengancam sedap. Cuma aku tak pasti scone aku ni jadi ke idak? Nampak crack2 di luar yang agak garing dan tekstur dalamnya lembut macam kek tapi tak lah halus macam kek cuma agak kasar sedikit. Scone memang macam tu ke? 

Doh yang terhasil dari resepi ni agak lembik dan aku terpaksa tabur banyak tepung untuk membentuk ketulan scone sebab...aku terlebih sukat susu tu..huwaaa!...mata dah kabur (tua dah) tengok 150ml jadi 250ml!  Aku cuma buat bulat2 dengan tangan dan agak tebal sedikit sebab doh yang lembik menyukarkan untuk diterap.

Aku juga menggantikan parutan lemon dengan orange dan rasanya sangat sedap.  Harum orange masa dibakar sangat wangi tapi tak mampu nak tarik minat anak2 untuk mencuba scone ini. Nampaknya aku soranglah yang kena bagi perabih scone2 ni.

Next time kena sukat betul2 baru boleh chelen yang ori punyakan!..

Jom tengok resepi (C&P)

SCONE

Bahan2.
2 1/2 cawan tepung gandum + 1 sudu besar baking powder + 1 sudu teh garam **AYAK BERSAMA**
100 gm mentega *beku dan potong dadu
3 sudu besar gula castor
150 ml susu segar

CARA :
Campurkan mentega dan *BAHAN AYAK* dan dengan menggunakan hujung jari gaul rata sehingga menjadi serbuk.
Masukkan gula castor dan gaul rata.
Lubangkan di tengahnya dan tuangkan susu segar, sedikit demi sedikit sambil mengacau dengan sudu.
Setelah sebati leperkan adunan dengan menggunakan jari setebal 2 cm tebal.

**JANGAN DI ULI, SEKADAR MENJADIKAN IA SEBUKU DOH



**DOH ini memang agak lembik**


sapukan dengan sedikit susu cair di atasnya. Dapat lebih kurang 9 ketul.

Panaskan ketuhar dengan suhu 180'C selama 10 minit.
Masukkan adunan ke dalam ketuhar dan bakar selama 15-20 minit.
Angkat dan hidangkan.





(tekstur dalamnya yang lembut)

sebut betul2!...Sconnnnnn....! (France slang). Mr Adam kata kalau nak sebut ingat kambing biri2-macam bunyi kambing mengembek.

p/s - Mr Adam - boss aku (chef@chief accountant).