Friday, June 28, 2013

AYAM PANGGANG ROSEMARY


Salam di pagi Jumaat yang cerah.

Mentari mula tersenyum lebar di pagi yang indah sejak 2 hari ini. Langit biru firus terang benderang (boleh nampak kapalterbang dah..) dan awan kelabu gebus berarak lembut. Dari beranda dapur pagi tadi dah boleh nampak bumbung Istana Bukit Kayangan yang terlindung dek jerubu beberapa hari yang lalu. Terasa bersemangat untuk meneruskan hari2 ini tambahan pula esok hari rehat. Tu yang jadi semangat tinggi menyapu awan yang terpilu...(kau lagi chah..)






Resepi hari ini Ayam Panggang Rosemary. Dah 2 3 kali buat gak. Blogger lain dah lama buat. Aku baru buat dan aku percaya ramai lagi yang belum mencuba. So tak yah nak rasa ketinggalan sangat! 





Sedap! of course resepi blogger2 masakan ni sedap2. Tak rugi aku terjebak jatuh dalam dunia blog ni. Semuga kalian semua diberikan rahmat dan rezeki oleh Allah swt selamanya. Amin.




Sekali sekala mencuba rempah2 omputih ni sedap jugak. Cuma kali ni aku kurangkan sedikit rosemary tu sebab aku rasa 1 sudu tu agak pedau pada lidah aku ni.  Ayam ni aku panggang dengan magic pan from Langkawi brand HIG. Kira perasmian magic pan lah. Lagi pun nak tengok ok tak magic pan ni sebab senang nak guna bulan puasa nanti. Memang magic pun sebab masaknya cepat dan boleh adjust kegaringan yang kita nak. Dari experience aku guna api kecik aje dah memadai.  

Yang gambar kat atas tu aku terus masukkan dalam magic pan semua sekali gus dan balik2kan setiap 5 minit. Gambar kat bawah ni aku cuba panggang dengan aluminium foil. Rasa masih sama cuma yang dalam aluminium foil ni tentunya agak juicy dan lembab2 tak garing. Kentang yang burnt tu cuma hiasan ambil dari ayam yang dipanggang tanpa aluminium foil.



Ok..satu tips yang aku nak catatkan di sini. Korang tau detox kan? Pernah tak cuba detoxkan ayam tu?

Aku selalu praktiskan ini. Walau pun suka ayam tapi lidah dan hidung  aku agak sensitif pada rasa hanyir ayam walaupun ayam tu digoreng. Sebelum masak ayam untuk apa2 sahaja masakan aku akan detox kan dulu ayam tu untuk hilangkan bau hanyirnya.Ada orang lumurkan ayam dengan tepung kemudian basuh. Aku dah try tapi bau hanyir ayam tu kadang2 masih ada.

Cara aku begini :

Setelah ayam dibersihkan masukkan ayam dalam kuali besar yang boleh memuatkan ayam tu. Buka api sederhana besar dan biarkan ayam tersebut sehingga keluar air2nya. Sambil tu boleh dibalik2kan. Atau tutup kuali dengan  penutup dan balik2kan ayam 2 3 kali hingga keluar airnya dan ayam agak kecut sedikit. Tak perlu lama. Ayam dah kecut sikit dan keluar airnya dah cukup. Masa ni korang boleh bau hanyir ayam tu keluar bersama2 air dan kadang2 boleh terbau ubat2 yang disuntik pada ayam tu. Just imagine air2 itulah yang bercampur dalam kari, rendang dan masakan yang kita hidangkan untuk family. Air2 itu juga yang menyebabkan masakan kita cepat basi. Terima kasih pada kak Mona yang ajarkan aku cara ni dan aku masih buat even pada rendang2 ayam yang ditempah rakan2. Sayangi diri sendiri dan orang2 yang kita sayang sebab air tangan (air ni tak pe) kita ni lah yang menjadi darah daging mereka.





Jom kita bersama2 mamasyakak nor dan amie yang dah cuba resepi ni. Oh ya..untuk ayam yang ini aku kukus dahulu ayam tu biar airnya jatuh di bawah pengukus. Juga supaya isinya cepat lembut.

AYAM PANGGANG ROSEMARY.

Bahan2
1 ekor ayam (aku guna 5 chicken thigh)
5-6 ulas bawang putih (hiris nipis)
1 sb rosemary kering
1 in halia
1 sb lada hitam (aku guna 2sb)
1 sudu makan jintan kasar
2-3 sb gula perang
2 sb jus limau (aku guna lemon)
3 sb minyak zaitun
5 biji kentang (aku guna 2 biji US Russet)
2 biji tomato
6 biji baby carot (tak letak)
2 sk garam
sedikit serbuk perasa dan butter

Cara2.

  • Ayam dipotong2 atau dibiarkan sekor2 dan dibersihkan.
  • Halia ditumbuk lumat dan perahkan jusnya pada ayam dan gaul rata bersama hampasnya.
  • Panaskan minyak zaitun dan goreng bawang putih hingga kekuningan dan ketepikan.
  • Tumbuk daun rosemary hingga lumat. Masukkan jintan dan lada hitam dan tumbuk kasar sahaja.
  • Masukkan bawang putih yang digoreng tadi dan tumbuk bersama rempah. Kemudian masukkan juga lebihan minyak zaitun, gula perang, garam, serbuk perasa dan jus limau ke dalam rempah tadi. Sesuaikan rasa rempah ikut citarasa memasing.
  • Gaul rempah tumbuk bersama ayam hingga rata dan perapkan dalam peti sejuk selama beberapa jam.
  • Kentang dibuang kulit dan rebus 3/4 masak. Angkat dan lumurkan bersama lebihan rempah ayam.
  • Susun ayam, buah tomato, kentang dan baby carot dalam loyang dan sapukan dengan butter. Bakar pada suhu 180-200C selam 1 jam. (ikut oven memasing)







Happy weekends.


































Thursday, June 27, 2013

BUTTERY ORANGE CAKE

Assalammualaikum, hi!



Dah beberapa entry tak de resepi yang dicatat. Malesss sangat nak update blog. Dengan keadaan persekitaran yang samar2 nampak blog ni samar juga..meneka dalam kesamaran. Wah..aku dah terikut2 si Chah ni. Berirama lagu dalam setiap entrynya. Ada saja lagu2 lama yang keluar. 






Kesian pula tengok blog ni sepi dari enrty baru. Sepi itu indah tapi kadang2 jadi gundah bila resepi tak bertambah. Kau kata nak buat koleksi kan  resepi kat blog ni?

Ok..intro nak panggil semula semangat, jemput semangat kata orang. Kalau dulu2 nak jemput semangat mesti ada pulut kuning. Wah!..ini tak boleh jadi ni. Terbayang2 dah pulut kuning makan ngan kari telur. Faveret seisi keluarga.

(Hah!..kan dah terang mata tu seterang buah oren ni.) 




Setiap kali lihat buah oren selain untuk dimakan otak terus berputar pada kek oren ni. Nampak oren ingat kek oren. Kek oren ni sebenarnya kek faveret mak. Ni aku buat masa Mother's Day ari tu. Jadi kenangan dah. Mak tak suka kek2 yang ada krim2 ni. So aku letak lah buah oren keliling tu nak bagi cantik sikit bila nak snap. 




Kek ni termasuk dalam kategori kek mentega yang plain cuma ditokok tambah oren di dalamnya. Resepi cam biasa dapat dari internet. Ini dari Jun Myresepi. Kek ni rasanya lembab2 manis oren. Sedap! dah 2 3 kali buat kek ni. Cuma kali ni saja gatal2 tangan tukar orange juice pad jus dalam kotak cam gambar di bawah ni. Selalunya aku perah oren tu then campur sikit sunquick (nak bagi masam2 sikit). Baru terasa bila kek dah masak. 







 Walaupun adik2 kata sedap macam selalu tapi pada lidah aku ni ada rasa lain sikit. Mak kata pun cam tu. Tu lah..pandai sangatkan! Derhaka kat resepi tak pe jangan derhaka kat mak! tak pe mak nanti ita buat lagi guna yogurt oren pulak. (experimen lagik!)








Kek ni mudah, senang dan sempoi aje nak buat sebab ini adalah resepi basic kek yang menggunakan creamy method.  Masa sekolah2 dulu  kek butter adalah salah satu resepi yang diajar. Orang kata apa..senang nak mampus! ..alahai..siapa kata nak mampus tu senang dik oii? hihihi... saje je...mengekplotasikan perkataan mampus tu. Mampus? sadis bunyinya.





Resepi ni guna tepung naik sendiri campur tepung gandum tapi aku gunakan semuanya SRF. Senang keje kan? Kulit oren tu parut jangan sampai terkena kulitnya yang berwarna putih nanti rasa pahit. Ambil yang oren sahaja. Masa bakar kek ni..hhmm...aroma oren bertebaran di ruang dapur sampai jiran2 kat atas dah tau kalau bau2 kek ni mesti datangnya dari dapur aku. 

Ok..jom tengok resepi. Che Ta dah taip terang2 kat bawah ni. Senang adik2 nak buat. Senang nak mam_ _ _  hihihi..



BUTTERY ORANGE CAKE

Bahan2. (Loyang 8")
250gm butter
330gm gula kastor (aku kurangkan sikit)
225gm tepung naik sendiri
75gm tepung gandum
4 biji telur
2 sb parutan kulit oren (aku letak 3 sb)
180ml oren juice

Cara2.
Pukul butter, kulit oren dan gula hingga putih dan berkrim.
Masukkan telur sebiji2 dan gaul rata hingga adunan menjadi licin.
Masukkan tepung berselang-seli dengan oren juice. Kaup balik sahaja.
Masukkan dalam loyang dan bakar pada suhu 160C selama 45-60 minit atau sehingga kekuningan. (suhu oven ikut oven memasing). 
Siap. Sejukkan dan boleh disantap.





Oh!..baru teringat. Sebenarnya kek lebih sedap disimpan sehari dua sebelum dimakan sebab rasanya lebih 'terasa'. Masih aku terasa.






Nampak menggiurkan!. Mai sepotong..bismillah...


Bye.

Friday, June 21, 2013

Bizi - tempahan lagi.


Assalammualaikum.

Cuaca panas dan berjerubu buat hari jadi tak menentu. Dah masuk bulan Syaaban. Ramadhan hampir tiba. Dah ada yang mula buat persiapan untuk raya. Bukan raya yang ditunggu sebenarnya tapi sebagai langkah bersedia dan siapsiaga agar  segalanya tidak dibuat melulu.

Aku sendiri sebenarnya suka buat persiapan raya seawal mungkin supaya Ramadhan tak terganggu. Dengan cuaca sekarang ni memungkinkan aku tidak akan bershopping raya dalam bulan puasa nanti terutama waktu siang nak 'mengukur' kedai2 dan luasnya pasaraya. Tak sanggup dik oii! 







Kuih2 biskut raya pun dah mula mendapat mendapat tempahan sekarang. Wah! femes betul florentine atau crunchy nuts nowdays. Permintaan dah melebihi penawaran.  Aku juga tolong kawan jualkan biskut ni. 

Sedap!..satu..satu..masuk mulut. Memang tak puas. Sedar2 dah setengah botol.  Kalau tak de masa dan always bizi cam aku ni beli je kat aku. RM35.00 satu bekas tu lebih kurang 50 pcs. Limited stock. Siapa cepat dia dapat.

Lately masih bizi dengan tempahan. Tak banyak mana pun tapi sebab repeat order dan dengan kerja2 kat ofis nampak lah cam aku ni sibuk sangat!


Chocolate cupcakes untuk hantaran. Lama tak menguli fondant rasa mencabar sangat tang huruf2 tu. Aku ambil masa 3 4 hari jugak nak siapkan bunga2 fondant ni. Tu sebablah kalau kek2 yang ada bunga fondant harganya agak tinggi. Leceh dan rumit. Memang kena banyak sabar.











Fruits tart dan RV cupcakes. Repeat order dari Chocolate Museum lagi. 














Order akhir untuk minggu ni. RV birthday kek oleh Khairul untuk anak buahnya. Ezra ni dah macam anak sendiri. Ke mana2 dengan Ezra. Sayang sangat sampaikan Belated birthday pun dia tetap nak buat.  Harap lepas ni Khairul dapat menimang anak sendiri. Kartun Boboboi kegemaran Ezra. Muka pun bulat2 macam Boboboi.




Ok. Got to go. Selamat berhujung minggu. Ahhh..lega rasa.



Saturday, June 8, 2013

SI DIVA BALDU MERAH..RED VALVET.


Assalammualaikum. Salam manis.

Masih di sini. Masih tak sempat nak update blog panjang2. Hari2 bizi buat badan rasa exhausted sangat! Kena jumpa Mak Usu Esah ni nak betul semua urat2 kaki yang dah tegang2. Nak melembutkan otot2 yang semakin kejang sebelum tiba Ramadhan nanti. Semoga aku diberi rezeki menjumpai lagi Ramadhan yang barokah dan diberi kekuatan untuk melunaskan rukun Islam yang ke 3.

Entry tetiba ni. Jemu menatap gambar2 muffin meh tukar pulak ngan si diva merah meletop!. Red Valvet Cupcakes. Masih lagi dengan demam tempahan dari kawan2. Sebelum ni pun ada 2 3 tempahan RV cuma yang sempat snap yang ini aje. Tak sempat nak berprops2 bagai. Tak sempat nak sambar DSLR tu yang nampak blur sikit.

Ini dari En. Azwan of DR Group untuk tetamu2 dari MAB yang melawat Muzium Coklat. Nak saiz yang kecik2. Senang sekali ngap masuk mulut. 




Seronok buat RV ni. Selain rasanya yang sedap aku suka warna merah digabungkan dengan putih kekuningan cream chesee. Ceria sangat! 













kuning mencelah!

Okey..dah terlanjur cerita pasal Muzium Coklat tu kalau ada sapa2 yang nak bawa family, murid2 sekolah, student2 U atau sesiapa sahaja ke sini untuk melihat  info2 tentang sejarah coklat, nak melihat demo pembuatan coklat dan shopping bermacam2 jenis coklat dalam dan luar negara bolehlah berkunjung ke Muzium Coklat seperti alamat di bawah. Kalau nak datang in group 2 3 bas make sure buat appointment dulu. Kalau bernasib baik masa tu ada apa2 event kat Muzium boleh lah tumpang sekaki. 






Muzium Coklat berada di :

DR Group Holdings Sdn Bhd
No. 2 Jalan Teknologi 3/4
Seksyen 3, Kota Damansara, Selangor.

Untuk appointment lawatan contact:
03-55138823

 Selamat berhujung minggu. Minggu depan ada lagi RV yang menunggu. Alhamdullilah...