Wednesday, January 21, 2015

PUCUK MANIS GORENG BERKELAPA

30 Rabiulawal 1436H.

Assalammualaikum.






Mengisi sedikit ruang waktu rehat ini untuk update blog. Rasa mengantuk sebab perut dah kenyangkan. U alls lunch apa hari ini? Lauk kampong?...bestkan! Aku kalau pergi ke restoren2 yang ada lauk macam2 lebih 50 jenis lauk mulalah meroyan pusing 2 3 round nak memilih sayuran dan lauk pauk. Rasa tak reti nak pilih yang mana last2 ambil telur dadar je!..hihihi...sebab masa pusing2 pilih lauk dah terliur dah. Last2 ambik telur dadar sebab rasa dah kenyang tengok lauk2 yang lain. Boleh gitu?

Nasihat aku kalau nak pergi restoren2 macam ni kena dah set dalam kepala nak makan apa. Kalau tak jadi macam akulah..tah apa2 punya menu yang jadi. Lepas makan nampak pulak dessert2 yang best2. Segala mak nenek bubur beratur dalam periuk2 tanah atau periuk2 yang berkilat2 tu. Belum tenguk lagi kat depan kedai ada orang jual goreng pisang cheese. Ooo...memang giler makan betul!





Kalau kat Shah Alam ni sebelah2 area aku ni ada 2 3 restoren yang menyajikan lauk2 kampung yang sedap2. Restoran Azira dan Hartini di sec. 10. Nak tukar selera Restoren Nasi Ayam Pak Mal yang famous kat Shah Alam ni ada di belakang restoren Azira.

Kat sec. 8 ada satu lagi restoren yang sangat luas dengan hampir 100 menu lauk pauk aku rasa. Tak tau nama sebab parking2 je terus masuk restoren tak sempat nak dongak atas tenguk namanya. Kalau korang sampai sini mesti jumpa sebab hanya ada satu sahaja restoren yang luas kat situ. Kalau datang sini memang meroyanlah aku! Psstt!...ada kedai dekat restoren ni jual tudung murah2! Percayalah...orang Kajang, orang Selayang pun beli borong kat sini. Aku beli tudung bling2 harga RM9.00 tapi tanya kat tesco 25.00 hingget! Ambik kau! (out of topic sikit..)


Satu lagi restoren yang aku tahu yang seangkatan dengan di atas ada di TTDI Shah Alam. Dekat shoplots yang ada bengkel2 tu. Kita orang panggil restoren merah sebab catnya warna merah. Yang ni pun best tapi jarang pergi sana sebab kurang berurusan di kawasan itu. Bubur dia semua sedap2!
Kalau pergi tapau untuk buat buka puasa aku nasihatkan tak payah. Buat kurang pahala puasa kau je.






Ok..ini resepi memang benar2 lama dan berkurun yang membesarkan aku. Pucuk paku, pucuk ubi, pucuk manis, pucuk betik segala jenis pucuk yang boleh dibuat ulam dan dimakan pernah aku makan...tu sebab awet muda kot...hihihi...

Dapat pucuk manis ni dari jiran sebelah Zura dari Kajang. Ini hasil dari kebun abangnya yang memang menjual sayur2 kampung ini. Sebeban pucuk manis dan pucuk ubi dibawa ke Shah Alam dan diagih2kan kepada jiran tetangga. Terima kasih daun keladi.

Daun2 pucuk manis yang segar dan muda2 ni buatkan tekak aku rasa nak makan sayur goreng berkelapa ini. Dah lama tak makan dan tak buat sebab anak2 tak suka. Memang aku seorang je lah melayan tekak dan nostalgia sayur ni yang mak selalu buat masa aku kecik2 dulu.

Resepi senang je macam goreng sayur2 yang lain. Pucuk manis dalam seikat dibersihkan. Bawang merah 3 biji, bawang putih 2 biji ditumbuk dengan sejemput ikan bilis yang telah direndam. Tumbuk kasar2 je. Cili merah dihiris. Boleh juga gantikan dengan ciki kering potong. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan masukkan cili hiris. Masukkan pucuk manis goreng2 hingga layu. Masukkan sedikit air dan tutup kuali bagi pucuk manis tu empuk dan betul2 masak. Bila dan empuk dan masak masukkan garam dan sedikit perencah Secubit Rasa. Keringkan air dan masukkan kelapa parut lebih kurang 1/2 cawan. Gaul2 rata dan tutup api. Siap.




***Nota:
Pucuk manis biar betul2 empuk atau masak sebab jika kurang masak siapa yang tak tahan tu akan pening kepala sebab orang tua2 kata sayur ni 'berangin'. Aku memang pastikan sayur ni masak betul sebab aku sendiri pernah terkena 'angin' ni naik sampai ke kepala. Hampir pitam lepas makannya. Bukan salah sayur..aku ni yang banyak angin dalam badan kot.

Kelapa jangan banyak sangat nanti sayur tu rasa 'kesat' sebab terlebih kelapa. Means...kau makan lebih kelapa dari sayur.

Makan ngan nasi panas2 dengan ikan goreng je pun dah sedap!

Adios.



Thursday, January 15, 2015

TALAM SUJI...Cinta Hilang Kata.


24 Rabiul Awal 1436H.

Assalammualaikum.




Ini adalah resepi pertama untuk permulaan 2015. Awal tahun yang sibuk dengan anak2 sekolah dan GST yang semakin hampir. Sana sini GST. Meeting..meeting semua GST. Sampai tidur pun termimpikan GST. Bertuahlah kau GST kan!

Talam Suji satu lagi kuih kegemaran aku sebab rasanya yang tersendiri. Tepung suji yang berbiji2 halus, lemak manis gula melaka dan santan memang sangat sedap. Ini juga kuih kegemaran Amirul Shafiq yang dah lama merengek suruh aku buat dari zaman UITM Penang hinggalah dah sambung lagi ke UITM Shah Alam ini. Bila baru-baru ini dia singgah sebentar di rumah dan tolong aku jemur kain, sapu sampah dan berkemas aku teringat yang aku owe dia  kuih talam ni. Aduhai..buatkan aku rasa guilty walaupun aku tau apa yang dia buat tu adalah ikhlas. Mama ni je yang sangat sibuk tah apa2.

Tepung suji atau nama glamornya Semolina selalu digunakan oleh masyarakat India untuk kuih muih dan manisan. Masa mula2 berkenalan dengan tepung suji aku pun ragu2 nak guna sebab tepung ni tak halus macam jenis2 tepung yang lain. Bila dah cuba memang tepung ni punya rasa yang tersendiri.




Resepi ni resepi lama dulu tak ingat dari mana aku dapat tapi yang pasti resepi ni dah diolah banyak kali oleh aku dari resepi asal sebab dulu2 tak ada lagi blog2 masakan untuk dirujuk.

Kuih ni juga sering mendapat tempahan dari rakan2 yang dah merasa kesedapannya. Feel free to try it.

TALAM SUJI


Bahan A (bahagian bawah).
1 1/2 cawan tepung suji.
4 cawan santan 
1 cawan gula pasir
pewarna kuning
sedikit garam

Cara2.
Panaskan kukusan. Sapu loyang 10x10" dengan sedikit minyak dan alas dengan plastik.
Campurkan semua bahan A ke dalam periuk dan kacau hingga pekat sedikit.
Tuang dalam loyang dan kukus selama 15 minit.

Bahan B (bahagian atas)
140gm tepung gandum
1 biji telur
santan (secukupnya)

150gm gula melaka     )
50gm gula merah        ) C
50gm gula pasir          )
3 helai daun pandan   )

Cara2.

Masak bahan C dengan 1/2 cawan air hingga gula larut dan hancur. Tapis dan masukkan dalam jug penyukat. Tambah santan dan jadikan sebanyak 750ml.
Blend tepung dan telur dengan sedikit adunan santan tadi. Masukkan semua bahan dalam periuk dan kacau hingga sedikit pekat. Cakar2 permukaan suji dengan garpu (bahagian bawah) dan tuang adunan tepung ke atasnya dan kukus lagi selama 45 minit atau sehingga masak.

***tips:
*Buka pengukus setiap 5 minit dan lap air yang terdapat pada bahagian dalam tutup pengukus.

*Buka tutup pengukus pada 5 minit terakhir dan biarkan sehingga permukaan kuih agak kering dan berkilat baru tutup api.

*Jangkamasa mengukus adalah 1 jam supaya kuih tahan lama dan tidak cepat basi.


Aku abadikan di sini gambar talam suji dan rakan alam maya di FB Puan Lily Haslina Nasir seorang blogger dan lebih menyerlah sebagai novelis hebat yang suka mengumpul teko dan pinggan2 lama. Novelnya yang terbaru 'Cinta Hilang Kata' telah berada di pasaran. Novel yang tebal dan besar dari saiz biasa. Maaflah Lily walaupun kak ita gemar membaca novel tapi belum sempat nak sambar novel ni lagi.










"bila cinta hilang kata
biar airmata yang berbicara..."

Wednesday, January 7, 2015

WW : PERGINYA KENANGAN 2014 MERAIH IMPIAN 2015.


Ada warna2 kehidupan dari setiap rasa yang dimamah. Masam, manis, pahit dan masin rencah2 kehidupan yang bakal dilalui sepanjang 2015 dan sehingga hayat dikandung badan.













Semoga diberkati dunia akhirat.

Salam ceria.