Saturday, September 27, 2014

MASAK LEMAK KUNING UDANG DAN KACANG PANJANG


Assalammualaikum. Salam semanis gula.






Tahulah kan senyum manis je sebab dah sampai cuti hujung minggu. Boleh bereskan segala macam kerja rumah yang hanya mampu dicuit-cuit sedikit tatkala hari bekerja.

Naik 'berbulu' mata tengok kain baju berlonggok tak berlipat. Basuh2, kering..longgok. Nak mengemas dapur, fridge dengan segala macam benda2 yang dah lama terperap. Dah expired pun ada. Semuanya nak tunggu hujung minggu yang selalunya lambat sangat sampai dan selalunya sampai pun sekejap sangat singgahnya. 

Kadang2 hujung minggu tu lah yang banyak nau agenda2 mengundang dan tersembunyi yang datang tanpa diundang. Last2 capai je lah mana yang sempat dicapai tangan. 
Alahai..itu semua bukan kat rumah korang tapi kat rumah aku! 





Ini resepi satu hari dulu sebab tiba2 ada banyak stok udang melimpah2 kat dalam fridge. Lama tak buat masak lemak udang ni. Tapi sikit tak puashati sebab santan yang dibeli cair dan kuah jadi tak lemak yang boleh memuaskan tekak dan menimbunkan lemak kat badan...hihihi..







Udang ni kalau dapat yang udang liar dari tengah laut memang sedaplah. Rasa manis dan segar. Tapi la ni udang-udang dari laut pun segar cuma bukan di tengah-tengah laut nun. Udang sekarang dah dibela di dalam sangkar tapi masih di dalam laut cuma diberi makan palet. Tu sebab kadang-kadang bila makan udang tu aku rasa macam makan palet je! Sabor je lah.








Sekadar catatan untuk diri sendiri dan yang baru2 belajar memasak. 

Masak Lemak Kuning Udang dan Kacang Panjang.

Bahan2.
500gm udang (boleh lebih jika suka)
3-4 batang kacang panjang (patah2kan aje)
2 cawan santan pekat
1 batang serai (titik)
1-2 biji tomato (belah 2)
1 helai daun kunyit (dicarik)
1 sudu kecil maggi cukup rasa
garam

Bahan Tumis.
3-4 biji cili merah 
cili api (ikut pedas)
3 biji bawang merah kecil
1 biji bawang putih
1 " kunyit hidup.

Blend/tumbuk semua bahan.

Cara2.
Bersihkan udang. Tumis bahan2 tumis dan serai dengan sedikit minyak hingga layu. Masukkan daun kunyit, santan dan kacang panjang. Kepekatan kuah bergantung pada citarasa sendiri. Kacau selalu supaya tidak pecah minyak. Agak2 santan hampir mendidih masukkan udang dan tomata. Masukkan maggi secukup rasa dan sedikit garam. Suairasa ikut selera sendiri. Bila dah mendidih tutup api.



Tips:
Boleh gantikan kacang panjang dengan kacang buncis.
Petua orang tua2 - kacang panjang hanya perlu dipatah2kan sahaja supaya tidak hilang manisnya.
Kacang buncis cantik dipotong serong.
Udang masak sekejap sahaja supaya tidak menjadi keras.





Tiba2 teringatlah pulak kat lagu ni nyanyian Arwah Datin Rafeah Buang.

        udang sama udang
             masak gulai dalam kuali
                  jikalau masih bujang
                      carilah teman berhati-hati....



Have a nice weekends.












Monday, September 8, 2014

IKAN CENCARU@JAKET MASAK TAUCU.


Salam manis.

Resepi yang simple je masak untuk anak2 semenjak dua menjak ni. Entah kenapa budak2 ni suka pulak kalau aku buat masak taucu ni. Selalunya kuah pasti habis yang tinggal ikan tergolek2. Mungkin sebab sebelum ni aku selalu masak tauchu dengan sayur..means buat sayur goreng bertaucu. Budak2 tak makan sayur sangat so bila aku buat ikan masak taucu baru dorang tau sedapnya rasa taucu ni.






Selalu aku guna taucu yang dibeli timbang di kampung sebab lebih sedap pada tekak aku lah. Kali ini guna taucu Adabi je yang ada jual kat sini.

Kalau masak taucu ni mak selalu guna ikan yang 'tawar' cam cencaru atau selar tapi nak guna ikan lain pun boleh.

Resepi sangat mudah. Boleh tokok tambah ikut selera sendiri. Ini pun main campak-campak je. Yang penting anak2 makan berselera. Ialah...air tangan mak kan!...buat masak bodoh2 pun semua sedap!




IKAN CENCARU MASAK TAUCU
Resepi olahan : Cik Ta (resepi sendiri lah...)

Bahan2
5 - 6 ikan cencaru/kembung/selar
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
2 in halia
2 biji cili hijau/cili api (ikut pedas)
2 sudu makan taucu (ditumbuk sikit)
2 sudu makan sos tiram
1 sudu teh maggi cukup rasa
1 keping asam keping
air secukupnya

Cara.
Bersihkan ikan dan goreng. Hiris bawang2, halia dan cili.
Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili hingga wangi. Masukkan sos tiram, taucu dan maggi cukup rasa. Kacau rata. Masukkan asam keping dan air secukupnya (untuk kuah). Sudah mendidih masukkan ikan dan biarkan sekejap dan angkat.

Tips:
Kalau tak suka rasa masam boleh lah dikeluarkan asam keping setelah kuah mendidih.

Asam keping boleh digantikan dengan cuka makan.

Tak perlu masukkan garam sebab taucu dan sos tiram dah masin. Nak tambah pun no hal.

Adios.








Wednesday, September 3, 2014

Sangat mencabar! - 3 tier stack cake.


Assalammualaikum. Salam Bahagia.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Semuanya telah berlalu dengan baik dan aman.

Ramadan lama telah meninggalkan kita begitu juga Syawal. Semuanya bergembira walau tetap ada sekelumit rasa hiba atas apa yang terjadi pada MH 17. Mereka akhirnya telah kembali bersemadi di bumi tercinta ini. Di sini Lahirnya Sebuah Cinta...juga telah kita sambut dan menjulang panji-panji kemerdekaan untuk yang ke 57 tahun ini. 

Life must go on. Lama tak bersembang di sini. Ramai teman-teman maya yang menyapa dengan resepi-resepi baru tapi hati masih belum terdetik nak 'bersilat' di dapur mencuba resepi yang enak-enak.

Cuma hujung minggu merdeka baru-baru ini mencabar diri menyudahkan tempahan 3 tier stack cake ini. Fuh! rasa nak menangis masa nak siapkan. Tengok kek-kek yang dah dimasak, bunga2 atas meja kopi dan krim segala bagai rasa macam tak sabar supaya semuanya cepat siap.






Macam biasa...kesabaran dan kesungguhan kunci utama kalau nak buat kek bertingkat ni. Buat slow-slow walaupun sekali sekala Anas tetap nak kacau krim-krim aku. Bila dah siap!...rasa macam tak percaya aku boleh buat kek ni! Masa ni lah kepuasan akan dirasa. Lega! Korang yang buat kek mesti tahu kan?







Yang paling remeh dan mencabar nak buat reben besar ni. Silap haribulan mau melorot ke bawah. Kek dengan topping buttercream sangat cerewet. Tersentuh sikit pasti ada dented. Akhirnya ini lah hasil kerastangan aku. Masih banyak yang perlu di perbaiki.






Syukran Ya Allah dengan sedikit ilmu yang ada ini untuk menggembirakan hati orang lain. Semoga pasangan mempelai ini bahagia hingga ke jannah.