Assalammualaikum. Salam semanis gula.
Tahulah kan senyum manis je sebab dah sampai cuti hujung minggu. Boleh bereskan segala macam kerja rumah yang hanya mampu dicuit-cuit sedikit tatkala hari bekerja.
Naik 'berbulu' mata tengok kain baju berlonggok tak berlipat. Basuh2, kering..longgok. Nak mengemas dapur, fridge dengan segala macam benda2 yang dah lama terperap. Dah expired pun ada. Semuanya nak tunggu hujung minggu yang selalunya lambat sangat sampai dan selalunya sampai pun sekejap sangat singgahnya.
Kadang2 hujung minggu tu lah yang banyak nau agenda2 mengundang dan tersembunyi yang datang tanpa diundang. Last2 capai je lah mana yang sempat dicapai tangan.
Alahai..itu semua bukan kat rumah korang tapi kat rumah aku!
Masak Lemak Kuning Udang dan Kacang Panjang.
Bahan2.
500gm udang (boleh lebih jika suka)
3-4 batang kacang panjang (patah2kan aje)
2 cawan santan pekat
1 batang serai (titik)
1-2 biji tomato (belah 2)
1 helai daun kunyit (dicarik)
1 sudu kecil maggi cukup rasa
garam
Bahan Tumis.
3-4 biji cili merah cili api (ikut pedas)
3 biji bawang merah kecil
1 biji bawang putih
1 " kunyit hidup.
Blend/tumbuk semua bahan.
Cara2.
Bersihkan udang. Tumis bahan2 tumis dan serai dengan sedikit minyak hingga layu. Masukkan daun kunyit, santan dan kacang panjang. Kepekatan kuah bergantung pada citarasa sendiri. Kacau selalu supaya tidak pecah minyak. Agak2 santan hampir mendidih masukkan udang dan tomata. Masukkan maggi secukup rasa dan sedikit garam. Suairasa ikut selera sendiri. Bila dah mendidih tutup api.
Boleh gantikan kacang panjang dengan kacang buncis.
Petua orang tua2 - kacang panjang hanya perlu dipatah2kan sahaja supaya tidak hilang manisnya.
Kacang buncis cantik dipotong serong.
Udang masak sekejap sahaja supaya tidak menjadi keras.
Tiba2 teringatlah pulak kat lagu ni nyanyian Arwah Datin Rafeah Buang.
udang sama udang
masak gulai dalam kuali
jikalau masih bujang
carilah teman berhati-hati....
Have a nice weekends.
No comments:
Post a Comment