Tuesday, March 25, 2014

Lebih dari sekadar rezeki.


Assalammualaikum.

Berakhir sudah penantian MH370 yang berakhir di Lautan Hindi. Menjadi sebuah pusara untuk semua krew dan penumpang-penumpang yang terlibat. Hanya doa yang mampu kita iringkan untuk yang beragama Islam semuga mereka di tempatkan di dalam golongan yang soleh dan beriman. Hanya Allah yang mengetahui.

Life must go on. Mencari rezeki yang halal dan diberkati untuk hidup ini. Marilah kita bersama2 mengambil sedikit dari info video di bawah ini untuk kebaikan dan keberkatan bersama.

Sesiapa yang berdhuha dialah yang paling dekat dengan kemenangan.







Alhamdullilah...masih ada rezeki untuk aku. Beberapa tempahan yang lalu. Gambar kurang memuaskan (tapi nak letak gak). Aku bukan Pro photographer yang banyak gadget2 yang canggih untuk dapatkan gambar2 yang cantik. Hanya harapkan sinar mentari yang terang tapi beberapa minggu lalu Shah Alam berjerubu teruk so gambarnya pun 'berkabus'.


The world's best choc. cake. Mula2 letak strawberry dengan daun2nya tapi nampak berserabut. Bila dah buang daun nampak macam togel je pulak. Huh! tak pernah rasa puashati. Tapi daunnya orang tak makan kan? (nak pujuk hati lah tu)







Red Valvet cupcakes with fondant ribbon roses untuk hantaran. Next time kena ingatkan customer kalau nak tukar colour bagi tau awal2 bukan lagi 2 3 hari sebab aku dah siapkan roses ni awal. Nasib baik warna merah dan putih memang sangat2 ngam dan berseri2!..dan dia puashati.







Moist choc. kek with buttercream and red roses (gumpaste) ready made sebab ini order tukar disaat akhir. Guna ready made je lah.




Kek hantaran untuk anak sahabatku yang jauh datangnya dari Sabah bertemu jodoh di Shah Alam. Masih lagi RV cake with cream cheese topping and fondant flowers. Gambar tangan tu ilham dari kek Azlita  Masam Manis. Konon2 nak cipta kelainanlah kan..kan...





2 tier wedding cake with steamed buttercream. Gambar ni lagi kesian...hanya harapkan cahaya lampu sebab kek ni siap sebelah malam. Suboh2 sepeie kena hantar ke PJ. Matahari masih beradu.













Ini 3 tier wedding kek minggu lepas. 3 tier staked cake (betul ke aku eja tu). Gambar blur bukan sebab cuaca tapi sebab Anas yang godek2 camera aku. Setting lari kot. 


Percubaan pertama yang tidak gagal!. Sangat berjayalah aku rasa yang untuk pertama kali buat kek ni. Sangat mencabar sampai aku rasa nak putar je jam tu bagi lambat lagi 1 hari for delivery. Masih banyak yang perlu diperbaiki but as usual untuk orang yang tak pandai seni2 menilai kek ni nampak cantik dah. Pengantin sangat puashati!

"cantiknya cik Ta! (puji aku ke puji kek?)  Along puas hati sangat. Lagi cantik dari contoh yang Along suruh buat tu. Kek pun sedap"...hihihi ...tang kek tu aku setuju sebab RV aku tak pernah mengecewakan. Aku senyum syukur sampai ke telinga sambil tangan tepuk2 poket! Alhamdullillah.






Fondant warna warni tu nampak macam belon kan? Jadi lah belon aku tu sebab budak2 kecik yang keliling kek ni selepas pengantin potong kek berebut2 nak kan belon tu. Budak kecik pun tahu menilai.



Ini gambar contoh kek tu. Gambar kecik je. Mana boleh lawan tokeh kan..!



Alhamdullillah..rezeki yang tak terjangkakan. Rajin2 buat solat sunat dhuha no! (aku pun baru2 ni je...dulu jahiliah lagi).

Cheerio.



Monday, March 10, 2014

THE WORLD'S BEST CHOCOLATE CAKE-TO DIE FOR!


Assalammualaikum.

Wah! penasaran sungguh dengan nama kek ni kan? Penasaran jugak lah kalau ada sesiapa yang tunggu resepi ni setelah aku tayangkan beberapa minggu yang lalu.

Cuma nak bagi tau resepi ni aku dapat dari blog Azie  atau aku panggil dia Azie Sedap sebab semua resepi2 yang dia kongsikan akan dilabel sebagai resepi yang sedap, tersedap, sangat sedap dan sedap dan sedap. 

Resepi asal dari SINI. Tengoklah macam2 komen tentang kek ni. Semuanya best2, great, awesome! Semuanya komen yang sedap2. Nak tau sedap ke idak cubalah sendiri. Aku guna resepi ni untuk setiap tempahan kek coklat aku. 

Sebelum tu nak cerita sikit tentang kek ni. Sebenarnya aku nak hias kek ni dengan coklat Kit-Kat kat kelilingnya buat macam pagar2 tu dan letak coklat panned almond dari brand Milton ni atasnya. Nak jadikan cerita bila aku tengok tak de satu pun coklat kit-kat dalam peti ais yang tinggal memang rasa marah jugak lah dengan budak2 ni yang semuanya hantu coklat! Agaknya dorang 'melting' tengok kit-kat tu lama dalam peti ais tak digunakan atau dorang ingat aku tak jadi gunakan kit-kat tu so habis lah kena tibai. Nak marah pun anak sendiri kan! Ini lah jadinya kejadian hiasan kek ni. Main curah2 je coklat untuk lepaskan perasaan! Tapi kan..cam cantikkk je kejadian kek ni. Berseni gitu. Tu lah kan..ada hikmahnya.





C&P dari blog Azie.
Resepi asalhttp://www.bestmoistchocolatecakerecipe.com/



Bahan-bahan : 
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula 
3/4 cawan serbuk koko Hershey's
2 tsp soda bikarbonat
1 tsp baking powder
2 biji telur saiz A
1 tsp garam
1 cawan buttermilk 
1 cawan Mazola vege oil 
1 1/2 tsp vanilla extract
1 cawan air mendidih (boleh letak coffee/nescafe) 

Cara Penyediaan : 
Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan (slow baking).

Lenser loyang 9 x 12 dengan oil dan tabur dengan sedikit tepung.  Saya guna 10 x 10. Atau lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.

Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl.
Putar pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit. Perlahankan kelajuan, masukkan air mendidih sambil terus diputar. Naikkan pada kelajuan sederhana dan teruskan memutar hingga sebati. 
Tuangkan ke dalam loyang. Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak sepenuhnya. Jika cup cake, dalam 22 - 23 minit dan pastikan menggunakan cawan kertas cup cake.




Cucuk kek dengan lidi atau pisau. Sekiranya pisau atau lidi yang dikeluarkan bersih, maknanya kek telah masak. Sekiranya terdapat adunan kek yang masih basah melekat pada pisau atau lidi, bakar lagi kek dengan tambahan masa 5 minit dan uji lagi selepas itu sehingga kek masak sepenuhnya.

Sejukkan kek sebelum dinikmati atau dihias.





Last but not least...Pray for MH370 yang masih lagi hilang dengan penuh misteri. Semuga semuanya selamat. Misteri itu rahsia Allah.



Tuesday, March 4, 2014

SEHARI DI AKADEMI CHEF AMER.


Assalammualaikum. Salam manis.

Sejuk kita hari ni? Hujan dah mula turun di sini semenjak petang semalam dan bersambung hingga ke pagi tadi. Rindu sangat dengan hujan. Nasib baik air dicatu tak kena kat tempat aku. Kalau tak,  ada alasanlah nak mandi hujan!.

Ini cerita minggu lepas. Dah lama mengidam nak ikut serta ke kelas masakan chef tersohor ni. Sejak tahun lepas lagi. Bila keluar jadual tahun ni cepat2 booking kelas2 yang dah lama aim.

Sebelum ni awal bulan 2 hari tu aku ikuti kelas kek commercial 1 tapi tak update dalam blog. Hari ni terajin pulak lah nak update kelas western food ni. 

Pada sesiapa yang belum mengikuti apa2 kelas dengan Chef Amer memang aku sarankan sangat2 pergilah. Memang berbaloi2! Chef ni tak lokek ilmu. Tanya apa saja kemusykilan dia boleh bagi jawapan tapi jangan terperangkap dengan jawapan yang tak logik. Chef ni suka bergurau. Siapa yang dah pergi tahulah. Dia juga tak lokek nak kongsikan barang2 yang digunakan, mana nak dapat, berapa harga nak letak kalau untuk jual dan macam2 lagi lah. Juga tak lokek dengan makanan yang sedap2 time breakfast dan lunch. Superb! Dapat ilmu, kenyang perut dan paling penting harga kelas berbaloi2. Hari tu dia ajar 13 resepi tapi dapat lagi satu resepi free jadinya 14 resepi. Pada kelas yang sebelumnya (Sabtu) maaflah ye...rezeki kita orang.

Bukan chef saja yang tak kedekut ilmu tapi krew2 dia pun sama. Aku dapat resepi hot chocolate yang sangat sedap dari krew yang sediakan hot chocolate masa kelas kek bulan lepas. Insyaallah nanti aku cuba dan boleh share sama2...insyaallah ye.

Jom intai2 kelas chef Amer di Akademi Chef Amer di Jalan Kg. Jawa Klang. Resepi..? maaf ye resepi berbayar. Chef kata kalau post kat internet nanti tak jadi, tak sedap orang salahkan dia. Kalau belajar di kelasnya kita lebih faham dan tahu nak adjust atau ada alternatif lain seperti yang diberitahu dalam kelas dengan lebih detail. Pergi menuntut sendiri lagi berkat dan diberkati. Eksklusif you!







Brucetta pembuka selera. Boleh bawak gi moreh bulan puasa ni.



seperiuk besar bolognese sos yang sedap. Lain dari yang lain. Tak mainlah..buka tutup, panaskan dan curah.






Chicken chop dan lamb chop yang diperap dengan perapan yang istimewa.








sedia untuk dihidangkan.







Baked macaroni yang super duper melimpah ruah.




Spaghetti Bolognese yang sedap! Memang lain sangat dengan yang selalu aku makan.



Spaghetti Aglio E Olio yang tersedap!





Spaghetti Carbonara yang sedap giler! so creamy..!





Fresh Garden Salad. Terasa ke 'freshannya' hingga badan rasa fresh kembali walau pun waktu tu dah hampir jam 6.00 petang. Sosnya ummphhh!...

 


terkejut sekejap sebab..




rasa macam press confrence!...uhuk!




antara peserta lelaki yang hadir. Muda2 lagi dah ada semangat nak berjaya.




Adik ni tokeh western food dari Skudai. Tak sempat nak tanya nama. Muka ada iras2 Sein Ruffedge tu yang camera aku cepat je nak snap gambar dia. Lepas ni mesti laris western food dia ni... tokeh handsome, masakan sedap!..fuh!...2 kali berbaloi2...hihihi...




Kalau lepas ni ada gambar2 western food without resepi tu faham2 je lah ye. Kecuali lah aku menderhakakan resepi tu.

Harap2lah..

Bye.