Friday, June 13, 2014

SUP AYAM BERSERAI.


Assalammualaikum dan salam manis.

Lamanya aku tak singgah di sini. Ini entry tertunggak yang sepatutnya aku publishkan akhir bulan May lalu. Namun kerana ada projek besar yang sangat2 menuntut perhatian aku, entry ini aku sambung semula setelah segalanya selesai. Sangat teruja untuk berkongsi rasa dan pengalaman aku akan projek yang besar itu. Bila semuanya telah siap aku tulis pasti akan dipublishkan. 








Resepi penutup bulan May lalu. Makin lama makin menyepi. Bukan tak main masak2 ye..cuma tak sempat nak update di sini.





Sup ayam ini dah lama aku buat masa mood memasak tiba2 mencanak2. Dalam masa 2 hari cuti 2 3 jenis masakan aku buat cuma bila nak update di sini agak merudum masa dan attention yang ada.








Sup Ayam berserai seperti sup yang lain cuma bahan2nya agak 'meriah' dan berbagai untuk mendapatkan rasanya yang lain sedikit dari sup biasa. Ada penambahan serai dan sedikit kunyit hidup untuk membangkitkan rasa dan memberikan warna kuning pada sup. Letak sedikit sahaja kunyit hidup. Bak kata arwah Wan aku..sesembe je dah cukup. Sedikit sahaja atau kalau nak ikut ukuran lebih kurang setengah kuku besarnya. Kalau banyak kang sup kau nampak macam masak pindang pulak!






Sup ini dikongsikan oleh rakan aku Asmah Manjalara. Dia ajar aku buat sup tulang tapi aku gantikan dengan ayam sebab ayam cepat masak dimana waktu pagi adalah waktu yang cukup sibuk untuk aku dalam menyediakan lunch untuk anak2 sebelum ke ofis.

Ini resepinya. 

SUP AYAM BERSERAI
resepi asal : Asmah Manjalara

Bahan2
1 ekor ayam
2-3 biji kentang (potong 2 atau 4)
1 batang lobak merah (potong baji)
2 batang serai (dititik)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang 
3 biji buah pelaga
1 bungkus sup bunjut
1 - 2 kiub ayam
minyak, air  dan garam
daun sup
bawang goreng

Bahan kisar kering/tumbuk
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1/2 cm kunyit hidup 

Cara2.
Ayam dipotong kecil dan bersihkan. Detoxkan terlebih dahulu. 
Panaskan minyak dan masukkan rempah 3 beradik. Masukkan bahan kisar dan masak hingga garing dan wangi. Campurkan kiub ayam, sup bunjut dan serai. Kacau2 dan tambahkan air mengikut banyak yang diperlukan. Biarkan mendidih sebentar baru masukkan ayam, kentang dan carot. Masak hingga semuanya empuk. Perasakan dengan garam. Taburkan bawang goreng dan daun sup yang dihiris halus ketika menghidang. Siap.








Adios.