Wednesday, February 12, 2014

PULUT KUNING DAN KARI TELUR


Assalammualaikum wbt.





Pulut kuning amat sinonim dengan masyarakat Melayu. Dulu2 pulut kuning sering disajikan dalam majlis2 adat seperti majlis pernikahan, pertunangan, cukur jambul, akikah, berkhatan  dan juga berkaitan dengan amalan2 kurafat seperti menyembah acak, pemujaan dan tolak bala. 

Kini fungsi pulut kuning lebih kepada simbol semangat atau tanda kesyukuran bagi suatu pencapaian atau kejayaan memperolehi sesuatu yang dihajati. Selain itu ia diberi kepada tetamu sebagai tanda terimakasih dari tuan rumah kerana menghadiri majlis yang diadakan.







Kenapa warnanya kuning ya? Boleh tak diwarnakan pink? Jawapannya boleh saja...cuma pulut kuning yang diwarnakan kuning sering dikaitkan dengan warna di Raja dalam Kesultanan Melayu sebagai simbol penghormatan yang tinggi. Sebab itu pulut kuning menjadi hidangan istimewa di majlis2 tertentu sahaja waktu zaman dulu-dulu.

Semenjak kecil aku memang sudah biasa dengan pulut kuning. Pulut Kuning memang sangat istimewa tetapi kami mengganggapnya lebih kepada tanda kesyukuran sahaja apabila menghidangkannya dalam majlis2 yang diadakan. Ia sudah seperti adat bagi keluarga kami. Ada yang mengatakan orang yang selalu menghidangkan pulut kuning ada berkaitan dengan darah Raja atau yang sewaktu dengannya dikalangan mereka tapi bagi keluarga aku ianya hanyalah satu hidangan istimewa sahaja.

Teringat aku semasa majlis pertunangan aku dan hubby dahulu, pulut kuning menjadi salah satu hantaran untuk pihak lelaki. Pulut kuning dan rendang daging. Sedapkan kalau digandingkan bersama tapi bila pulut kuning sampai di sebelah lelaki lain pula jadinya. Tak salah aku pihak lelaki tidak menyentuhnya kerana menganggap pulut kuning itu sebagai simbol kebesaran, kedarjatan dan ritual keluarga aku. Alahai...ruginya. Keluarga aku ni orang biasa2 je...

Sampai sekarang pun hubby tak makan sangat pulut kuning. Kalau ada pun cuma merasa secubit dua  tapi anak2 aku memang 'hantu' pulut kuning. Lagi2 kalau digandingkan dengan kari telur. Enak bangat!

Pulut kuning ni aku buat sempena birthday kak cik yang ke 17 baru2 ini dan diagih2kan kepada jiran tetangga. Juga sebagai tanda kesyukuran Ayoi dapat menyambung degree di Uitm Shah Alam setelah dia frust tak dapat panggilan untuk semester yang lepas.

Sooo ...jom anak2 tengok resepi pulut kuning dan kari telur. Sok2 kalau nak buat sendiri kan senang!.






PULUT KUNING.
Bahan2.
1 kg beras pulut     
1 sb serbuk kunyit  
2 keping asam keping
santan pekat
garam
sedikit pewarna kuning

Cara.
Cuci beras pulut. Campurkan serbuk kunyit, asam keping dan rendam 4-6 jam atau semalaman.
Toskan pulut dan masukkan dalam loyang. (asam keping buang ye). Bancuh santan bersama garam dan tuang ke dalam loyang pulut. Aku agak2 saja santan ni sampai pulut tu terendam tapi pulutnya masih nampak lagi. Macam bergenang2 santan di dalam pulut dan santannya sama paras dengan pulut. Pulut akan menjadi lembik jika santannya terlalu banyak seperti memasak nasi. Campurkan sedikit pewarna kuning jika warna kuning kunyit agak hambar.

Kukus selama 15 minit. Kereh atau balik2kan pulut hingga rata dan kukus lagi dalam 15 minit atau sehingga pulut benar2 masak. Pada masa ini kalau nampak pulut seperti agak mentah bolehlah ditambah santan sedikit. Tapi kalau dah terlembik tak dapek den nak nolong!.

Aku letakkan juga resepi dari Che Mat Gebu. Boleh ikut cara2 CMG seperti di bawah.

Bahan2.
500gm beras pulut
3/4 cmt serbuk kunyit
1 keping asam keping
1 cawan santan  cair } disatukan dan kacau rata
3/4 cmt garam          }
100 ml santan pekat
2 helai daun pandan

Cara2.
Cuci beras pulut, rendam dan masukkan serbuk kunyit dan asam keping. Biarkan semalaman atau 8 jam. Tos dan masukkan dalam loyang.
Tuang santan cair dan masukkan daun pandan. Kukus selama 15 minit. Kereh dan gaul rata. Tuang santan pekat, gaul dan kukus selama 15 minit lagi atau sehingga pulut masak.




KARI TELUR

Bahan2.
10 biji telur direbus dan kopek kulitnya.
6 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia
2 sb ikan bilis dikopek (rendam sekejap)
6 sudu besar serbuk kari daging/ayam
santan secukupnya
minyak, gula, garam dan sedikit asam jawa.

Cara2.
Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia. Masukkan ikan bilis dan tumbuk semua hingga halus.
Panaskan minyak tumis bahan2 tumbuk hingga wangi. Bancuh serbuk kari dengan sedikit air. Masukkan ke dalam bahan2 tumbuk tadi dan masak hingga serbuk kari pecah minyak. (api jangan kuat sangat).
Masukkan santan dan biarkan sekejap. Jika nak kuah banyak lebihkan santan. Masukkan telur yang telah dibelah dua tapi tidak putus satu persatu. Kacau rata.


 (yang ini santan masih belum sebati dengan kari dan kelihatan bergentel2. Telur masih lagi berwarna putih dan belum menyerap rasa kari sepenuhnya)


Masukkan gula dan garam. Jika suka boleh tambah aji. Bancuh asam jawa dengan sedikit air dan campurkan ke dalam kuah dan rasa masam masin manisnya. Didihkan dengan api kecil hingga keluar minyak dan pekat. Siap.


(last stage - kari telur dah keluar minyak dan masak rata. Telur berwarna kuning kecoklatan di luar dan dalamnya..baru sedap!)





Tips :
* Gunakan ikan bilis warna putih sebab kalau guna yang warna gelap tu kuah kari menjadi tak cantik. Jadi lebam.

*Pulut kuning sedap makan dengan kari telur yang pekat. Kadang2 kari telur yang aku buat tak pekat sangat sebab letak santan banyak nak kan kuahnya banyak. Nak dapatkan kari yang pekat boleh ambil 2 sb tepung gandum dan bancuh dengan sedikit air. Masukkan dalam kari dan kacau2 supaya bergaul rata. Jangan tuang satu tempat dan tidak dikacau nanti tepung tu akan jadi berketul2 dan orang akan tahu rahsia anda untuk memekatkan kuah kari...hihihi...

Adios.






Wednesday, February 5, 2014

WORDLESS WEDNESDAY : FLOWERS BLOOM IN YOUR NAME



Assalammualaikum wbt.

Semuga dirahmati dan diberkati.

















moist choc. cake with fondant flowers.