Friday, July 19, 2013

PUDING KARAMEL IDAMAN

Assalammualaikum.

Selamat menjalani ibadah puasa. Syukur kita masih berada di bulan yang mulia ini. Ada orang yang menjumpai bulan Ramadhan ini tetapi tidak dapat mengerjakan amal ibadat kerana terlantar sakit. Ada juga yang bertemu Ramadhan ini dan berakhir juga diRamadhan. Al Fatihah untuk Abang Basri suami sepupu aku Kak Anum di Telok Gong Klang yang sudah hampir seminggu menghadap Ilahi. Moga Kak Anum terus tabah dan redha dengan segala yang dihadapi.






Hari yang ke 10 Ramadhan. Banyak sebenarnya juadah yang dimasak tapi biasalah untuk orang2 yang bekerja macam aku ni terkejar2 dengan masa sebelum berbuka. Kadang2 lauk masih di atas dapur azan dah berbunyi. Jawabnya tak dapatlah nak snap gambar2 masakan sebab ramai yang dah menunggu untuk bersantap.








Puding Karamel yang sempat berposing ini sebenarnya aku buat dalam masa yang tak terjangka. Gara2 rasa tak puas makan karamel yang dibeli di bazar Ramadhan. Keras dan tah apa2 rasa. 






Satu pagi lepas sahur tiba2 je tengok semua bahan2 ada aku terus zup zap, zup zap (macam kartun pun ada..) sediakan puding karamel. Sekejap saja cuma tang karamel tu ambik masa sikit. Sebelah dapur buat karamel sebelah lagi masak air panas. Blend roti campur susu tapis telur dan tuang dalam loyang. Dalam 15 minit karamel dah masuk dalam oven. Set time 1 jam aku pun pegi mandi dan solat.





Balik kerja petang sempatlah karamel ni posing. Happy sangat sebab kejadiannya cantik!. Walaupun orang lain buat lagi cantik..ada aku kisah! Janji sedap dan mulus. 

Biasalah kan..anak2 komentar no. satu. "mama..lagi sedap dari bazar ramadhan'. "Mama boleh jual ni". "Boleh2..ambik order, ambik order!"...saja je memeriahkan lagi majlis.. hihihi..


 


oh! resepi ambil dari kak Nor secubit garam. Malesnya nak taip resepi. CnP je ye kak nor..ok ita...thank you kak nor.



PUDING KARAMEL IDAMAN
resipi : 
K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
5 biji telur A
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
2 keping roti
250 ml air
1 sudu kecil vanila

Utk karamel/gula hangus:
4 sudu besar gula
3 sudu besar air panas

Cara:

Panaskan oven kepada suhu 180C dan sediakan air panas mendidih  (utk kaedah waterbath).

Utk membuat karamel/gula hangus:

Satukan gula dgn air panas dan masaklah hingga menjadi karamel/gula hangus. Tuang ke dalam loyang dan ketepikan (aku guna loyang 8").

Untuk membuat puding:
Panaskan susu cair bersama gula. Kacau sehingga gula larut dan susu menjadi suam. Ketepikan.


Kisar roti yg dicarik2 bersama air hingga halus dan masukkan ke dalam sebuah mangkuk. 

Pecahkan telur ke dalam sebuah mangkuk lain dan kacau hingga sebati secara perlahan2.


Tapiskan telur ke dalam mangkuk berisi roti yang dikisar tadi. Masukkan susu cair yg dipanaskan bersama gula tadi juga vanila. 
Kacau sebati perlahan2 dan tuangkan kedalam loyang berisi karamel/gula hangus.Tuang adunan ke dalam loyang yg dah diletakkan karamel tadi.


Tutup loyang dgn menggunakan aluminium foil.

Biarkan seketika (lebih kurang 5 min) dan masak/bakar dengan cara waterbath sehingga puding masak (lebih kurang 50min - 1 jam).

Bila dah masak keluarkan dari oven dan sejukkan. Terbalikkan ke dalam pinggan dan sejukkan dalam peti ais.


# puding ini boleh juga dikukus selama 50 min atau sehingga masak. T
p utk menghasilkan puding yg halus teksturnya adalah digalakkan supaya ianya dimasak menggunakan kaedah waterbath.



*** aku guna cara waterbath, bakar 160C selama 50-60 min. 


Selamat berhujung minggu. Daa...

Saturday, July 13, 2013

BUBUR SUM-SUM...SETAHUN SEKALI.

Assalammualaikum.

Sabda Rasullullah saw :


"Barang siapa yang bersedekah menyediakan makanan bagi orang yang berpuasa , maka baginya pahala sebanyak mana orang yang berpuasa itu tanpa dikurangi pahala mereka".


Hujan awal dinihari menemankan pagi sahur aku waktu sorang2 di dapur menyediakan juadah. Nasib baik duduk di kompleks PDRM ini yang jiran2nya sebelah menyebelah dan ada satu blok di depan beranda dapur aku buatkan aku jadi berani. Itu pun bila lihat pintu dapur jiran sebelah dah terbuka baru aku berani buka pintu dapur. Hish ... hish.. hish.. takut tak tentu pasal. Bulan puasa kan semua setan2 kena rantai! Takut pada bayang2 sendiri.






Okey..ini bukan juadah bersahur tapi hari ni nak sharekan juadah berbuka. Juadah yang satu ini tak pernah tinggal dan hanya dijumpai di dapur aku pada bulan puasa sahaja. Bubur sum-sum pencuci mulut feveret hubby. Nak buatnya mudah, cepat dan senang. 

Sebenarnya...juadah ni aku sediakan masa cuti hari tu. Ada 2 3 menu yang aku buat. Cuti kan..banyak masa. Gambar pun posing dengan macam2 style. Kalau lepas ni gambar2nya sempoi2 je tu maknanya aku memang mengejar masa dan tak ada masa lah tu.







Selalu aku buat dari versi ori warna putih santan tapi kalau nak tukar color hijau pun boleh. Ada juga yang buat warna pink. Tak kisah lah asal sedap. 









Kalau nak kan bubur sum-sum ni agak keras sikit boleh kurangkan airnya. Buat dalam bekas kecik2 (acuan lompang) dan serve sebiji2. Kalau guna 5 cawan adunan agak lembik (seperti gambar di atas) dan kalau makan kena gunakan sudu. Lembik pun sedap...slurppp!...masuk dalam tekak.








Air gulanya boleh buat awal dan simpan dalam fridge. Kali ni aku guna gula nisan dari Terengganu yang diberi Asmah dulu. Kes nak perabihkan lah ni..sebab stok gula Melaka dah banyak dalam almari. Tunggu time je nak gunakan.






Untuk rujukan diri sendiri juga. Sebab buat setahun sekali nanti mudah lupa.

BUBUR SUM-SUM.

Bahan2.
1 cawan tepung beras
4 - 5 cawan santan
sedikit garam.

Cara.
Campurkan semua bahan dan kacau atas api yang sederhana. Kacau hingga pekat dan menggelegak satu dua bulp..bulp..tanda dah masak lah tu. Angkat dan tuang dalam bekas.

Air gula.
2 keping gula nisan atau seketul gula melaka
2 sb gula pasir (ikut manis)
1 cawan air
1 helai daun pandan (dikoyakkan dan disimpul)

Cara.
Gula nisan/melaka di potong kecil2 dan campurkan kesemuanya dan masaklah sehingga gula hancur. Tapis dan sejukkan.






Ramadhan..

"Awalnya rahmat
Pertengahannya maghfirah dan
Penghujungnya pembebasan dari api neraka".
- al hadis. -


Friday, July 12, 2013

KURMA AYAM

Assalammualaikum. 

Selamat berpuasa pada semua. Alhamdullilah..menjumpai lagi sekali Ramadhan yang ke 1434H ini. Semuga ibadah kita semua diterima dan diberkati oleh Allah swt.

Bila tiba Ramadhan ibu2 lagi tambah pening nak sediakan juadah berbuka dan bersahur. Banyak bazar2 Ramadhan menjual berbagai jenis makanan tapi kadang kala banyak juga yang tak menepati citarasa.

Selalunya aku memang menyediakan sendiri juadah berbuka dan bersahur. Lebih puashati ikut citarasa keluarga sendiri. Masa ni lah masing2 punya request macam2, macamlah mama dia ni terror sangatlah memasak dan punya banyak waktu.

Ini hidangan awal puasa lalu. Aku memang ambil cuti dan sebab itu ada punya waktu untuk masak kurma ini untuk hidangan sahur. Mula2 puasa ni bilamana selera waktu pagi masih lagi 'beku' kenalah sediakan sesuatu yang istimewa untuk memancing selera anak2. Anak2 dah request nak ayam kurma. Ok..senang tak payah fikir2 dah. 






Resepi ni resepi biasa sahaja. Setakat ini aku masak ikut resepi ini. Mungkin satu hari jika ada terjumpa resepi yang lain sikit dan lebih sedap bolehlah aku mencuba lagi. 

Resepi dari sahabat aku Asmah di Manjalara. Dalam resepi asal santan yang digunakan dari 2 biji kelapa. So, boleh bayangkanlah kepekatan santannya. Aku cuma gunakan santan pekat dari sebiji kelapa. Boleh adjust santan ikut citarasa sendiri. 







Masa ayam kurma ni masih panas lagi kuahnya agak cair tapi bila dah sejuk baru agak pekat. Mungkin juga kerana aku gunakan kentang russet yang cepat lembut dan buatkan kuahnya jadi tambah pekat. So..kalau tak nak guna banyak santan tapi kuah nak pekat kentang boleh jadi pemangkin pada kepekatan kurma ini.









Seperti biasa detox dulu ayam ya sebelum dimasak seperti di sini detox. Masak dengan penuh kasih sayang. Bulan2 puasa ni sambil potong2 bawang, kosek beras atau apa2 sahaja kerja kat dapur tu selitkan dengan zikir2 dan tasbih. Pahala bertambah2 dan masakan tambah sedap. Senangkan nak dapat pahala?




KURMA AYAM

Bahan2.
1 ekor ayam (potong dan bersihkan)

(A)dikisar
6 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih    
1" halia                      

(B)dikisar
6 sb rempah kurma      
3 - 4 biji cili hijau        
1 ketul lengkuas muda 
sedikit air

(C) bahan tumis
1 btg kulit kayu manis     
2 kuntum bunga lawang  
5 biji buah pelaga           
5 kuntum bunga cengkih
2 tangkai daun kari


(D)dimayang
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 keping halia

santan secukupnya
4 batang serai diketuk
5 biji kentang (aku guna kentang russet 2 biji)
2 keping asam keping
2 kiub ayam
1 biji tomato (aku tambah)
sedikit minyak dan minyak sapi.

Cara2.

Panaskan minyak dan tumis bahan (C) dan bahan (D) hingga wangi dan layu. Masukkan bahan (A) biar agak garing sedikit baru masukkan bahan (B) dan kiub ayam. Biar sehingga rempah kurma pecah minyak dan masak.

Masukkan ayam, kiub ayam, serai dan gaul sebati. Masukkan sedikit santan cair dan bila ayam sudah lembut sedikit masukkan kentang. Jika gunakan kentang biasa yang berwarna kuning boleh masukkan bersama2 dengan ayam.

Bila ayam dan kentang telah empuk masukkan santan pekat, asam keping, tomato dan garam secukup rasa. Masak sehingga mendidih dan bolehlah dihidangkan.

Tips : Kurma ayam ini bertahan selama 2 hari (tak masuk peti ais) bila aku detoxkan dulu ayam tu tapi kenalah dipanaskan kuahnya juga. Makin lama makin pekat dan boleh dicicah dengan roti atau cekodok bawang dan lain2 yang sesuai.






Sabda Rasullah s.a.w :

"Sesiapa yang membaca satu huruf dalam al-Quran baginya satu kebaikan dan satu kebaikan itu digandakan dengan sepuluh. Aku tidak mengatakan : Alif Lam Mim satu huruf, tapi alif itu satu huruf, lam itu satu huruf dan mim itu satu huruf."

Selamat menjalani ibadah puasa dan rebutlah segala ganjaran yang diberikan dari amalan kita di bulan yang mulia ini.



Monday, July 1, 2013

BILA BUNGA2 BERKEMBANG


Salam bahagia. Salam manis.





Hati teruja sungguh bila lihat bunga2 berkembang harum hasil dek tangan yang separuh lembut separuh kejung ni.


Ini aktiviti hujung minggu lalu. Sejak terpandang bunga2 berkembang di sini hati meronta2, teruja nak join sama. Memang dah rezeki agaknya dengan 'memejamkan' mata membayar yuran kelas yang buat orang2 macam aku ni rasa tersedak jugak, langkah diteruskan dengan satu niat..nak belajar. Nak cari ilmu yang aku tahu dapat dimanafaatkan satu hari nanti.

Aku antara orang pertama yang tiba di kelas. Pintu Mysugar Class di Saujana Utama masih berkunci. Hati berkata2.. boleh buat ke sebab dah lama dah tinggalkan skill deko2 ni. Hanya berserah pada Allah agar aku memperolehi sesuatu dari kelas ini.

Bila kelas dimulakan..dalam hati berkata2..oh!...macam tu. Wah! best ni..hmm...patutlah aku buat tak jadi dan macam2 ilmu baharu yang aku dapat padahal sebelum ni ingat apa yang aku buat tu betul. Memang tak rugi dan berbaloi2 penerangan dari cikgu Lea dari Lea Oven pagi tu.

Beza cream yang nak disapu pada kek dan yang nak buat bunga adalah tidak serupa. Selama ni aku main belasah je. 

Cikgu Lea juga ajarkan cara2 memilih pewarna dan macamana nak dapatkan warna2 yang cantik pada bunga2 yang dibentuk.

Bila selesai penerangan dan mula melepa kek dengan buttercream aku dah 'jatuh cinta' dengan cream ini yang sungguh halus dan mulus. Nampak macam fondant. Oh! tak sabar rasanya nak menghias kek ini.




Dipertengah kelas. Bunga2 hampir menutupi kek. Macam2 gaya nak dapatkan bentuk kelopak yang cantik. Kejap duduk, kejap berdiri, pusing nozzle kiri kanan, adjust pinggang kejap. Duduk balik. Adoii!...bukan senang nak dapat ilmu dik oi!







antara hydrangea yang tercantik!..boleh lah..


Hasil sentuhan kami. Syabas! Ohsem!..






















Jom..cabar diri, kreativiti dan kebolehan anda dengan mengikuti kelas2 Articake Inspired Decorating Cake yang dianjurkan oleh Lea Oven. Insyaallah..berbaloi2!. Contact Lea - 0122839337 atau boleh lihat jadual kelas di sini.

Oh! ya...buttercreamnya memang sedap dan memang berbau harum. Bukak kotak kek aje harum semerbak bau bunga2 berkembang.






Adios.