Salam di pagi Jumaat yang cerah.
Mentari mula tersenyum lebar di pagi yang indah sejak 2 hari ini. Langit biru firus terang benderang (boleh nampak kapalterbang dah..) dan awan kelabu gebus berarak lembut. Dari beranda dapur pagi tadi dah boleh nampak bumbung Istana Bukit Kayangan yang terlindung dek jerubu beberapa hari yang lalu. Terasa bersemangat untuk meneruskan hari2 ini tambahan pula esok hari rehat. Tu yang jadi semangat tinggi menyapu awan yang terpilu...(kau lagi chah..)
Resepi hari ini Ayam Panggang Rosemary. Dah 2 3 kali buat gak. Blogger lain dah lama buat. Aku baru buat dan aku percaya ramai lagi yang belum mencuba. So tak yah nak rasa ketinggalan sangat!
Sedap! of course resepi blogger2 masakan ni sedap2. Tak rugi aku terjebak jatuh dalam dunia blog ni. Semuga kalian semua diberikan rahmat dan rezeki oleh Allah swt selamanya. Amin.
Sekali sekala mencuba rempah2 omputih ni sedap jugak. Cuma kali ni aku kurangkan sedikit rosemary tu sebab aku rasa 1 sudu tu agak pedau pada lidah aku ni. Ayam ni aku panggang dengan magic pan from Langkawi brand HIG. Kira perasmian magic pan lah. Lagi pun nak tengok ok tak magic pan ni sebab senang nak guna bulan puasa nanti. Memang magic pun sebab masaknya cepat dan boleh adjust kegaringan yang kita nak. Dari experience aku guna api kecik aje dah memadai.
Yang gambar kat atas tu aku terus masukkan dalam magic pan semua sekali gus dan balik2kan setiap 5 minit. Gambar kat bawah ni aku cuba panggang dengan aluminium foil. Rasa masih sama cuma yang dalam aluminium foil ni tentunya agak juicy dan lembab2 tak garing. Kentang yang burnt tu cuma hiasan ambil dari ayam yang dipanggang tanpa aluminium foil.
Ok..satu tips yang aku nak catatkan di sini. Korang tau detox kan? Pernah tak cuba detoxkan ayam tu?
Aku selalu praktiskan ini. Walau pun suka ayam tapi lidah dan hidung aku agak sensitif pada rasa hanyir ayam walaupun ayam tu digoreng. Sebelum masak ayam untuk apa2 sahaja masakan aku akan detox kan dulu ayam tu untuk hilangkan bau hanyirnya.Ada orang lumurkan ayam dengan tepung kemudian basuh. Aku dah try tapi bau hanyir ayam tu kadang2 masih ada.
Cara aku begini :
Setelah ayam dibersihkan masukkan ayam dalam kuali besar yang boleh memuatkan ayam tu. Buka api sederhana besar dan biarkan ayam tersebut sehingga keluar air2nya. Sambil tu boleh dibalik2kan. Atau tutup kuali dengan penutup dan balik2kan ayam 2 3 kali hingga keluar airnya dan ayam agak kecut sedikit. Tak perlu lama. Ayam dah kecut sikit dan keluar airnya dah cukup. Masa ni korang boleh bau hanyir ayam tu keluar bersama2 air dan kadang2 boleh terbau ubat2 yang disuntik pada ayam tu. Just imagine air2 itulah yang bercampur dalam kari, rendang dan masakan yang kita hidangkan untuk family. Air2 itu juga yang menyebabkan masakan kita cepat basi. Terima kasih pada kak Mona yang ajarkan aku cara ni dan aku masih buat even pada rendang2 ayam yang ditempah rakan2. Sayangi diri sendiri dan orang2 yang kita sayang sebab air tangan (air ni tak pe) kita ni lah yang menjadi darah daging mereka.
Jom kita bersama2 mamasya, kak nor dan amie yang dah cuba resepi ni. Oh ya..untuk ayam yang ini aku kukus dahulu ayam tu biar airnya jatuh di bawah pengukus. Juga supaya isinya cepat lembut.
AYAM PANGGANG ROSEMARY.
Bahan2
1 ekor ayam (aku guna 5 chicken thigh)
5-6 ulas bawang putih (hiris nipis)
1 sb rosemary kering
1 in halia
1 sb lada hitam (aku guna 2sb)
1 sudu makan jintan kasar
2-3 sb gula perang
2 sb jus limau (aku guna lemon)
3 sb minyak zaitun
5 biji kentang (aku guna 2 biji US Russet)
2 biji tomato
6 biji baby carot (tak letak)
2 sk garam
sedikit serbuk perasa dan butter
Cara2.
- Ayam dipotong2 atau dibiarkan sekor2 dan dibersihkan.
- Halia ditumbuk lumat dan perahkan jusnya pada ayam dan gaul rata bersama hampasnya.
- Panaskan minyak zaitun dan goreng bawang putih hingga kekuningan dan ketepikan.
- Tumbuk daun rosemary hingga lumat. Masukkan jintan dan lada hitam dan tumbuk kasar sahaja.
- Masukkan bawang putih yang digoreng tadi dan tumbuk bersama rempah. Kemudian masukkan juga lebihan minyak zaitun, gula perang, garam, serbuk perasa dan jus limau ke dalam rempah tadi. Sesuaikan rasa rempah ikut citarasa memasing.
- Gaul rempah tumbuk bersama ayam hingga rata dan perapkan dalam peti sejuk selama beberapa jam.
- Kentang dibuang kulit dan rebus 3/4 masak. Angkat dan lumurkan bersama lebihan rempah ayam.
- Susun ayam, buah tomato, kentang dan baby carot dalam loyang dan sapukan dengan butter. Bakar pada suhu 180-200C selam 1 jam. (ikut oven memasing)
Happy weekends.
No comments:
Post a Comment