Tuesday, December 23, 2014

FONDANT CAKES...akhirnya!


Assalammualaikum. Salam manis. 

Bulan Disember bulan pernikahan. Selamat berbahagia untuk semua pasangan pengantin di luar sana.




Teruja sangat nak share something sweet kat blog ni. Taraa...ini lah project last week yang sangat mengujakan.




Setelah bertungkus lumus, berdebar-debar, membanting tulang 4 kerat sampai sakit2 bahu akhirnya kata2 syukur   alhamdulillah terucap jua. Bukan senang nak merealisasikan impian orang. Menggalas amanah dan harapan supaya hasil kerja kita dapat memeriahkan dan menyerikan majlis mereka.






Aku rasa setiap blogger2 masakan dan bakers kat luar sana mempunyai perasaan yang sama dengan aku. Bukan pujian yang diharapkan tetapi lebih kepada memberikan senyuman dan kenangan yang manis untuk semua orang yang terlibat. Menghadapi risiko cacian dan makian bila hasil kerja kita tidak seperti yang diharapkan haruslah sudah bersiap sedia menerimanya.





Kek hantaran adalah kek carrot dan 3 tier wedding cake order dari BFF Suzana Manan untuk anak saudaranya Zarith Sofia. Suzana sahabat dari Form 1 sampai sekarang. Sudah 30 tahun lebih masa berlalu.





Dari mula menyediakan kek hingga menghiasnya bibir tak henti2 berselawat dan berzikir agar segalanya dipermudahkan dan harapan orang menjadi kenyataan. Kek menjadi penyeri majlis yang manis. Alhamdulillah..akhirnya Allah makbulkan.





3 tier wedding cake ini yang terberat dan terbesar yang pernah aku buat. Nak menyalut kek yang paling besar dan tinggi hampir 6 inci memang sangat2 mencabar. Hampir 2 kg fondant diperlukan untuk kek buah seberat hampir 5 kg ini. Kek yang tengah adalah kek coklat dan yang paling kecil kek Red Valvet.




Suzana dan suami Azman.






 

Inilah hasil kerja seorang aku yang baru belajar 'bertatih' dalam seni pembuatan kek khasnya kek fondant yang hanya bergurukan Mr google dan terima kasih untuk blogger yang sangat merendah diri dan baik hati ini Azlita Masam Manis yang sangat2 membantu aku dalam menyediakan kek fondant. Semoga Allah membalasnya dengan sesuatu yang sangat manis.



Ini pula kek hantaran untuk Ameera dan pasangannya Afrizal yang telah selamat diijab kabulkan pada 21 Dec yang lalu. Minggu ini Meera bertandang ke rumah pengantin lelaki di Pontian. Meera anak sahabat aku juga Kak Ramona yang aku kenali melalui dunia masakan ini 20 tahun yang lalu.















Ini pula adalah gambar dari FB Rahiza sahabat yang menempah kek yang lalu untuk majlis pernikahan saudaranya.









Terima kasih untuk rakan-rakan yang memberi kepercayaan pada aku. Segala kekurangan minta dihalalkan. Yang baik itu segalanya dari Allah swt dan yang jahil serta khilaf itu adalah aku.








Tuesday, December 16, 2014

BASKET WEAVE...menganyam impian.


Assalammualaikum.

Minggu yang sangat memenatkan. Terkejar ke sana sini untuk menyiapkan tempahan kek ini. Nampak mudah tapi leceh dan lelah sebenarnya bilamana ada bahan yang tertinggal yang diperlukan disaat akhir. 

Alhamdulillah...akhirnya menarik nafas lega bila 2 biji kek ini dapat disiapkan dalam jangka waktu yang ditetapkan. Kemas cepat2 untuk balik kampung merewang di rumah Along pula untuk kenduri pertunangan Shasha. 






Walaupun kek fondant nampak mewah tapi masih ramai yang meminta kek yang diselaputi buttercream untuk menjadi penyeri di majlis bersanding. Syukur sangat bila warna kuning yang diadun menjadi hampir sama dengan tema majlis. Untuk kek 2 tingkat tempahan dari jiran blok bawah Kak Ani@Mak Aji untuk majlis persandingan anaknya. Dia cuma bagi kek dan warna yang dikehendaki dan design is on my own. Ikut senang Ita lah katanya. So...dengan senang hatilah aku buatkan basket weave ni yang aku rasa sangat sesuai untuk majlis yang istimewa itu.





Kedua-dua kek adalah Russian Black and White cake (RBNWC). Untuk bahagian bawah aku buat dua adunan dengan saiz 9 inci untuk dapatkan kek yang tinggi. Bila dah siap layer dan dibalut buttercream keknya menjadi setinggi hampir 5" dan nampak besar sangat! Berat lebih kurang 4kg. Takut kek tergelincir aku letak 'pasak' di dalamnya. 

Kek bahagian atas bersaiz 7" tapi bila dah siap jadi besar macam 8". Berat pun hampir 2 kg. 





Untuk kek yang ini aku guna resepi dari Azie Kithen untuk chocolate cakenya. Kek coklat boleh guna mana-mana resepi yang anda sukai. Cuma filling coklat dan cheese aku masih guna resepi yang sama.


Best Moist Chocolate Cake Ever
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
3/4 cawan serbuk koko Hershey's
2 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder (opsyenal)
2 biji telur saiz A
1 sk garam
1 cawan buttermilk
1 cawan Mazola vege oil
1 1/2 sk vanilla extract
1 cawan air mendidih (atau 1 cawan air coffee/nescafe)

Cara Penyediaan : 
Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan (slow baking).

Lenser loyang 9x13" dengan minyak dan tabur dengan sedikit tepung.  Saya guna 10x10. Atau lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.

Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl. Putar pada kelajuan sederhana selama 1 minit, sebelum dimasukkan air panas atau air nescafe panas. Putar sehingga adunan sebati.

Tuang dalam loyang dan bakar selama 1 jam atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan sejukkan.






Untuk resepi penuh RBNWC boleh klik sini





Ini pula kek hantaran bakul putih untuk pertunangan Shasha anak Along yang berlangsung dihari yang sama. Memang lenguhlah tangan sebab buat design ni leceh dan ambil masa sikit tapi bila dah siap rasa puashati. Keknya adalah kek favourite aku Red Valvet!





Untuk minggu ni pula akan bergelut dengan fondant. Insyaallah semuga semuanya dipermudahkan. Doakan semuanya berjalan lancar. Bahu dah rebeh dua-dua belah ni!



Wednesday, December 10, 2014

WW : CARROT CAKE W CREAMCHEESE FROSTING


Assalammualaikum.

Untuk hantaran pertunangan. TQ Rahiza.








Pohon cempedak di tepi titi
Pohon nangka buah sebiji
Kalau sudah berkenan di hati
Marilah kita mengikat janji

Selamat berkenduri.

Wednesday, December 3, 2014

WW : RED VALVET & RAINBOW CAKE.


Assalammualaikum. 

Sekadar menjadi penyeri untuk hari ini walaupun langit selalu mendung. Gambar pun jadi kabur.


Red Valvet kek.














Rainbow cake.


















Adios.