Tuesday, March 26, 2013

RUSSIAN BLACK AND WHITE CAKE


Assalammualaikum.






Kek ni aku buat untuk birthday adik aku (Ina) dan anak sedara (Shasha) minggu lepas. Birthday yang dekat2 tarikhnya. 

First time buat kek ni sebab suka ngan penampilan isi dalamnya lagi pun aku suka kek2 yang ada 'isi' didalamnya. Bila dipotong kek tu...wah!...nampaklah kelainan dari kek biasa.




Russian black and white sebenarnya lebih kepada kek coklat. Cuma tambahan coklat dan keju yang ada disetiap lapisan kek buatkan ia nampak lagi cantik. Kek asal adalah 4 lapis kek tapi aku cuma buat 3 lapis je. Kalau 4 lapis lagi tinggi dan cantik bila dipotong.






Untuk kek coklat boleh guna mana2 sahaja resepi kek coklat yang anda selalu guna. Lagi sedap guna kek coklat lembab. Resepi aku ambil dari sini tapi ada ubahsuai sikit ikut bahan2 yang ada kat dapur aku ni.  Boleh klik untuk lihat step by step cara2 membuatnya. 





RUSSIAN BLACK AND WHITE 
Resepi : Juicy Cafe
Dari blog : Puteri's Oven.

Bahan A (loyang 8")
1 cwn serbuk koko
1/2 cwn gula halus
1 cwn air panas
1/2 cwn susu cair

Bahan B
250gm butter 
2 cwn gula perang 
4 biji telur
2 sk esen vanila

Bahan C
2 cwn tepung gandum
2 sk baking powder
1 sk soda bicarbonat (aku tambah)
(ayak semua bahan)

Cara2.
Masak bahan A kecuali susu cair dengan api kecil hingga sebati, angkat dan sejukkan. Campurkan susu cair.

Pukul butter dan gula perang hingga kembang. Masukkan telur sebiji2 dan esen vanila. Gaul rata.

Masukkan adunan tepung berselang seli dengan adunan coklat. Kaup balikkan hingga rata.

Masukkan dalam loyang dan bakar secara bain marie pada suhu 160C (ikut oven masing2) selama 50-60 minit. Boleh juga dibakar kek seperti biasa.

Setelah masak angkat dan sejukkan.

FILLING COKLAT
50ml whipping cream (aku guna susu segar)
200gm coklat masakan - potong kecil2 (aku guna Le Bourne)

Cara2.
Panaskan whipping cream dengan api kecil hingga berbuih2 sedikit. Masukkan coklat dan kacau hingga larut. Angkat dan sejukkan. Masukkan dalam piping bag. Simpan dalam fridge hingga keras sedikit.

FILLING CHEESE (aku buat 2 adunan)
250gm cream cheese
120gm mentega (aku tak letak)
1 cwn gula icing (aku guna 150gm)
sedikit lemon essence
sedikit whipping cream yang telah dipukul kental - aku tambah.

Cara2.
Putar cream cheese dan gula hingga creamy. 
Campurkan lemon essence. Jangan banyak sangat nanti pedau. Cukup untuk membangkitkan rasa cheese sahaja. Aku campurkan sedikit whipping cream dan gaul rata. Agak2 adunan cheese secukup lembut. Masukkan dalam piping bag.

Cara melapis kek:
Potong kek kepada 4 bahagian. Lapisan pertama paipkan filling cream cheese ditengah2 sebesar duit 50 sen. Diikuti dengan filling coklat disekelilingnya dan diselangseli dengan cream cheese lagi. Buat seperti lingkaran ubat nyamuk hingga memenuhi kek.

Letak lapisan kek ke2 dan mula dari tengah dengan filling coklat pula dan diselangseli dengan filling cheese. Buat semua hingga habis. (refer link kat atas)

Setelah siap 4 lapisan sapu keliling kek dengan cream cheese dan kemaskan. Simpan di dalam frigde sementara menyediakan ganache coklat.


GANACHE COKLAT (untuk curah atas kek)
100ml whipping cream (aku guna susu segar)
300gm coklat - dipotong kecil

Panaskan whipping cream dengan api kecil hingga berbuih2 sedikit. Masukkan coklat dan kacau hingga larut. Angkat dan sejukkan sekejap sebelum dituang  atas kek. JANGAN tunggu sehingga ganache pekat.  Teknik menuang ganache atas kek klik disini dan di sini.





Lets try dan hidangkan untuk yang tersayang. Mesti happy giler. Buatlah lebih cantik dari yang ini.

Nota : 
Loyang 8" lenser dengan butter dan alas dengan baking paper di bahagian bawah sahaja.
Oven panaskan terlebih dahulu lebih kurang 10 minit.
Jangan buka pintu oven semasa membakar kek terutama  dalam jangkamasa 20 minit selepas kek dimasukkan. Ini akan menyebabkan kek 'terbantut'.  
Cucuk ditengah2 kek dengan lidi satay untuk mengetahui kek sudah masak atau belum.
Lidi yang bersih setelah ditarik keluar dari kek menandakan kek telah masak.
Jika sudah cukup masa membakar dan kek belum cukup masak, bolehlah ditambahkan 5-10 minit lagi masa membakarnya.


Daa...











No comments:

Post a Comment