Salam bahagia.
Lama sungguh tak menjenguk ke sini. Gambar2 masakan dah bertimbun2 tapi satu pun tak sempat nak upload.
Dah makan semua? Lunch ni aku cuma makan roti je. Roti yang dibuat malam tadi. Gambar tak sempat nak snap sebab keluar2 dari oven panas2 tu ramai yang dah menunggu. Terus ngapp!
Dari minggu lepas angin nak meroti tiba2 singgah di dapur aku. Lamaaa sangat ! tak buat roti sebab selalu buat roti tak jadi lembut seperti yang diharapkan. Masa mengembang bukan main tinggi naiknya tapi bila dah masak tekstur jadi keras. Tu yang maleh tu. Keciwa!
Tersinggah kat blog sorang blogger masakan ni. Betul2 dia promote resepi tu menjadi dan sedap. So...ini lah hasilnya. Tak keciwa lagi tapi bahagia. Harap2 asyik makan roti badan pun tak mengembang cam roti.
Penambahan water roux dalam resepi ni yang aku rasa buatkan roti sangat lembut dan gebu sebab aku hanya gunakan yis tanpa bread improver atau bread softner. Apa itu water roux? Wah! interesting bukan? Ramai blogger2 masakan dah menggunakan water roux sebagai bahan tambahan dalam adunan roti untuk mendapatkan tekstur yang lembut dan gebu.
Water roux atau water roux starter (Ibu Roti) atau dipanggil Tang Zhong adalah kaedah tradisional masyarakat Cina dalam penyediaan mee dan kulit dumpling. Sekarang digunakan dalam penyedian roti atau bun. Digunakan sebagai agen penaik dan pelembut yang dicampur bersama bahan asas doh roti. (sumber internet).
Aku rasalah...water roux ni juga digunakan oleh masyarakat Cina dalam pembuatan chakoi. Chakoi orang2 Cina terkenal sebab ianya lembut dan gebu. Sapa2 yang ada buat chakoi tu cuba2lah campurkan dengan water roux. Menjadi nanti share2 lah ye.
Resepi water roux.
50gm tepung gandum
250gm air
Campurkan tepung dan air ke dalam periuk. Kacau hingga sebati. Panaskan atas api yang kecil dan kacau hingga pekat. Setelah masak sejukkan dan simpan dalam bekas bertutup dan masukkan dalam peti ais. Boleh bertahan sehingga 3 hari. Jika bertukar warna dan tekstur jangan digunakan lagi. Bila hendak digunakan keluarkan dari peti ais hingga mencapai suhu bilik.
ROTI KEJU - CHEEZY BREAD
Bahan-bahan
380gm tepung high protein (tepung roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera (aku guna mauripan)
1 bj telur A
100ml air
100gm water roux
60gm butter/marjerin
1sk bread softner (saya tambah)-aku tak letak
Mozarella/Parmesan Cheese dan gula secukupnya untuk ditabur atas roti - aku gantikan dengan cheddar cheese
Cara-cara

Masukkan
semua bahan kecuali air ke dalam mangkuk mixer dan gaul.
Masukkan air sedikit-sedikit sehingga mendapat ketepatan yg dikehendaki (jangan masukkan semua air sekaligus) . Uli sehingga 20 minit. lebih sikit pun tidak mengapa.
Masukkan air sedikit-sedikit sehingga mendapat ketepatan yg dikehendaki (jangan masukkan semua air sekaligus) . Uli sehingga 20 minit. lebih sikit pun tidak mengapa.
Saya
guna BM, saya masukkan semua bahan dan biar BM uli dalam 10
minit. Kemudian saya masukkan mentega. Saya biarkan BM uli doh selama 1
jam 30 minit.
Apabila BM dah siap menguli, saya keluarkan doh dan uli doh ikut
bentuk yang saya suka. Oleh kerana doh yang dapat agak banyak, saya buat dua
jenis roti:
1. Roti
Cheese saiz besar dalam loyang 9 X 9 inci
2. Roti
bun kecil yang saya masukkan dalam muffin casing.
Roti bun
comel tu saya letak inti iaitu sardin.
Untuk bun comel-comel dalam
casing, saya taburkan sedikit daun Parsley.
Untuk roti cheese bila dah mengembang tabur cheese dan gula castor.
Untuk roti cheese bila dah mengembang tabur cheese dan gula castor.
Bakar 160
- 170 degree selama 15 -20 minit. Api atas bawah sehingga roti masak.
Dah
siap. Bun yang masih panas terus sapukan butter ke atas permukaannya.
Note - terlupa nak update. Dalam resepi di atas tak letak. Kang pening pulak yang baru nak buat. Lepas adunan mengembang tumbuk2 sikit nak keluarkan angin. Baru di bentuk samada bulat (bun) atau memanjang. Satu bun timbang seberat 50gm. Jika suka isi inti apa2 sahaja dan biarkan mengembang sekali lagi baru dibakar. Harap faham ye.
Nak tengok step by step boleh klik link emiliaputeri kat atas tu.

Inilah adunan roti yang telah mengembang dengan jayanya. Naik melimpah sampai memenuhi BM aku. Terpaksa ditekan sedikit untuk mengeluarkannya.
Taraaa...!!
Blueberry bun. Yang ni belum masak lagi tapi tengok naik menggebu2..Gambar dah masak tak sempat nak snap dah kena ngapp!!.
Roti Keju. Kat atas je tabur cheddar cheese dan gula castor.
Blueberry bun. Yang ni belum masak lagi tapi tengok naik menggebu2..Gambar dah masak tak sempat nak snap dah kena ngapp!!.
Roti Keju. Kat atas je tabur cheddar cheese dan gula castor.
As slm..bestnye roti..nmpak senang je ek..kena try ni:)
ReplyDeletesalam...adunan ni dapat dalam berapa biji roti (anggaran) ye..tq
ReplyDeletebrp byk tu bergantung pada saiz roti yang dibuat. Kecik2 dapat banyaklah. Kalau byk sgt sedekah je kat kwn2 atau jiran2. Ada rezeki dorang tempah pulak kat kita...hihihi...hidup ini mudah!
DeleteAssalam
ReplyDeleteKalau guna BM water roux letak masa bila