Saturday, February 23, 2013
NASI LEMAK PANDAN-SEHARUM KASIHMU.
Salam Bahagia.
Selamat berhujung minggu bersama keluarga dan orang2 tersayang. Meluangkan masa untuk keluarga setelah melunaskan tanggungjawab mencari rezeki dan bekerja untuk hari2 yang lalu.
Lamanya dapor maya ini tidak berasap walaupun hari2 dapur kat rumah tak pernah sejuk. Biasalah kalau punya keluarga yang besar macam aku ni sampai jauh2 malam pun ada lagi yang minta makan. Anak2 semua sedang membesar. Tekak dan selera masing2 tak sama.
Untuk hujung minggu ni aku sediakan nasi lemak. Dah lama tak buat nasi lemak. Cuma kali ini nak ubah sikit dari nasi lemak biasa ke nasi lemak pandan.
Kalau tengok di internet banyak resepi2 tentang nasi lemak ini. Rasanya lagi berperisa bila ditambah dengan bahan2 lain. Sekali sekala untuk cipta kelainan apa salahnya mencuba kreativiti makanan supaya nampak lagi menggiurkan dan menggamit selera.
Nasi lemak lawannya adalah sambal tumis. Ada macam2 versi masakan sambal tumis. Anda bolehlah masak sambal tumis yang biasa anda buat. Sambal tumis ikan bilis, udang, sotong atau kerang. Boleh juga digandingkan dengan ayam goreng. Untuk hari ini aku cuma sediakan telur dadar sahaja sebab anak2 lebih suka telur dadar dari telur rebus.
Satu petua untuk dapatkan sambal tumis yang sedap ialah sambal harus dimasak agak lama iaitu sehingga cili benar2 masak. Kalau cilinya kurang masak sambal jadi kurang umph! Pilihlah belacan yang elok dan sedap untuk menambah kesedapan sambal tumis anda.
Untuk dapatkan sambal tumis ikan bilis yang sedap cubalah tips ini. Aku dapat dari seorang kakak yang dipanggil Mak Ipoh sekarang berniaga di pasar malam Semenyih (tapi tak jual nasi lemak dah). First time makan sambal tumis dia memang terkedu! Mak datok! sedapnya..!! dia letak apa?..jeng...jeng...campurkan sedikit kepala ikan bilis semasa memblender cili kering tu. Sikit sahaja lebih kurang 1 sudu besar. Buang yang ada hitam2 kat kepala ikan bilis tu. Ambil kepalanya sahaja.! Cubalah..insyaallah. Moga Allah memurahkan lagi rezeki Mak Ipoh (rindunya kat dia).
Jom tengok resepi dan boleh cuba hidangkan untuk keluarga hujung minggu ni. Seperti kata anakku Iman..wah! cantiknya nasi lemak mama..mesti sedap sebab mama masak semua sedap. Oh!..tersendu aku! Hilang penat memasak.
Mulakan dengan Bismillah. Niat masak untuk keluarga dan masaklah dengan penuh rasa kasih sayang. InsyaAllah..sedap!
NASI LEMAK PANDAN.
Bahan2.
3 cawan beras
3 cawan santan
6 helai daun pandan + 1 cawan air (diblend)
1 biji bawang merah (dihiris)
1 batang serai (dititik)
1 inci halia (dihiris)
1 kiub stok ayam
sedikit garam
pewarna hijau
Bahan2 sampingan.
Telur rebus/dadar
timun
ikan bilis goreng
kacang tanah goreng
Cara2.
Basuh beras hingga bersih. Campurkan air daun pandan ke dalam santan. Masukkan bahan2 hiris, serai, stok ayam dan garam ke dalam periuk beras. Campurkan santan. Masaklah seperti biasa (sukatan santan ikut beras masing2). Boleh juga dicampur sedikit pewarna hijau sebab warna daun pandan agak pucat. Atau kalau nak nasi seperti gambar di atas bila nasi sudah agak2 kering (masih basah2 sikit) titikkan sedikit pewarna hijau di atas nasi (buat 2 3 tempat) dan biarkan hingga kering. Setelah nasi benar2 kering dan masak bolehlah digaulkan semua.
Selamat menjamu selera.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Cik, boleh bagi recipe untuk sambal?
ReplyDelete