Monday, May 27, 2013

TEMPAHAN LAGI..THANKS RAHIZA.

Salam Bahagia.

Cuti sekolah dah bermula tapi dah berakhir cuti2 untuk aku. Minggu lepas balik Melaka sempena cuti hari Wesak hingga hujung minggu. First time balik Melaka malam2 buta sebab kesian kat hubby yang nak elakkan kesesakan dan nak mengelakkan terik mentari waktu siang. Aku ikut aje.

4 hari 3 malam di Melaka. Kenduri kendara, shopping, makan2, jalan sakan mengukur lebuh AMJ hingga ke Batu Pahat  buatkan kaki aku tambah tegang dan jalan pun macam orang dalam pantang. 

Sehari sebelumnya dah lah berdiri seharian di dapur menyiapkan tempahan muffin, kek dan cheese tart untuk kenduri adik Rahiza. Thanks Rahiza order kek lagi. Balik kampung memang tak boleh berehatlah. Lama tak balik rasa nak ronda semua tempat. Tak cukup masa 4 hari tu. Macam2 nak buat.

So layan dulu gambar2 tempahan ari tu. Sebelum tuannya ambil posing dulu lah ye.























Muffin coklat  - hitam itu menawan! 



Blueberry cheese tart yang memang mengancam! 



Kek Ombak Rindu formerly known as Kek Alunan Kasih. Kek yang simple luarannya tapi kalau dah dipotong...wahhh...berombak2 di dalamnya. Resepi nanti dulu lah, penat bercuti belum hilang. Kalau tak sabar nak tunggu boleh cari di internet.

Bye.



Tuesday, May 21, 2013

NASI LEMAK TUMIS KUNING

Salam Bahagia..






Nasi lemak lagi. Sebenarnya aku memang tengah nak mengumpulkan beberapa versi resepi nasi lemak dan lain2 nasi untuk dijadikan koleksi di sini.

Setiap kali cuba memasak resepi baru hati rasa tak sabar dan tak tertahan2 nak melihat dan merasai hasilnya. Seronok tau kalau kita rasai hasilnya yang tak sama seperti yang dilihat melalui gambar.

Anak2 adalah pengkritik/pengomen tanpa gaji yang paling telus. Anak2 aku dari usia yang berbeza2 menjadikan komen yang diberikan boleh diterima dan digunapakai. Budak2 ni ikhlas. Kalau sedap kata sedap. Kalau tak sedap siap bagi idea campur itu ini lah nak bagi sedap.

Mula2 aku hidangkan Nasi Lemak Tumis ini ada yang ingat aku buat nasi minyak sebab warnanya kekuningan. Bila dah rasa...hrrrmmmmmmmmm....!!! sedapnya! Itu reaksi pertama aku bila nasi lemak menerjah ke mulut. Sampaikan aku makan nasi lemak ni berulang2 tiga kali untuk satu hari!. Percaya tak?

Bila lihat resepi aku bayangkan rasanya lain sedikit dari nasi lemak biasa sebab ianya ditumis. Rupa2nya rasanya lagi sedap bukan sahaja sebab ditumis tapi penambahan halba menjadikan rasa nasi lemak ini seperti nasi dagang!.Kali ini aku mengggunakan beras Basmathi lebihan dari buat Nasi Kari ari tu. Agaknya kalau menggunakan beras wangi Sunwhite yang seperti jiran aku Yenni gunakan tentu akan rasa betul2 macam nasi dagang. Beras wangi jenis ini agak melekat2 ala2 pulut bila dah dimasak. Beras wangi lain tak tau lah sebab aku jarang masak gunakan beras wangi. Aku guna beras tak wangi, beras murah biasa2 jerk.





Untuk bahan2 sampingan lain ikut selera masing2lah. Anak2 aku lebih menyukai telur mata dari telur rebus. Next time mungkin aku nak gabungkan nasi ni dengan kari ayam sebab rasanya yang macam nasi dagang tu lebih sesuai makan dengan lauk yang berkuah. 

Ok. Resepi ni dapat dari blog mamasya yang resepinya dipanjangkan dari resepi Jun@MYR. Mamasya buat warna kuning tapi kak nor buat warna hijau di sini.  Kaler je beza tapi dua2 pun sedap! Sukatan air beras ikut jenis beras yang  anda gunakan.

NASI LEMAK TUMIS KUNING

Bahan2.(5-6 orang)
3 cawan beras
2 cawan santan
2 cawan air
1/2 sb halba
1 cm halia-dihiris halus
1 helai daun pandan
1 batang serai - dititik
2 biji bawang merah - dihiris
1 sudu minyak + 1 sudu minyak sapi
garam secukup rasa
sedikit serbuk kunyit *
pewarna kuning         * aku tambah

Cara2.
Tumis kedua2 minyak. Tumis bawang dan halia hingga wangi.  Masukkan air dan santan. Biarkan mendidih hingga pecah minyak. Masukkan beras, halba, serai, daun pandan, serbuk kunyit dan garam. Masak seperti masak nasi lemak biasa. Bila telah kering sedikit tompok2kan warna kuning di atas nasi. Gaulkan semula bila nasi sudah betul2 masak dan kering. Hidangkan bersama sambal tumis, timun, kacang tanah dan ikan bilis.






Btw, cuti sekolah dah nak bermula hujung minggu ini. Hubby dah siap2 service kereta nak balik kampung dia. Balik Melaka. Lama dah tak balik. Rindu asam pedas Kak Shima. Dah terasa2 ais krim soda Long Chan. Sedapnya sate perut Muar. Kali ni plan nak ke atas sikit dari Muar. Nak singgah ke Batu Pahat jalan2 cari makan. In sya Allah..semuga semuanya beres dan lancar seperti yang dirancang. Jangan jadi macam dulu lagi.








Got to go. Selamat bercuti. Permisi.





Friday, May 17, 2013

KEK BUAH KUKUS



Assalammualaikum dan salam sejahtera.







Alhamdullilah pagi Jumaat yang barokah. Sejuk pagi ni bila bumi Shah Alam disirami hujan setelah kering kontang berminggu lamanya. Walau pun sekejap tapi hujannya tetap lebat. Sejuk sedikit hari2 yang teramat panas semenjak kebelakangan ini. 



Cuaca yang sangat panas tidak elok untuk kesihatan. Yup! aku sendiri merasai perubahan itu. Batuk, selsema, tekak perit tiba2 menduga aku. Hampir seminggu suara berubah. Sengau je bunyinya...hihihi...Hidung memerah dek kesan gosokan, picitan selsema. Huh!..kepala berat dan badan semakin dedau. Telan ubat je..tak leh mc. Tak sampai hati nak mc sebenarnya sebab tengah dok close account.  Account tak close orang akan pandang pada aku walaupun sebenarnya yang aku harapkan hanyalah simpati. Huhuhu...redho je lah!









Tapi kan dalam dok2 tak sihat tu tekak tetap sentiasa sihat. Alhamdulillah..Allah masih beri aku rasai kenikmatan untuk bersantap lagi walau badan rasa lemah. High taste lak tu. Sambil2 bw kat dapur kawan2 terpandang satu resepi ni yang buat meruntun anak tekak nak merasanya. Lagi lah komen empunya blog yang mengatakan kesedapan kek ini. Moist sangat!



Aduhai..kek buah kukus. Semenjak bila ye aku mula suka pada kek buah ni. Sejak aku rasa kek yang sangat sedap, yang sangat simple presentationnya yang aku pernah rasa 3 tahun yang lalu. Nak merasa lagi memang tak kan lah sebab si dia gone with the wind.. 



Nak buat sendiri memang 'bercinta' sangat sebab mengenangkan nak kukus selama 4 jam! Hambik kau! Aku rasa memang tak sanggup nak tunggu lama macam tu. Kalau air kukusan hampir kering kena tambah dengan air panas. Tu yang aku maleh tu. So macamana aku tetap nak melaksanakan hajat nak makan kek buah ni?



Orang kata kalau 'passion' tu memang sangat tinggi segala rintangan akan dihadapi. Cewah! Mula2 aku buat separuh adunan sebab nak rasa dulu keknya macamana dan nak test cara aku buat ni jadi ke tidak. Bila dah buat dan jadi sedap, semua orang yang aku bagi rasa kata sedap tambah bersemangatlah nak buat. Terimakasih korang yang menjadi pembakar semangat untuk aku teruskan projek mengukus kek buah ini. 







Ok, camne aku buat? Aku guna pressure cooker (PC)! Dah bancuh semua letak dalam PC, set time dan on. Cukup masa masaklah dia. 

Next entry aku detailkan pasal PC ni. Now share dulu resepi kek Buah Kukus yang aku dapat dari blog Azie Kitchen. Sila lah ke blog dia untuk lebih detail tentang kek ini dan skodeng resepi2 dia yang sedap2.









Kek ini bersaiz 8". Berat? of course lebih 1 kg. Kek buah ini lagi lama disimpan lagi sedap. Balut dengan plastik untuk mengekalkan kelembapannya. Menurut Azie kek ini sedap dimakan selepas 2 hari dan baru dipotong untuk mendapatkan rasa dan kelembapan yang sedap. Walahai..tak sempat tunggu 2 hari lah Azie. 1 hari pun dah rasa kesedapannya. 2 hari dah habis dah..hihihi...







(bahagian bawah kek)


Cubalah buat dihujung minggu ini. Kek ini juga sesuai untuk hantaran dan digandingkan dengan fondant yang licin mulus.

Daa...selamat berhujung minggu.

Wednesday, May 8, 2013

KEK COKLAT - JANJI DITEPATI.

Assalammualaikum.

Lama sangat bercuti dari berblog buatkan rasa melesss sangat nak update blog. Tapi demi janji nak letak resepi Kek Coklat ni aku tepis terajang perasaan malesss tu. Kalau dah berjanji harus wajib ditepati. Jangan jadi munafik. Janji2 kosong. 

Sebenarnya aku dah siap draftkan resepi ni cuma nak edit sikit dan publish minggu lalu. Tiba2 ada 'Mr Bizi' datang dengan tidak semena2 dan juga internet down menjadikan entry ini tertangguh lagi.

Beberapa hari lalu selesai sudah rakyat Malaysia menunaikan hak dan kewajipan di dalam memilih pemimpin dan kerajaan untuk tempoh 5 tahun mendatang.

Puashati dengan keputusannya? Mana mungkin kan, selagi bernama manusia pasti ada yang rasa jengkel, tidak puashati dan bermacam2. 

Walaupun BN masih mengekalkan penguasaannya tapi aku rasa sedikit sedih, sesal dan terkilan. Bukan sebab BN menang tapi sebab perpecahan bangsa Melayu yang semakin ketara. Bayangkan untuk 5, 10 tahun lagi macamana? Lihat sahaja orang Cina yang semakin kuat ikatan perpaduan mereka dengan bertambahnya kerusi DAP pada PRU 13 ini. Alahai...bukan malesss aku nak sambung cerita pasal ni tapi   satu sahaja aku nak tulis...JANGAN MELAYU HILANG DI DUNIA. (ada arti ka?)

Ok..back to resepi. Resepi ni pernah aku sharekan di sini anugerah terindah. Resepi yang sangat mudah, simple dan senang nak buat. Yang empunya resepi Fendi Myresepi yang popular tu. Dulu2 aku memang sign up dengan Myresepi ni tapi lama2 tak jenguk sampai lupa langsung password nak login nak gebang2 dengan ahli2 yang lain. Kalau cari resepi ni di sana anda boleh tengok bukan main panjang lebar, berjela2 komen2 yang memuji kesedapan kek ini. Rasanya komen aku pun masih ada di sana. 

Untuk sifu2 masakan resepi ni sangat enteng tapi untuk adik2 dan yang baru berjinak2 dengan dunia masakan boleh cuba resepi ini. In sya Allah menjadi. Rasanya kek coklat adalah salah satu kek yang memang disukai ramai. Tak rugi kalau kita tahu buat kek coklat. Salah satu kek yang setiap ibu dan setiap perempuan harus tahu membuatnya. Boleh juga untuk  menambah koleksi kek coklat sebab aku sendiri pun ada 2 3 lagi resepi kek coklat yang sedap.







KEK COKLAT
By Fendi Myresepi


Bahan A. (loyang 8 in)
2 biji telur
1 cwn minyak masak
1 cawan gula pasir (aku guna gula kastor)
1 cawan gula perang

Bahan B
1 1/2 cawan susu coklat
1/2 cawan air panas + 2sk nescafe
1 sk vanila
(campur semua)

Bahan C
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 sk baking powder
2 sk soda bicarbonat
(ayak semua)

Coklat Ganache (topping)
1/2 cawan koko Van Houten
1/2 cawan susu pekat
1 sb minyak masak.

Cara2.
Pukul telur hingga kembang (aku guna hand whisk je). Masukkan gula perang dan gula kastor. Masukkan minyak dan gaul rata.
Ayak semua bahan C dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan A berselang seli dengan adunan B. Gaul sehingga sebati.
Bakar pada suhu 170C selama 1 jam hingga masak (ikut kesesuaian oven sendiri).
Untuk topping campurkan kesemua bahan dan masak atas api kecil hingga rata dan tuang atas kek yang telah disejukkan terlebih dahulu.


Topping (cara aku)
200gm coklat couventure (dipotong kecil)
80gm susu segar
1 sk butter (optional)

Masak susu segar hingga berbiuh sedikit di tepi2 periuk dan masukkan coklat. Gaul rata dan licin. Biar sejuk sedikit dan tuang atas kek. 






yg ini buat lama dulu...




Hmmm...sedapnya. Mai sepotong!