Salam Bahagia.
Cuti sekolah dah bermula tapi dah berakhir cuti2 untuk aku. Minggu lepas balik Melaka sempena cuti hari Wesak hingga hujung minggu. First time balik Melaka malam2 buta sebab kesian kat hubby yang nak elakkan kesesakan dan nak mengelakkan terik mentari waktu siang. Aku ikut aje.
4 hari 3 malam di Melaka. Kenduri kendara, shopping, makan2, jalan sakan mengukur lebuh AMJ hingga ke Batu Pahat buatkan kaki aku tambah tegang dan jalan pun macam orang dalam pantang.
Sehari sebelumnya dah lah berdiri seharian di dapur menyiapkan tempahan muffin, kek dan cheese tart untuk kenduri adik Rahiza. Thanks Rahiza order kek lagi. Balik kampung memang tak boleh berehatlah. Lama tak balik rasa nak ronda semua tempat. Tak cukup masa 4 hari tu. Macam2 nak buat.
So layan dulu gambar2 tempahan ari tu. Sebelum tuannya ambil posing dulu lah ye.
Muffin coklat - hitam itu menawan!
Blueberry cheese tart yang memang mengancam!
Kek Ombak Rindu formerly known as Kek Alunan Kasih. Kek yang simple luarannya tapi kalau dah dipotong...wahhh...berombak2 di dalamnya. Resepi nanti dulu lah, penat bercuti belum hilang. Kalau tak sabar nak tunggu boleh cari di internet.
Bye.
No comments:
Post a Comment