Tuesday, June 7, 2016

SALAM RAMADHAN



2 Ramadhan 1437H.

Masih belum terlewat. Selamat berpuasa. Semoga segala amalan dan kebaikan yang dilakukan dibulan yang mulia ini dipermudahkan dan diberkatiNya. 






Salam penuh kemaafan.

Monday, January 11, 2016

Cinta yang sunyi.

Ya Allah...berapa lama dah aku tinggalkan blog ni...hampir terlupa password untuk login ke sini. Berkali2 aku cuba login sampai hampir putus asa dek terlupa email add. Teruk betul!

Gegaran Kinabalu sudah lama terhenti. Jerubu juga sudah berlalu pergi. Kini daun kalender yang baru berganti lagi dan tiba2 aku seperti dikejutkan untuk kembali ke sini.

Memang betul2 merdekalah aku...selepas entry yang terakhir itu.

Tak perlu update perkembangan diri yang sekejap kembang sekejap kecut ni. Banyak nak update tentang food, makanan dan masakan. Banyak yang tersimpan di dalama hp yang perlu aku clearkan.

Oh...hampir terlupa untuk menyapa teman2 yang masih sudi singgah di sini. Terima kasih semua. Terima kasih kerana sudi menyapa cinta hatiku di blog ini. Cinta yang telah lama sunyi ditinggalkan dek kerana tuntutan biografi aku yang baru.

Entah resepi apa yang jadi fenomena sekarang pun aku tak tau. Lama sungguh tidak bw di rumah teman2. Aku tersadai di dunia sendiri tanpa sepalit rasa.

Tiada resepi lagi. Sekadar salam dihulur untuk mengetuk pintu2 yang telah lama sunyi dari pandangan aku. Menyisirkan rasa kantuk untuk berblog kembali. Menghirup nafas wangi dari harumnya pandan. Menyinarkan mata dari merahnya strawberry dan mula memetik kembali image2 hasil tanganku ini. Marilah ku atur lagi langkah yang sudah lama terhenti supaya daerah cinta ini tidak lagi sunyi.

Selamat tahun baru 2016.