Thursday, January 30, 2014

AYAM PANGGANG BERYOGURT


Assalammualikum wbt.




Esok dah cuti panjang untuk warga Malaysia sempena cuti Cong Xi Fa Chai. Ke mana kita? Tempat tujuan aku hanya satu..balik kampunglah!

Sebelum tu nak letak resepi ni dulu. Mana tau kat kampung nanti kalau nak buat senang..bukak internet je dah boleh buat. Senangkan zaman sekarang? Kalau dulu2 buku resepi aku tebal2 dok mengumpul macam2 resepi. Gunting resepi dan gambar2 masakan kat majalah dan akhbar. Buku log yang tebal tu tambah tebal. Satu buku log yang besar tu boleh mencecah sekilo!...buatnya tah bila. Aku lah dulu tu.





Resepi ni kalau dilihat lebih kurang sama dengan resepi Ayam Panggang Rosemary cuma yang ini ada penambahan yogurt. Aku pernah buat di sini dulu. 

Kali ini aku cuba resepi dari amie's kitchen. Resepi lengkap boleh refer kat blog dia. Zila 4ever juga ada buat ayam panggang ni. Ramai lagi lah blogger2 yang lain yang dah buat. Anda?...cubalah.




                          



C&P dari blog Amie.

Resepi : Ayam Panggang Yogurt
Sumber :Zila 4ever, Amie’s Kitchen


Bahan-bahan:

1 ekor ayam - dipotong 4 dicuci bersih (aku guna seekor ayam)
1 cawan yogurt
3 sudu makan minyak zaitun - kalau tak ada minyak biasa pun boleh
2 sudu makan jus lemon
garam - Amie gantikan dengan 1 sudu makan perencah MAGGI Cukup Rasa
2 sudu gula - Amie gantikan dengan 2 sudu makan madu
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan jintan kasar - ditumbuk
1/2 susu jintan halus - ditumbuk
1 sudu makan  rosemarry - ditumbuk
1 sudu makan ketumbar biji - ditumbuk
1 sudu makan lada hitam kasar
1 inci halia - ditumbuk halus
1/2 sudu serbuk kunyit
2 batang serai di ketuk

Cara:
1. Satukan kesemua bahan dan lumurkan pada ayam.
2. Perap selama 1 hingga 3 jam.
3 .Alaskan dulang pembakar dengan aluminium foil.

4. Bakar sehingga masak dan garing, lebih kurang 50 minit, ikut oven masing-masing. Amie gunakan suhu 180'C.

Cara aku:
1. Bersihkan ayam dan kukus dalam PC Noxxa selama 3 minit untuk detox dan melembutkan ayam. 
2. Setelah ayam sejuk baru aku lumurkan semua bahan2 perapan dan perap semalaman.
3. Bakar ayam sehingga kekuningan. Oven aku Noxxa juga cuma 180C selama 40 minit.







Tips:
Selalunya kalau buat ayam panggang aku akan kukus dahulu ayam supaya dalamnya tidak mentah dan cepat masak.
Bila gunakan PC Noxxa lagi cepat dan ayam yang dipanggang masih berjus dan tidak kering isi dalamnya. Dagingnya masak sekata.

Lets try with your own style.

Selamat bercuti.






















Thursday, January 23, 2014

KUIH KERIA....IA-IA NAU KAU!


Assalammualaikum wbt.

Hihihi...bagi aku gelak dulu. Ia-ia nau kau! korang faham ke? Kalau orang Selangor jati mesti faham. Amie's Little Kitchen mesti tahu dan senyum2 je kan? Maksudnya beria-ria lah tu.  Bukan bersuka-ria ye. Kalau bahasa old skool dulu  - beriot2 kau! 





Kuih keria ni memang aku beria2 nak buat. Seumur hidup ini rasanya first time buat kuih keria. Tu yang sangat excited! Buatnya senang je dan bahan2 pun sentiasa ada kat dapur cuma sekarang ni baru sampai 'seru' nak buat sendiri lebih2 lagi bila tengok kuih keria kat  dapur madihah rasa melonjak2 nak mencuba. 


   


Madihah buat kuih keria dari keledek unggu. Bila aku jumpa keledek unggu terus beli. Jarang dan hampir tak pernah aku rasa aku makan keledek unggu ni. Memang sedap dan manis! Patutlah harganya mahal sebab sedap! Sebelum lenyek keledek tu 2 3 ketul dah masuk mulut. Gambar kuih keria keledek unggu tak sempat snap sebab dah berlumba2 masuk perut dulu. Buat ni aku main ingat2 je resepi Madihah ni dan sebab keledek tu tak lembik sangat bolah lah agak2 tepung yang digunakan. 

Sebelum tengok resepi aku nak kongsikan sedikit info tentang keledek ini. Sumber dari google. Wow!..banyaknya vitamin yang terdapat dalam keledek ni. Sedap dan berkhasiat.

Ada 8 vitamin dalam keledek yang memainkan fungsi masing2 terhadap tubuh badan manusia. 

Vitamin B6 yang tinggi yang berfungsi mengurangkan 'homocysteine' kimia dalam badan. Kandungan 'homocysteine' yang tinggi menyebabkan berbagai2 penyakit terutama serangan jantung.

Vitamin C membantu imunisasi badan dari serangan virus selsema, pembentukan tulang, gigi dan sel darah. Melindungi badan dari toksin yang menyebabkan kanser.

Vitamin D penting untuk sistem imun dan kesihatan. Membina tulang yang sihat, mengurangkan risiko kencing manis, serangan jantung, multiple sclerosis, mengurangkan kemurungan, kanser dan menyokong kelenjar tiroid.

Mengandungi besi (iron) untuk tenaga, pengeluaran sel darah merah, putih, ketahanan terhadap tekanan (mood), fungsi imun dan metabolisme protein.

Mengandungi magnesium yang diperlukan untuk arteri, darah, tulang, jantung, otot dan fungsi saraf agar berada dalam keadaan sihat dan normal.

Sumber kalium (potassium) salah satu elektrolit yang mengawal degupan jantung dan saraf. Kalium berfungsi juga dalam merehatkan otot yang mengecut, mengurangkan bengkak dan mengawal aktiviti buah pinggang.

Gula semulajadi daripada rasa manis keledek yang dilepaskan di dalam aliran darah menghasilkan sumber tenaga dalam keseimbangan badan (tidak letih).

Karotenoid yang tinggi dalam ubi keledek oren membantu menguatkan penglihatan dan ketahanan badan. Merupakan antioksida yang membantu melawan kanser dan melindungi kesan penuaan (awet muda).

Fuh!...banyaknya khasiat keledek. Selalu2 lah makan keledek yang berlambak2 dan berbagai warna ada kat negara kita ni. Malaysia is the best!.






Untuk resepi ini aku guna keledek oren. Orang kata keledek oren tak sesuai buat kuih sebab dia agak lembik (benyek) menyerap air bila direbus. Tapi ialah kan...sebab hubby dah beli aku buat je lah dan sangat2 puashati pada percubaan pertama ini. Cantik warna orennya dan lembut rasanya. Buatnya 2 kali. Kali ke 2 bawa ke ofis kawan2 kata sedap. Means..menjadik lah tu!
 

KUIH KERIA 
(Olahan sendiri)

Bahan2.
600gm keledek oren
1 cawan tepung gandum

Sira gula
1/3 cawan air
3-4 sudu besar gula pasir
sedikit gula melaka

Cara2.
Rebus keledek dengan air dan sedikit garam. Setelah empuk (lembut) angkat dan sejukkan. Lenyek halus.
Campurkan tepung sedikit2 dan uli rata. Bentukkan bulat2 dan ditekan leper sedikit dan di buat lubang ditengahnya. (kalau tak faham tengok gambar).

Goreng dengan api sederhana hingga masak di kedua2 belah. Angkat dan sejukkan.




Campurkan bahan2 sira gula ke dalam kuali yang lain. Masak hingga gula hancur dan berbuih2 (kacau2 selalu). 





Bila air gula sudah pekat dan bertali masukkan kuih keria. 






Balik2kan supaya semua kuih bergaul rata dengan sira gula dan tidak melekat antara satu sama lain. Bila air gula sudah kering dan mengeras dan menjadi seperti kepingan kristal tutup api dan bolehlah diangkat.






Sedia untuk dihidangkan. Donut asli orang kita. 

Bismilllah....



                        

Sapa2 yang guna keledek unggu atau putih boleh refer resepi Madihah link nya di atas nun.



p/s - dapat keledek dari Cameroon Highlands baru2 ni. Terbayang2 dah nak buat kuih keria lagi.











Saturday, January 18, 2014

RED VALVET CAKE...tak pernah jemu.


Assalammualaikum. Hi!..salam manis.




Zaman sekarang ni tak kira masa dah untuk orang bertunang dan bernikah. Kalau masa dulu2 waktu cuti sekolah sahaja yang banyak undangan makan free ni tapi sekarang boleh dikatakan tiap2 minggu ada.

Aku sering mendapat tempahan kek/cupcake untuk majlis2 seperti ini dan kek yang paling disukai adalah Red Valvet. Sebenarnya selain dari coklat kek aku juga menyukai kek ini. Rasa dan warnanya yang eksklusif memang sangat2 sesuai untuk majlis2 istimewa kerana kek ini sendiri memang istimewa. 

Mungkin sebab campuran buttermilk di dalam aduanannya yang membuatkan kek ini lain dari lain. Jika buttermilk yang dibuat sendiri dengan mencampurkan cuka dan susu cair pastikan cuka yang digunakan adalah cuka apple (apple cider vinegar) untuk mendapatkan kelainan rasa kek. Jangan guna cuka biasa. (nak guna boleh saje...) tapi aku selalu guna cuka apple.






Ada bebrapa koleksi resepi RV dalam simpanan aku. Ada yang menggunakan butter dan minyak masak. Hari ini aku nak kongsikan resepi yang sangat mudah dan sedap yang menggunakan minyak masak. Resepi dari blog Hanamemories. Aku C&P sahaja. 


RESEPI KEK RED VELVET MOIST
resepi olahan oleh :hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
·                     *2 cawan tepung kek/superfine
·                     *2 sudu besar serbuk koko
·                     *1 sudu kecil baking powder
·                     *1 sudu kecil soda bicarbonat
·                     *1 sudu kecil garam
·                     1 cawan buttermilk - resepi di bawah
·                     1 cawan gula halus
·                     1 sudu besar pewarna merah
·                     1 cawan minyak masak
·                     1/2 cawan air panas - hana tambah 2 sudu besar lagi
·                     2 biji telur A
·                     esen vanila

Topping
·                     250g cream cheese @ satu ketul
·                     1/2 cawan whipping cream
·                     1/2 cawan gula - hana letak 1/4cwn+1sb jer
·                     1 sudu besar jus perahan lemon

Cara-cara
·                     Sediakan buttermilk - Campurkan 1 cawan  susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4 cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.
·                     Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.
·                     Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
·                     Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit. Kek ini boleh juga dikukus. 
·                     Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.

Kek ini memang sedap dan moist. Senang nak buat dan tak menghampakan.






Ini tempahan dari jiran aku Fadzillah (ummi) untuk majlis pertunangan adiknya esok. Terima kasih Ummi dan tahniah untuk adiknya dan pasangan.

Adios.

Friday, January 17, 2014

MEATBALL ALA IKEA.

Assalammualaikum.







Ikea bukan lah tempat shopping untuk orang seperti aku ini. Setakat cuci mata dan nak cari2 idea deco rumah bolehlah kalau nak ke sana. Walau pun ketika bertugas di Kota Damansara dahulu, Ikea sangat dekat dengan ofis tapi sebab jam waktu lunch kalau ke sana buat aku lebih suka ke tempat lain. 

Rasanya seumur hidup aku yang dah nak masuk setengah abad beberapa tahun lagi ni memang aku tak pernah makan meatball di Ikea yang dikatakan sangat sedap itu. Menjejakkan kaki di Ikea pun baru hanya sekali tapi karipap telur Ikea dah banyak kali aku makan. Sedap karipap tu sampai mak pun teridam2.

Bila lihat meatball ini di blog rakan2 buat aku terliur juga nak mencuba.  SerikandiMadihah dan ramai lagi dah mencuba. Resepi asal dari blog Faa Rosli.. Berbulan juga tertangguh sebab tak de masa dan tak jumpa meatball Marina. Jumpa di Tesco tapi dah habis stok. Pegi lagi baru ada dan terus rembat 1 kotak dulu nak mencuba. Brand Marina ni mahal ekk? tapi nasib baik rasanya sedap!. memang sedap!. Cubalah..anak2 aku semuanya pantang...pantang tengok..licin! 

Oh! ya..menurut bloger2 yang dah pernah buat ni guna meatball jenama Marina dan rasanya sama/hampir sama macam di Ikea. Atau boleh je guna meatball yang korang rasa sedap. Aku rasa nanti nak cuba yang jenama Saudi sebab cousin aku yang buat bakso tu kata jenama Saudi sedap. Nanti kita try ekk...!







MEATBALL ALA IKEA.
(copy dari blog Serikandi)


*Meatball jenama MARINA secukupnya digoreng tanpa minyak dan api sederhana. Pastikan selalu balik-balikkan. Jangan sampai hangus.
*Kentang goreng secukupnya.
*1 sudu jem strawberry/blueberry/mixed fruit

Sosnya :
2 sudu mentega
1 1/2 sudu tepung gandum
1 biji bawang besar kuning - didadu kecil
2 biji tomato sederhana besar - didadu kecil
1 1/2 cwn air sejuk
100 ml susu segar/susu cair

3 sudu sos tomato
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
2 sudu sos lada hitam/serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam (Seri Kandi tukar dengan 1 sb serbuk Cukup Rasa Maggi)
1 sudu gula
1 kiub pati daging (Seri Kandi tak letak)
Caranya :

1. Cairkan mentega guna api perlahan. Tumis bawang hingga bawang layu dan warna kecoklatan (Jangan sampai garing)
2. Masukkan tepung gandum, kacau hingga berubah warna sedikit coklat. Kemudian masukkan tomato dan biar hingga tomato layu.
3. Masukkan air sejuk, susu segar, sos tomato, sos tiram, kicap manis, sos lada hitam, kiub ayam, gula dan serbuk cukup rasa. 
Kacau rata dan biar sampai mendidih.
4. Sentiasa kacau supaya tidak berketul. 
5. Kacau sebati. Tutup api dan biarkan suam sekejap kemudian masukkan dalam mesin pengisar, kisar sampai halus dan bolehlah dihidangkan bersama meatball, kentang goreng dan jem blueberry.



Aku tak makan dengan jem tapi rasanya tetap sedap. Terima kasih lah pada semua yang sudi berkongsikan resepi ini. 


Thursday, January 16, 2014

BLUEBERRY JAPANESE COTTON CHEESE CAKE


Assalammualaikum.

Baru dapat bersiaran hari ni...ceh..ceh..ceh...macam online kat TV lak ye. Entry pertama yang sweet2 sour tak jemu untuk ditelan. Cukup sedap kalau dapat layan sampai sepinggan. Sebagai simbol pada sebuah perjalanan kehidupan 2014 yang baru bermula. Ada masam manis dalam kehidupan yang bakal dilalui.

Cheese cake ni lebih kurang macam Blueberry Slice Cheese Cake yang pernah aku buat dulu di sini tapi kali ni dari resepi yang menggunakan sepenuhnya cream cheese dan sedikit butter. Mungkin sukatan cheesenya tidak berapa banyak yang membuatkan kek ini tidak merasa muak untuk dimakan. Sedang2 sahaja rasa cheese dan manisnya.

Gandingan cheese dan blueberry bak irama dan lagu. Memang sedap dan membuai2 rasa menelannya. Sapa2 yang sudi boleh cuba resepi di bawah.












Resepi dari blog My Baking Workshop  si Evelyn yang memang cheesecake tegar. Beraneka cheesecake yang ada dalam blog dia ni untuk dicuba. Resepi asal adalah Japanese Cotton Cheese Cake by Alex Goh tapi dimarblekan oleh Evelyn tapi aku abaikan marble tu dan letak blueberry di atasnya. Sorry ek Evellyn. Kak Ita nak habiskan blueberry yang hampir kecut dalam peti ais tu. Tu lah sebab nampak blueberry tu melimpah ruah meleleh2.











Blueberry Japanese Cotton Cheese Cake
Resepi asal : Alex Goh
Sumber      : Evelyn

Bahan2:
160g cream cheese
25g butter                    (A)
120g full cream milk

40g tepung kek / gandum  (B)
30g tepung jagung

4 biji kuning telur  ©

4 biji putih telur 
1/8 sk cream of tartar (D)
100g gula kaster
Secubit garam

1 sb serbuk koko
1 1/2 sb air panas (tambah jika kurang)  (E) (aku tak buat)

Cara2:
#Sediakan loyang bulat bersaiz 8" (20cm). Griskan permukaannya & alaskan dengan kertas minyak. Kemudian, balutkan loyang tadi dengan kertas aluminium.

1. Masak bahan A guna double boiler hingga cheese cair & pekat. Matikan api.
2. Masukkan bahan B, gaul sebati.
3. Masukkan pula bahan C.
4. Gaul sebati adunan cheese tadi hingga sebati, ketepikan.
5. Pukul bahan D hingga pekat & bertanduk.
6. Masukkan adunan cream cheese tadi, gaul sebati.
7. Tuang adunan kek kedalam loyang yang telah disediakan.
8. Satukan bahan E, tuang sedikit2 atas kek & swirlkan untuk membentuk marble.
9. Bakar kek guna teknik water bath selama 40 -45 minit atau hingga kek masak pada suhu 160C, guna api bawah sahaja.
10. Bila kek masak, segera keluarkan dari acuan & sejukkan sepenuhnya. Hiaskan jika suka.

Cooling process:
1. Untuk memastikkan kek nampak cantik & tidak kecut, segera alihkan kek dari loyang & sejukkan atas wire rack.
2. Potong kek bila sudah sejuk sahaja.





            "No matter how good or bad you think life is. 
Wake up each day and be thankful for life.
Someone somewhere else is fighting to survive"


Selamat berhujung minggu.