Assalammualaikum wbt.
Hihihi...bagi aku gelak dulu. Ia-ia nau kau! korang faham ke? Kalau orang Selangor jati mesti faham. Amie's Little Kitchen mesti tahu dan senyum2 je kan? Maksudnya beria-ria lah tu. Bukan bersuka-ria ye. Kalau bahasa old skool dulu - beriot2 kau!
Kuih keria ni memang aku beria2 nak buat. Seumur hidup ini rasanya first time buat kuih keria. Tu yang sangat excited! Buatnya senang je dan bahan2 pun sentiasa ada kat dapur cuma sekarang ni baru sampai 'seru' nak buat sendiri lebih2 lagi bila tengok kuih keria kat dapur madihah rasa melonjak2 nak mencuba.
Madihah buat kuih keria dari keledek unggu. Bila aku jumpa keledek unggu terus beli. Jarang dan hampir tak pernah aku rasa aku makan keledek unggu ni. Memang sedap dan manis! Patutlah harganya mahal sebab sedap! Sebelum lenyek keledek tu 2 3 ketul dah masuk mulut. Gambar kuih keria keledek unggu tak sempat snap sebab dah berlumba2 masuk perut dulu. Buat ni aku main ingat2 je resepi Madihah ni dan sebab keledek tu tak lembik sangat bolah lah agak2 tepung yang digunakan.
Sebelum tengok resepi aku nak kongsikan sedikit info tentang keledek ini. Sumber dari google. Wow!..banyaknya vitamin yang terdapat dalam keledek ni. Sedap dan berkhasiat.
Ada 8 vitamin dalam keledek yang memainkan fungsi masing2 terhadap tubuh badan manusia.
Vitamin B6 yang tinggi yang berfungsi mengurangkan 'homocysteine' kimia dalam badan. Kandungan 'homocysteine' yang tinggi menyebabkan berbagai2 penyakit terutama serangan jantung.
Vitamin C membantu imunisasi badan dari serangan virus selsema, pembentukan tulang, gigi dan sel darah. Melindungi badan dari toksin yang menyebabkan kanser.
Vitamin D penting untuk sistem imun dan kesihatan. Membina tulang yang sihat, mengurangkan risiko kencing manis, serangan jantung, multiple sclerosis, mengurangkan kemurungan, kanser dan menyokong kelenjar tiroid.
Mengandungi besi (iron) untuk tenaga, pengeluaran sel darah merah, putih, ketahanan terhadap tekanan (mood), fungsi imun dan metabolisme protein.
Mengandungi magnesium yang diperlukan untuk arteri, darah, tulang, jantung, otot dan fungsi saraf agar berada dalam keadaan sihat dan normal.
Sumber kalium (potassium) salah satu elektrolit yang mengawal degupan jantung dan saraf. Kalium berfungsi juga dalam merehatkan otot yang mengecut, mengurangkan bengkak dan mengawal aktiviti buah pinggang.
Gula semulajadi daripada rasa manis keledek yang dilepaskan di dalam aliran darah menghasilkan sumber tenaga dalam keseimbangan badan (tidak letih).
Karotenoid yang tinggi dalam ubi keledek oren membantu menguatkan penglihatan dan ketahanan badan. Merupakan antioksida yang membantu melawan kanser dan melindungi kesan penuaan (awet muda).
Fuh!...banyaknya khasiat keledek. Selalu2 lah makan keledek yang berlambak2 dan berbagai warna ada kat negara kita ni. Malaysia is the best!.
Untuk resepi ini aku guna keledek oren. Orang kata keledek oren tak sesuai buat kuih sebab dia agak lembik (benyek) menyerap air bila direbus. Tapi ialah kan...sebab hubby dah beli aku buat je lah dan sangat2 puashati pada percubaan pertama ini. Cantik warna orennya dan lembut rasanya. Buatnya 2 kali. Kali ke 2 bawa ke ofis kawan2 kata sedap. Means..menjadik lah tu!
KUIH KERIA
(Olahan sendiri)
Bahan2.
600gm keledek oren
1 cawan tepung gandum
Sira gula
1/3 cawan air
3-4 sudu besar gula pasir
sedikit gula melaka
Cara2.
Rebus keledek dengan air dan sedikit garam. Setelah empuk (lembut) angkat dan sejukkan. Lenyek halus.
Campurkan tepung sedikit2 dan uli rata. Bentukkan bulat2 dan ditekan leper sedikit dan di buat lubang ditengahnya. (kalau tak faham tengok gambar).
Goreng dengan api sederhana hingga masak di kedua2 belah. Angkat dan sejukkan.
Campurkan bahan2 sira gula ke dalam kuali yang lain. Masak hingga gula hancur dan berbuih2 (kacau2 selalu).
Bila air gula sudah pekat dan bertali masukkan kuih keria.
Balik2kan supaya semua kuih bergaul rata dengan sira gula dan tidak melekat antara satu sama lain. Bila air gula sudah kering dan mengeras dan menjadi seperti kepingan kristal tutup api dan bolehlah diangkat.
Sedia untuk dihidangkan. Donut asli orang kita.
Bismilllah....
Sapa2 yang guna keledek unggu atau putih boleh refer resepi Madihah link nya di atas nun.
p/s - dapat keledek dari Cameroon Highlands baru2 ni. Terbayang2 dah nak buat kuih keria lagi.
No comments:
Post a Comment