Thursday, January 30, 2014

AYAM PANGGANG BERYOGURT


Assalammualikum wbt.




Esok dah cuti panjang untuk warga Malaysia sempena cuti Cong Xi Fa Chai. Ke mana kita? Tempat tujuan aku hanya satu..balik kampunglah!

Sebelum tu nak letak resepi ni dulu. Mana tau kat kampung nanti kalau nak buat senang..bukak internet je dah boleh buat. Senangkan zaman sekarang? Kalau dulu2 buku resepi aku tebal2 dok mengumpul macam2 resepi. Gunting resepi dan gambar2 masakan kat majalah dan akhbar. Buku log yang tebal tu tambah tebal. Satu buku log yang besar tu boleh mencecah sekilo!...buatnya tah bila. Aku lah dulu tu.





Resepi ni kalau dilihat lebih kurang sama dengan resepi Ayam Panggang Rosemary cuma yang ini ada penambahan yogurt. Aku pernah buat di sini dulu. 

Kali ini aku cuba resepi dari amie's kitchen. Resepi lengkap boleh refer kat blog dia. Zila 4ever juga ada buat ayam panggang ni. Ramai lagi lah blogger2 yang lain yang dah buat. Anda?...cubalah.




                          



C&P dari blog Amie.

Resepi : Ayam Panggang Yogurt
Sumber :Zila 4ever, Amie’s Kitchen


Bahan-bahan:

1 ekor ayam - dipotong 4 dicuci bersih (aku guna seekor ayam)
1 cawan yogurt
3 sudu makan minyak zaitun - kalau tak ada minyak biasa pun boleh
2 sudu makan jus lemon
garam - Amie gantikan dengan 1 sudu makan perencah MAGGI Cukup Rasa
2 sudu gula - Amie gantikan dengan 2 sudu makan madu
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan jintan kasar - ditumbuk
1/2 susu jintan halus - ditumbuk
1 sudu makan  rosemarry - ditumbuk
1 sudu makan ketumbar biji - ditumbuk
1 sudu makan lada hitam kasar
1 inci halia - ditumbuk halus
1/2 sudu serbuk kunyit
2 batang serai di ketuk

Cara:
1. Satukan kesemua bahan dan lumurkan pada ayam.
2. Perap selama 1 hingga 3 jam.
3 .Alaskan dulang pembakar dengan aluminium foil.

4. Bakar sehingga masak dan garing, lebih kurang 50 minit, ikut oven masing-masing. Amie gunakan suhu 180'C.

Cara aku:
1. Bersihkan ayam dan kukus dalam PC Noxxa selama 3 minit untuk detox dan melembutkan ayam. 
2. Setelah ayam sejuk baru aku lumurkan semua bahan2 perapan dan perap semalaman.
3. Bakar ayam sehingga kekuningan. Oven aku Noxxa juga cuma 180C selama 40 minit.







Tips:
Selalunya kalau buat ayam panggang aku akan kukus dahulu ayam supaya dalamnya tidak mentah dan cepat masak.
Bila gunakan PC Noxxa lagi cepat dan ayam yang dipanggang masih berjus dan tidak kering isi dalamnya. Dagingnya masak sekata.

Lets try with your own style.

Selamat bercuti.






















No comments:

Post a Comment