Thursday, January 16, 2014

BLUEBERRY JAPANESE COTTON CHEESE CAKE


Assalammualaikum.

Baru dapat bersiaran hari ni...ceh..ceh..ceh...macam online kat TV lak ye. Entry pertama yang sweet2 sour tak jemu untuk ditelan. Cukup sedap kalau dapat layan sampai sepinggan. Sebagai simbol pada sebuah perjalanan kehidupan 2014 yang baru bermula. Ada masam manis dalam kehidupan yang bakal dilalui.

Cheese cake ni lebih kurang macam Blueberry Slice Cheese Cake yang pernah aku buat dulu di sini tapi kali ni dari resepi yang menggunakan sepenuhnya cream cheese dan sedikit butter. Mungkin sukatan cheesenya tidak berapa banyak yang membuatkan kek ini tidak merasa muak untuk dimakan. Sedang2 sahaja rasa cheese dan manisnya.

Gandingan cheese dan blueberry bak irama dan lagu. Memang sedap dan membuai2 rasa menelannya. Sapa2 yang sudi boleh cuba resepi di bawah.












Resepi dari blog My Baking Workshop  si Evelyn yang memang cheesecake tegar. Beraneka cheesecake yang ada dalam blog dia ni untuk dicuba. Resepi asal adalah Japanese Cotton Cheese Cake by Alex Goh tapi dimarblekan oleh Evelyn tapi aku abaikan marble tu dan letak blueberry di atasnya. Sorry ek Evellyn. Kak Ita nak habiskan blueberry yang hampir kecut dalam peti ais tu. Tu lah sebab nampak blueberry tu melimpah ruah meleleh2.











Blueberry Japanese Cotton Cheese Cake
Resepi asal : Alex Goh
Sumber      : Evelyn

Bahan2:
160g cream cheese
25g butter                    (A)
120g full cream milk

40g tepung kek / gandum  (B)
30g tepung jagung

4 biji kuning telur  ©

4 biji putih telur 
1/8 sk cream of tartar (D)
100g gula kaster
Secubit garam

1 sb serbuk koko
1 1/2 sb air panas (tambah jika kurang)  (E) (aku tak buat)

Cara2:
#Sediakan loyang bulat bersaiz 8" (20cm). Griskan permukaannya & alaskan dengan kertas minyak. Kemudian, balutkan loyang tadi dengan kertas aluminium.

1. Masak bahan A guna double boiler hingga cheese cair & pekat. Matikan api.
2. Masukkan bahan B, gaul sebati.
3. Masukkan pula bahan C.
4. Gaul sebati adunan cheese tadi hingga sebati, ketepikan.
5. Pukul bahan D hingga pekat & bertanduk.
6. Masukkan adunan cream cheese tadi, gaul sebati.
7. Tuang adunan kek kedalam loyang yang telah disediakan.
8. Satukan bahan E, tuang sedikit2 atas kek & swirlkan untuk membentuk marble.
9. Bakar kek guna teknik water bath selama 40 -45 minit atau hingga kek masak pada suhu 160C, guna api bawah sahaja.
10. Bila kek masak, segera keluarkan dari acuan & sejukkan sepenuhnya. Hiaskan jika suka.

Cooling process:
1. Untuk memastikkan kek nampak cantik & tidak kecut, segera alihkan kek dari loyang & sejukkan atas wire rack.
2. Potong kek bila sudah sejuk sahaja.





            "No matter how good or bad you think life is. 
Wake up each day and be thankful for life.
Someone somewhere else is fighting to survive"


Selamat berhujung minggu.



No comments:

Post a Comment