Friday, January 17, 2014

MEATBALL ALA IKEA.

Assalammualaikum.







Ikea bukan lah tempat shopping untuk orang seperti aku ini. Setakat cuci mata dan nak cari2 idea deco rumah bolehlah kalau nak ke sana. Walau pun ketika bertugas di Kota Damansara dahulu, Ikea sangat dekat dengan ofis tapi sebab jam waktu lunch kalau ke sana buat aku lebih suka ke tempat lain. 

Rasanya seumur hidup aku yang dah nak masuk setengah abad beberapa tahun lagi ni memang aku tak pernah makan meatball di Ikea yang dikatakan sangat sedap itu. Menjejakkan kaki di Ikea pun baru hanya sekali tapi karipap telur Ikea dah banyak kali aku makan. Sedap karipap tu sampai mak pun teridam2.

Bila lihat meatball ini di blog rakan2 buat aku terliur juga nak mencuba.  SerikandiMadihah dan ramai lagi dah mencuba. Resepi asal dari blog Faa Rosli.. Berbulan juga tertangguh sebab tak de masa dan tak jumpa meatball Marina. Jumpa di Tesco tapi dah habis stok. Pegi lagi baru ada dan terus rembat 1 kotak dulu nak mencuba. Brand Marina ni mahal ekk? tapi nasib baik rasanya sedap!. memang sedap!. Cubalah..anak2 aku semuanya pantang...pantang tengok..licin! 

Oh! ya..menurut bloger2 yang dah pernah buat ni guna meatball jenama Marina dan rasanya sama/hampir sama macam di Ikea. Atau boleh je guna meatball yang korang rasa sedap. Aku rasa nanti nak cuba yang jenama Saudi sebab cousin aku yang buat bakso tu kata jenama Saudi sedap. Nanti kita try ekk...!







MEATBALL ALA IKEA.
(copy dari blog Serikandi)


*Meatball jenama MARINA secukupnya digoreng tanpa minyak dan api sederhana. Pastikan selalu balik-balikkan. Jangan sampai hangus.
*Kentang goreng secukupnya.
*1 sudu jem strawberry/blueberry/mixed fruit

Sosnya :
2 sudu mentega
1 1/2 sudu tepung gandum
1 biji bawang besar kuning - didadu kecil
2 biji tomato sederhana besar - didadu kecil
1 1/2 cwn air sejuk
100 ml susu segar/susu cair

3 sudu sos tomato
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
2 sudu sos lada hitam/serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam (Seri Kandi tukar dengan 1 sb serbuk Cukup Rasa Maggi)
1 sudu gula
1 kiub pati daging (Seri Kandi tak letak)
Caranya :

1. Cairkan mentega guna api perlahan. Tumis bawang hingga bawang layu dan warna kecoklatan (Jangan sampai garing)
2. Masukkan tepung gandum, kacau hingga berubah warna sedikit coklat. Kemudian masukkan tomato dan biar hingga tomato layu.
3. Masukkan air sejuk, susu segar, sos tomato, sos tiram, kicap manis, sos lada hitam, kiub ayam, gula dan serbuk cukup rasa. 
Kacau rata dan biar sampai mendidih.
4. Sentiasa kacau supaya tidak berketul. 
5. Kacau sebati. Tutup api dan biarkan suam sekejap kemudian masukkan dalam mesin pengisar, kisar sampai halus dan bolehlah dihidangkan bersama meatball, kentang goreng dan jem blueberry.



Aku tak makan dengan jem tapi rasanya tetap sedap. Terima kasih lah pada semua yang sudi berkongsikan resepi ini. 


No comments:

Post a Comment