Assalammualaikum. Salam manis.
Bulan Disember bulan pernikahan. Selamat berbahagia untuk semua pasangan pengantin di luar sana.
Teruja sangat nak share something sweet kat blog ni. Taraa...ini lah project last week yang sangat mengujakan.
Setelah bertungkus lumus, berdebar-debar, membanting tulang 4 kerat sampai sakit2 bahu akhirnya kata2 syukur alhamdulillah terucap jua. Bukan senang nak merealisasikan impian orang. Menggalas amanah dan harapan supaya hasil kerja kita dapat memeriahkan dan menyerikan majlis mereka.
Aku rasa setiap blogger2 masakan dan bakers kat luar sana mempunyai perasaan yang sama dengan aku. Bukan pujian yang diharapkan tetapi lebih kepada memberikan senyuman dan kenangan yang manis untuk semua orang yang terlibat. Menghadapi risiko cacian dan makian bila hasil kerja kita tidak seperti yang diharapkan haruslah sudah bersiap sedia menerimanya.
Kek hantaran adalah kek carrot dan 3 tier wedding cake order dari BFF Suzana Manan untuk anak saudaranya Zarith Sofia. Suzana sahabat dari Form 1 sampai sekarang. Sudah 30 tahun lebih masa berlalu.
Dari mula menyediakan kek hingga menghiasnya bibir tak henti2 berselawat dan berzikir agar segalanya dipermudahkan dan harapan orang menjadi kenyataan. Kek menjadi penyeri majlis yang manis. Alhamdulillah..akhirnya Allah makbulkan.
Suzana dan suami Azman.
Ini pula kek hantaran untuk Ameera dan pasangannya Afrizal yang telah selamat diijab kabulkan pada 21 Dec yang lalu. Minggu ini Meera bertandang ke rumah pengantin lelaki di Pontian. Meera anak sahabat aku juga Kak Ramona yang aku kenali melalui dunia masakan ini 20 tahun yang lalu.
Ini pula adalah gambar dari FB Rahiza sahabat yang menempah kek yang lalu untuk majlis pernikahan saudaranya.
Terima kasih untuk rakan-rakan yang memberi kepercayaan pada aku. Segala kekurangan minta dihalalkan. Yang baik itu segalanya dari Allah swt dan yang jahil serta khilaf itu adalah aku.
Mashaa Allah.... Bangga dengan pencapaian kau. Kalau buat gubahan bunga ni mesti klas! Cantik bangat!
ReplyDeleteTerima kasih Yan. Awat tak manja dah?.
ReplyDeleteTunggu turn anak2 kita lak.
Cantik tu Cik Ta.. Alhamdulillah!
ReplyDelete