Dah beberapa entry tak de resepi yang dicatat. Malesss sangat nak update blog. Dengan keadaan persekitaran yang samar2 nampak blog ni samar juga..meneka dalam kesamaran. Wah..aku dah terikut2 si Chah ni. Berirama lagu dalam setiap entrynya. Ada saja lagu2 lama yang keluar.
Kesian pula tengok blog ni sepi dari enrty baru. Sepi itu indah tapi kadang2 jadi gundah bila resepi tak bertambah. Kau kata nak buat koleksi kan resepi kat blog ni?
Ok..intro nak panggil semula semangat, jemput semangat kata orang. Kalau dulu2 nak jemput semangat mesti ada pulut kuning. Wah!..ini tak boleh jadi ni. Terbayang2 dah pulut kuning makan ngan kari telur. Faveret seisi keluarga.
(Hah!..kan dah terang mata tu seterang buah oren ni.)
Setiap kali lihat buah oren selain untuk dimakan otak terus berputar pada kek oren ni. Nampak oren ingat kek oren. Kek oren ni sebenarnya kek faveret mak. Ni aku buat masa Mother's Day ari tu. Jadi kenangan dah. Mak tak suka kek2 yang ada krim2 ni. So aku letak lah buah oren keliling tu nak bagi cantik sikit bila nak snap.
Kek ni termasuk dalam kategori kek mentega yang plain cuma ditokok tambah oren di dalamnya. Resepi cam biasa dapat dari internet. Ini dari Jun Myresepi. Kek ni rasanya lembab2 manis oren. Sedap! dah 2 3 kali buat kek ni. Cuma kali ni saja gatal2 tangan tukar orange juice pad jus dalam kotak cam gambar di bawah ni. Selalunya aku perah oren tu then campur sikit sunquick (nak bagi masam2 sikit). Baru terasa bila kek dah masak.
Kek ni mudah, senang dan sempoi aje nak buat sebab ini adalah resepi basic kek yang menggunakan creamy method. Masa sekolah2 dulu kek butter adalah salah satu resepi yang diajar. Orang kata apa..senang nak mampus! ..alahai..siapa kata nak mampus tu senang dik oii? hihihi... saje je...mengekplotasikan perkataan mampus tu. Mampus? sadis bunyinya.
Resepi ni guna tepung naik sendiri campur tepung gandum tapi aku gunakan semuanya SRF. Senang keje kan? Kulit oren tu parut jangan sampai terkena kulitnya yang berwarna putih nanti rasa pahit. Ambil yang oren sahaja. Masa bakar kek ni..hhmm...aroma oren bertebaran di ruang dapur sampai jiran2 kat atas dah tau kalau bau2 kek ni mesti datangnya dari dapur aku.
Ok..jom tengok resepi. Che Ta dah taip terang2 kat bawah ni. Senang adik2 nak buat. Senang nak mam_ _ _ hihihi..
BUTTERY ORANGE CAKE
Bahan2. (Loyang 8")
250gm butter
330gm gula kastor (aku kurangkan sikit)
225gm tepung naik sendiri
75gm tepung gandum
4 biji telur
2 sb parutan kulit oren (aku letak 3 sb)
180ml oren juice
Cara2.
Pukul butter, kulit oren dan gula hingga putih dan berkrim.
Masukkan telur sebiji2 dan gaul rata hingga adunan menjadi licin.
Masukkan tepung berselang-seli dengan oren juice. Kaup balik sahaja.
Masukkan dalam loyang dan bakar pada suhu 160C selama 45-60 minit atau sehingga kekuningan. (suhu oven ikut oven memasing).
Siap. Sejukkan dan boleh disantap.
Oh!..baru teringat. Sebenarnya kek lebih sedap disimpan sehari dua sebelum dimakan sebab rasanya lebih 'terasa'. Masih aku terasa.
Nampak menggiurkan!. Mai sepotong..bismillah...
Bye.
salam. Nampak sedap je kek oren ni.
ReplyDelete