Showing posts with label MANISAN. Show all posts
Showing posts with label MANISAN. Show all posts

Tuesday, December 3, 2013

CANDY BATIK BERKACANG


Assalammualaikum.

Sihat semua ye...cuaca tengah sejuk ni memang seronok sangat kalau dapat bercuti. Bercuti kat rumah lepak2 golek2lah yang paling sedap. Tak payah fikir nak masak apa untuk family yang tak punya anak kecil lah. Kalau macam aku masak tak boleh tinggal even kalau bercuti ke mana2 lagi2 duduk homestay masak tetap jadi agenda utama. Family besar sekali sekala makan kat luar ok..kalau selalu koyak rabaklah purse aku. Kena pandai2 adjust agar percutian tidak rasa membebankan. Nak enjoy tapi kepala pening... pening! Kira duit di tangan sendiri.







 Dah lama tak share resepi. Hari ini in sya allah ada. Curi2 masa sikit dari kesibukan closing account, tempahan kek, nak siapkan bunga pahar. Penat tapi seronok.

Candy Batik berkacang seakan-akan kek batik biskut marie yang lain. Pada aku kek batik lebih kepada kek yang lembut sebab ada adunan telur dan susu segar di dalamnya. Candy Batik juga menggunakan biskut marie tanpa ada telur dan susu segar so, teksturnya lebih keras dan agak kering seperti candy2 yang lain.

Aku pernah buat kek batik yang lembut tapi anak2 tidak menggemarinya kerana biskut marie menjadi lembut. Anak2 lebih menyukai biskut marie yang masih keras dan rasa kekacang di dalamnya. Pada aku kedua2nya ok tapi candy kacang pada aku lagi sedap. Teksturnya yang agak keras dan liat2 milo yang sedap dan ranggup bila digigit.




Ini resepi lama yang aku simpan dari zaman anak dara lagi. Resepi asal dari sepupu aku Zaiton Alias yang mula2 buat dan tak menjadi tapi rasanya sangat sedap pada masa itu. Disebabkan aku dah jatuh cinta dengan candy ni aku minta resepi dan aku modified sendiri hinggalah candy batik ini seakan menjadi trade mark pada aku bila setiap kali adik beradik lain yang nak makan semua minta aku yang buatkan. Rakan2 juga menggemarinya sebab ianya lain dari kek batik yang biasa.

Cara masak juga adalah sama cuma bahan2 yang digunakan tidaklah semeriah kek batik. Apa yang penting dalam penyediaan candy batik ini ialah ianya perlu dikacau dengan api perlahan hingga pekat. Kepekatan atau kelikatan adunan akan mempengaruhi tekstur candy batik. Jika terlalu pekat candy menjadi sangat keras dan agak susah untuk dipotong tapi amat sedap dan ranggup. Jika adunan agak lembik dan tidak dikacau lama biskut marie tidak ranggup dan cepat lembik. 

Candy Batik perlu dikacau selalu supaya adunan tidak hangus dan berkerak di bawahnya. Guna kuali tebal, dan masak lah dalam tempuh 15-20 minit bergantung kepada besar kecilnya api yang digunakan. 

Alas loyang dengan aluminium foil dan lebihkan foil supaya senang menarik keluar candy apabila telah sejuk dan keras.

Semasa menekan candy di dalam loyang jangan dimasukkan semua adunan sekali gus kerana akan ada ruang2 kosong diantara biskut yang akan menyebabkan adunan longgar dan pecah ketika dipotong. Ambil sedikit adunan tekan2 di dalam loyang dengan cara menyusun biskut berlapis2. Tekan dengan kuat dan padat dengan tapak tangan yang dialas plastik. Buat sehingga habis. Buat dengan cepat
kerana jika adunan sudah sejuk milo akan mengeras dan tidak melekat diantara lapisan2 biskut. Jika ini berlaku angkat kuali dan panaskan di atas api sekejap hingga adunan milo agak lembut dan bolehlah ditekan ke dalam loyang. 






CANDY BATIK BERKACANG.

Bahan2.
300-400gm milo
1/2 -3/4 tin susu pekat manis @ susu krimer (ikut manis)
1 paket biskut marie - dipatah2kan
250gm butter
1/2 cawan kacang tanah

Cara.
Sangai kacang tanah hingga masak, sejukkan dan tumbuk kasar. (boleh buat awal)
Cairkan butter dan masukkan susu. Kacau rata. Masukkan milo dan kacau selalu hingga pekat dan licin. Bila sudah pekat tutup api dan masukkan biskut marie dan kacang tanah. Gaul rata hingga semua biskut diselaputi adunan milo. Tinggalkan kacang tanah sedikit untuk ditabur di atas candy. Tekan adunan ke dalam loyang yang dialas dengan aluminium foil dan tabur kacang tanah di atanya. Sejukkan dalam peti ais.

Tips - candy ini agak keras. Gunakan pisau yang nipis dan tajam untuk memotongnya. 


Selamat mencuba.

Monday, September 23, 2013

BLUEBERRY CHEESE TART


Assalammualaikum.

Hampir sebulan dapur maya ini tidak dikunjungi. Banyak perkara yang terjadi yang di luar batasan aku walaupun rasa diri bagai superwoman namun masih tak terjangkau dek tangan. Kalau nak tahu bacalah di sini di blog Anugerah Terindah

Hari ini aku nak kongsikan satu lagi resepi di blog kesayangan ini dan sebagai menambah lagi koleksi2 resepi yang ada.






Blueberry Cheese Tart salah satu kegemaran aku dan ramai lagi. Buatnya mudah cuma nak buat shell atau kulitnya yang remeh sikit lagi2 kalau guna acuan kecil 4.5cm. Kecil2 pun comel!. Terus sekali ngap..masuk mulut. Hmm...dap!

Actually kulit tart ni boleh menghasilkan tart2 yang berbeza seperti fruits tart, egg tart, hollander tart, red valvet tart dan sebagainya. Terpulang pada kreativiti anda. Kulit tart yang sedap pada tekak aku ialah yang lembut dan gurih. Gurih tu macam garing sikit tapi bukan keras! Dan kulit tart ini mesti ada 'rasa' lemak dan bukan rasa tepung semata. Oleh itu gunakan butter yang sedap atau margerine yang lazat untuk mendapatkan rasa sedap kulit tart ini. Lebih kurang rasa macam biskut raya lah.

Salah satu lagi sebab aku suka buat cheese tart ini ialah aku dapat melukis dan melakar2 corak di atasnya. Ini juga merupakan satu terapi bila pinggang dah rasa lenguh buat kulit tart. Rasa seronok sangat melihat corak2 tu. Dulu2 masa sekolah memang tidak pandai sangat utntuk melukis tapi entah macamana sekarang ini tangan tiba2 menjadi lembut melakar corak2 di kanvas cheese ini.

Corak2 ini juga kadang kala menjadi trademark pada seseorang pembuat cheese tart. Bila tengok satu2 corak tu mesti dah tau dia yang buat. So..you can create your own trademark secara tidak langsung. Yang di bawah ini adalah percubaan menbuat corak bunga tulip. Boleh lah ekk.. aku pun bukannya pandai sangat!.





Ok..kita intai2 resepi dari blogger Azita Zain yang femes dengan cheese tart ini tapi resepi ini aku ambil dari blog seri kandi  yang juga laris menjual cheese tart menggunakan resepi yang sama.


BLUEBERRY CHEESE TART.
Resepi   : Azita Zain
Sumber  : Blog seri kandi

Kulit tart/sweet pastry
170gm margerine (aku guna butter)
50gm gula icing
1 biji telur C (aku guna B)
1 st esen vanila
290gm tepung gandum

Cara2.
1. Pukul sekejap margerin dan gula icing dengan senduk kayu.
2. Masukkan telur dan esen vanila, pukul dengan senduk kayu hingga sebati.
3. Masukkan tepung gandum dan uli dengan lembut (guna hujung jari) hingga jadi doh.
4. Tekan doh pada acuan tart. Jangan terlalu nipis atau terlalu tebal.
5. Cucuk2kan kulit tart dalam acuan dengan garfu untuk mengelakkan  ia menggelembung.
6. Bakar pada suhu 160 - 170 selama 25 minit hingga kekuningan. (suhu oven ikut kesesuaian oven sendiri)
7. Bila sudah masak angkat dan biarkan suam baru diterbalikkan acuan untuk mengeluarkan kulit tart. Jangan dicungkil.

Bahan krim.
250gm cream cheese (philadelphia)
50gm gula kastor 
1 biji telur (B)
1 st esen vanila/lemon (aku guna esen lemon - sedikit saja)
blueberry filing secukupnya.

Cara2
1. Pukul cream cheese dengan gula hingga kembang (guna mixer)
2. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan ke dalam piping bag.
4. Ambil sedikit adunan keju dan campurkan dengan pewarna yang di sukai.
5. Masukkan bluberry filing ke dalam piping bag dan picitkanlah ke dalam kulit tart secukupnya.
6. Picitkan cream cheese di atas blueberry hingga memenuhi kulit tart dan lorekan adunan cheese yang bewarna tadi dengan lidi dan buatlah corak yang disukai.
7. Bakar sekejap 5 - 7 minit pada suhu 160C (oven  aku) dan untuk menentukan cheese telah masak atau belum, sentuh permukaan cheese dengan jari. Jika tidak melekat bolehlah diangkat. Jika masih melekat di jari tambah masa membakar 1 atau 2 minit lagi.

** Tips **

Cairan dalam telur yang berbeza mungkin menjadikan sukatan tepung tidak semestinya 290gm. Masukkan tepung sedikit2 hingga menjadi doh yang lembut tidak melekat di jari dan mangkuk. Bila sudah cukup lembut jangan dihabiskan tepung itu.

Butter atau margerine yang terlalu lama pada suhu bilik atau terlalu lembik akan menyebabkan penggunaan tepung yang berlebihan dan menyebabkan kulit tart menjadi keras dan liat.

Campuran esen lemon atau sedikit perahan lemon ke dalam adunan cream cheese akan membangkitkan lagi rasa cheese itu.

Jangan membakar cheese tart terlalu lama nanti cheesenya tidak berkilat dan menjadi kusam.


Till we meet again.


Take care.











Friday, July 19, 2013

PUDING KARAMEL IDAMAN

Assalammualaikum.

Selamat menjalani ibadah puasa. Syukur kita masih berada di bulan yang mulia ini. Ada orang yang menjumpai bulan Ramadhan ini tetapi tidak dapat mengerjakan amal ibadat kerana terlantar sakit. Ada juga yang bertemu Ramadhan ini dan berakhir juga diRamadhan. Al Fatihah untuk Abang Basri suami sepupu aku Kak Anum di Telok Gong Klang yang sudah hampir seminggu menghadap Ilahi. Moga Kak Anum terus tabah dan redha dengan segala yang dihadapi.






Hari yang ke 10 Ramadhan. Banyak sebenarnya juadah yang dimasak tapi biasalah untuk orang2 yang bekerja macam aku ni terkejar2 dengan masa sebelum berbuka. Kadang2 lauk masih di atas dapur azan dah berbunyi. Jawabnya tak dapatlah nak snap gambar2 masakan sebab ramai yang dah menunggu untuk bersantap.








Puding Karamel yang sempat berposing ini sebenarnya aku buat dalam masa yang tak terjangka. Gara2 rasa tak puas makan karamel yang dibeli di bazar Ramadhan. Keras dan tah apa2 rasa. 






Satu pagi lepas sahur tiba2 je tengok semua bahan2 ada aku terus zup zap, zup zap (macam kartun pun ada..) sediakan puding karamel. Sekejap saja cuma tang karamel tu ambik masa sikit. Sebelah dapur buat karamel sebelah lagi masak air panas. Blend roti campur susu tapis telur dan tuang dalam loyang. Dalam 15 minit karamel dah masuk dalam oven. Set time 1 jam aku pun pegi mandi dan solat.





Balik kerja petang sempatlah karamel ni posing. Happy sangat sebab kejadiannya cantik!. Walaupun orang lain buat lagi cantik..ada aku kisah! Janji sedap dan mulus. 

Biasalah kan..anak2 komentar no. satu. "mama..lagi sedap dari bazar ramadhan'. "Mama boleh jual ni". "Boleh2..ambik order, ambik order!"...saja je memeriahkan lagi majlis.. hihihi..


 


oh! resepi ambil dari kak Nor secubit garam. Malesnya nak taip resepi. CnP je ye kak nor..ok ita...thank you kak nor.



PUDING KARAMEL IDAMAN
resipi : 
K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
5 biji telur A
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
2 keping roti
250 ml air
1 sudu kecil vanila

Utk karamel/gula hangus:
4 sudu besar gula
3 sudu besar air panas

Cara:

Panaskan oven kepada suhu 180C dan sediakan air panas mendidih  (utk kaedah waterbath).

Utk membuat karamel/gula hangus:

Satukan gula dgn air panas dan masaklah hingga menjadi karamel/gula hangus. Tuang ke dalam loyang dan ketepikan (aku guna loyang 8").

Untuk membuat puding:
Panaskan susu cair bersama gula. Kacau sehingga gula larut dan susu menjadi suam. Ketepikan.


Kisar roti yg dicarik2 bersama air hingga halus dan masukkan ke dalam sebuah mangkuk. 

Pecahkan telur ke dalam sebuah mangkuk lain dan kacau hingga sebati secara perlahan2.


Tapiskan telur ke dalam mangkuk berisi roti yang dikisar tadi. Masukkan susu cair yg dipanaskan bersama gula tadi juga vanila. 
Kacau sebati perlahan2 dan tuangkan kedalam loyang berisi karamel/gula hangus.Tuang adunan ke dalam loyang yg dah diletakkan karamel tadi.


Tutup loyang dgn menggunakan aluminium foil.

Biarkan seketika (lebih kurang 5 min) dan masak/bakar dengan cara waterbath sehingga puding masak (lebih kurang 50min - 1 jam).

Bila dah masak keluarkan dari oven dan sejukkan. Terbalikkan ke dalam pinggan dan sejukkan dalam peti ais.


# puding ini boleh juga dikukus selama 50 min atau sehingga masak. T
p utk menghasilkan puding yg halus teksturnya adalah digalakkan supaya ianya dimasak menggunakan kaedah waterbath.



*** aku guna cara waterbath, bakar 160C selama 50-60 min. 


Selamat berhujung minggu. Daa...

Saturday, July 13, 2013

BUBUR SUM-SUM...SETAHUN SEKALI.

Assalammualaikum.

Sabda Rasullullah saw :


"Barang siapa yang bersedekah menyediakan makanan bagi orang yang berpuasa , maka baginya pahala sebanyak mana orang yang berpuasa itu tanpa dikurangi pahala mereka".


Hujan awal dinihari menemankan pagi sahur aku waktu sorang2 di dapur menyediakan juadah. Nasib baik duduk di kompleks PDRM ini yang jiran2nya sebelah menyebelah dan ada satu blok di depan beranda dapur aku buatkan aku jadi berani. Itu pun bila lihat pintu dapur jiran sebelah dah terbuka baru aku berani buka pintu dapur. Hish ... hish.. hish.. takut tak tentu pasal. Bulan puasa kan semua setan2 kena rantai! Takut pada bayang2 sendiri.






Okey..ini bukan juadah bersahur tapi hari ni nak sharekan juadah berbuka. Juadah yang satu ini tak pernah tinggal dan hanya dijumpai di dapur aku pada bulan puasa sahaja. Bubur sum-sum pencuci mulut feveret hubby. Nak buatnya mudah, cepat dan senang. 

Sebenarnya...juadah ni aku sediakan masa cuti hari tu. Ada 2 3 menu yang aku buat. Cuti kan..banyak masa. Gambar pun posing dengan macam2 style. Kalau lepas ni gambar2nya sempoi2 je tu maknanya aku memang mengejar masa dan tak ada masa lah tu.







Selalu aku buat dari versi ori warna putih santan tapi kalau nak tukar color hijau pun boleh. Ada juga yang buat warna pink. Tak kisah lah asal sedap. 









Kalau nak kan bubur sum-sum ni agak keras sikit boleh kurangkan airnya. Buat dalam bekas kecik2 (acuan lompang) dan serve sebiji2. Kalau guna 5 cawan adunan agak lembik (seperti gambar di atas) dan kalau makan kena gunakan sudu. Lembik pun sedap...slurppp!...masuk dalam tekak.








Air gulanya boleh buat awal dan simpan dalam fridge. Kali ni aku guna gula nisan dari Terengganu yang diberi Asmah dulu. Kes nak perabihkan lah ni..sebab stok gula Melaka dah banyak dalam almari. Tunggu time je nak gunakan.






Untuk rujukan diri sendiri juga. Sebab buat setahun sekali nanti mudah lupa.

BUBUR SUM-SUM.

Bahan2.
1 cawan tepung beras
4 - 5 cawan santan
sedikit garam.

Cara.
Campurkan semua bahan dan kacau atas api yang sederhana. Kacau hingga pekat dan menggelegak satu dua bulp..bulp..tanda dah masak lah tu. Angkat dan tuang dalam bekas.

Air gula.
2 keping gula nisan atau seketul gula melaka
2 sb gula pasir (ikut manis)
1 cawan air
1 helai daun pandan (dikoyakkan dan disimpul)

Cara.
Gula nisan/melaka di potong kecil2 dan campurkan kesemuanya dan masaklah sehingga gula hancur. Tapis dan sejukkan.






Ramadhan..

"Awalnya rahmat
Pertengahannya maghfirah dan
Penghujungnya pembebasan dari api neraka".
- al hadis. -