Assalammualaikum.
Sihat semua ye...cuaca tengah sejuk ni memang seronok sangat kalau dapat bercuti. Bercuti kat rumah lepak2 golek2lah yang paling sedap. Tak payah fikir nak masak apa untuk family yang tak punya anak kecil lah. Kalau macam aku masak tak boleh tinggal even kalau bercuti ke mana2 lagi2 duduk homestay masak tetap jadi agenda utama. Family besar sekali sekala makan kat luar ok..kalau selalu koyak rabaklah purse aku. Kena pandai2 adjust agar percutian tidak rasa membebankan. Nak enjoy tapi kepala pening... pening! Kira duit di tangan sendiri.
Candy Batik berkacang seakan-akan kek batik biskut marie yang lain. Pada aku kek batik lebih kepada kek yang lembut sebab ada adunan telur dan susu segar di dalamnya. Candy Batik juga menggunakan biskut marie tanpa ada telur dan susu segar so, teksturnya lebih keras dan agak kering seperti candy2 yang lain.
Aku pernah buat kek batik yang lembut tapi anak2 tidak menggemarinya kerana biskut marie menjadi lembut. Anak2 lebih menyukai biskut marie yang masih keras dan rasa kekacang di dalamnya. Pada aku kedua2nya ok tapi candy kacang pada aku lagi sedap. Teksturnya yang agak keras dan liat2 milo yang sedap dan ranggup bila digigit.
Ini resepi lama yang aku simpan dari zaman anak dara lagi. Resepi asal dari sepupu aku Zaiton Alias yang mula2 buat dan tak menjadi tapi rasanya sangat sedap pada masa itu. Disebabkan aku dah jatuh cinta dengan candy ni aku minta resepi dan aku modified sendiri hinggalah candy batik ini seakan menjadi trade mark pada aku bila setiap kali adik beradik lain yang nak makan semua minta aku yang buatkan. Rakan2 juga menggemarinya sebab ianya lain dari kek batik yang biasa.
Cara masak juga adalah sama cuma bahan2 yang digunakan tidaklah semeriah kek batik. Apa yang penting dalam penyediaan candy batik ini ialah ianya perlu dikacau dengan api perlahan hingga pekat. Kepekatan atau kelikatan adunan akan mempengaruhi tekstur candy batik. Jika terlalu pekat candy menjadi sangat keras dan agak susah untuk dipotong tapi amat sedap dan ranggup. Jika adunan agak lembik dan tidak dikacau lama biskut marie tidak ranggup dan cepat lembik.
Candy Batik perlu dikacau selalu supaya adunan tidak hangus dan berkerak di bawahnya. Guna kuali tebal, dan masak lah dalam tempuh 15-20 minit bergantung kepada besar kecilnya api yang digunakan.
Alas loyang dengan aluminium foil dan lebihkan foil supaya senang menarik keluar candy apabila telah sejuk dan keras.
Semasa menekan candy di dalam loyang jangan dimasukkan semua adunan sekali gus kerana akan ada ruang2 kosong diantara biskut yang akan menyebabkan adunan longgar dan pecah ketika dipotong. Ambil sedikit adunan tekan2 di dalam loyang dengan cara menyusun biskut berlapis2. Tekan dengan kuat dan padat dengan tapak tangan yang dialas plastik. Buat sehingga habis. Buat dengan cepat
kerana jika adunan sudah sejuk milo akan mengeras dan tidak melekat diantara lapisan2 biskut. Jika ini berlaku angkat kuali dan panaskan di atas api sekejap hingga adunan milo agak lembut dan bolehlah ditekan ke dalam loyang.
CANDY BATIK BERKACANG.
Bahan2.
300-400gm milo
1/2 -3/4 tin susu pekat manis @ susu krimer (ikut manis)
1 paket biskut marie - dipatah2kan
250gm butter
1/2 cawan kacang tanah
Cara.
Sangai kacang tanah hingga masak, sejukkan dan tumbuk kasar. (boleh buat awal)
Cairkan butter dan masukkan susu. Kacau rata. Masukkan milo dan kacau selalu hingga pekat dan licin. Bila sudah pekat tutup api dan masukkan biskut marie dan kacang tanah. Gaul rata hingga semua biskut diselaputi adunan milo. Tinggalkan kacang tanah sedikit untuk ditabur di atas candy. Tekan adunan ke dalam loyang yang dialas dengan aluminium foil dan tabur kacang tanah di atanya. Sejukkan dalam peti ais.
Tips - candy ini agak keras. Gunakan pisau yang nipis dan tajam untuk memotongnya.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment