Selamat menjalani ibadah puasa. Syukur kita masih berada di bulan yang mulia ini. Ada orang yang menjumpai bulan Ramadhan ini tetapi tidak dapat mengerjakan amal ibadat kerana terlantar sakit. Ada juga yang bertemu Ramadhan ini dan berakhir juga diRamadhan. Al Fatihah untuk Abang Basri suami sepupu aku Kak Anum di Telok Gong Klang yang sudah hampir seminggu menghadap Ilahi. Moga Kak Anum terus tabah dan redha dengan segala yang dihadapi.
Hari yang ke 10 Ramadhan. Banyak sebenarnya juadah yang dimasak tapi biasalah untuk orang2 yang bekerja macam aku ni terkejar2 dengan masa sebelum berbuka. Kadang2 lauk masih di atas dapur azan dah berbunyi. Jawabnya tak dapatlah nak snap gambar2 masakan sebab ramai yang dah menunggu untuk bersantap.
Puding Karamel yang sempat berposing ini sebenarnya aku buat dalam masa yang tak terjangka. Gara2 rasa tak puas makan karamel yang dibeli di bazar Ramadhan. Keras dan tah apa2 rasa.
Satu pagi lepas sahur tiba2 je tengok semua bahan2 ada aku terus zup zap, zup zap (macam kartun pun ada..) sediakan puding karamel. Sekejap saja cuma tang karamel tu ambik masa sikit. Sebelah dapur buat karamel sebelah lagi masak air panas. Blend roti campur susu tapis telur dan tuang dalam loyang. Dalam 15 minit karamel dah masuk dalam oven. Set time 1 jam aku pun pegi mandi dan solat.
Balik kerja petang sempatlah karamel ni posing. Happy sangat sebab kejadiannya cantik!. Walaupun orang lain buat lagi cantik..ada aku kisah! Janji sedap dan mulus.
Biasalah kan..anak2 komentar no. satu. "mama..lagi sedap dari bazar ramadhan'. "Mama boleh jual ni". "Boleh2..ambik order, ambik order!"...saja je memeriahkan lagi majlis.. hihihi..
oh! resepi ambil dari kak Nor secubit garam. Malesnya nak taip resepi. CnP je ye kak nor..ok ita...thank you kak nor.
PUDING KARAMEL IDAMAN
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan2:
5 biji telur A
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
2 keping roti
250 ml air
1 sudu kecil vanila
Utk karamel/gula hangus:
4 sudu besar gula
3 sudu besar air panas
Cara:
Panaskan oven kepada suhu 180C dan sediakan air panas mendidih (utk kaedah waterbath).
Utk membuat karamel/gula hangus:
Satukan gula dgn air panas dan masaklah hingga menjadi karamel/gula hangus. Tuang ke dalam loyang dan ketepikan (aku guna loyang 8").
Untuk membuat puding:
Panaskan susu cair bersama gula. Kacau sehingga gula larut dan susu menjadi suam. Ketepikan.
Kisar roti yg dicarik2 bersama air hingga halus dan masukkan ke dalam sebuah mangkuk.
Pecahkan telur ke dalam sebuah mangkuk lain dan kacau hingga sebati secara perlahan2.
Tapiskan telur ke dalam mangkuk berisi roti yang dikisar tadi. Masukkan susu cair yg dipanaskan bersama gula tadi juga vanila.
Kacau sebati perlahan2 dan tuangkan kedalam loyang berisi karamel/gula hangus.Tuang adunan ke dalam loyang yg dah diletakkan karamel tadi.
Tutup loyang dgn menggunakan aluminium foil.
Biarkan seketika (lebih kurang 5 min) dan masak/bakar dengan cara waterbath sehingga puding masak (lebih kurang 50min - 1 jam).
Bila dah masak keluarkan dari oven dan sejukkan. Terbalikkan ke dalam pinggan dan sejukkan dalam peti ais.
# puding ini boleh juga dikukus selama 50 min atau sehingga masak. Tp utk menghasilkan puding yg halus teksturnya adalah digalakkan supaya ianya dimasak menggunakan kaedah waterbath.
*** aku guna cara waterbath, bakar 160C selama 50-60 min.
Selamat berhujung minggu. Daa...
Alahai cantiknya mesti sedap.
ReplyDeletefavourite e-na n kids juga ni...thumbs up!!
ReplyDelete