Friday, July 12, 2013

KURMA AYAM

Assalammualaikum. 

Selamat berpuasa pada semua. Alhamdullilah..menjumpai lagi sekali Ramadhan yang ke 1434H ini. Semuga ibadah kita semua diterima dan diberkati oleh Allah swt.

Bila tiba Ramadhan ibu2 lagi tambah pening nak sediakan juadah berbuka dan bersahur. Banyak bazar2 Ramadhan menjual berbagai jenis makanan tapi kadang kala banyak juga yang tak menepati citarasa.

Selalunya aku memang menyediakan sendiri juadah berbuka dan bersahur. Lebih puashati ikut citarasa keluarga sendiri. Masa ni lah masing2 punya request macam2, macamlah mama dia ni terror sangatlah memasak dan punya banyak waktu.

Ini hidangan awal puasa lalu. Aku memang ambil cuti dan sebab itu ada punya waktu untuk masak kurma ini untuk hidangan sahur. Mula2 puasa ni bilamana selera waktu pagi masih lagi 'beku' kenalah sediakan sesuatu yang istimewa untuk memancing selera anak2. Anak2 dah request nak ayam kurma. Ok..senang tak payah fikir2 dah. 






Resepi ni resepi biasa sahaja. Setakat ini aku masak ikut resepi ini. Mungkin satu hari jika ada terjumpa resepi yang lain sikit dan lebih sedap bolehlah aku mencuba lagi. 

Resepi dari sahabat aku Asmah di Manjalara. Dalam resepi asal santan yang digunakan dari 2 biji kelapa. So, boleh bayangkanlah kepekatan santannya. Aku cuma gunakan santan pekat dari sebiji kelapa. Boleh adjust santan ikut citarasa sendiri. 







Masa ayam kurma ni masih panas lagi kuahnya agak cair tapi bila dah sejuk baru agak pekat. Mungkin juga kerana aku gunakan kentang russet yang cepat lembut dan buatkan kuahnya jadi tambah pekat. So..kalau tak nak guna banyak santan tapi kuah nak pekat kentang boleh jadi pemangkin pada kepekatan kurma ini.









Seperti biasa detox dulu ayam ya sebelum dimasak seperti di sini detox. Masak dengan penuh kasih sayang. Bulan2 puasa ni sambil potong2 bawang, kosek beras atau apa2 sahaja kerja kat dapur tu selitkan dengan zikir2 dan tasbih. Pahala bertambah2 dan masakan tambah sedap. Senangkan nak dapat pahala?




KURMA AYAM

Bahan2.
1 ekor ayam (potong dan bersihkan)

(A)dikisar
6 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih    
1" halia                      

(B)dikisar
6 sb rempah kurma      
3 - 4 biji cili hijau        
1 ketul lengkuas muda 
sedikit air

(C) bahan tumis
1 btg kulit kayu manis     
2 kuntum bunga lawang  
5 biji buah pelaga           
5 kuntum bunga cengkih
2 tangkai daun kari


(D)dimayang
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 keping halia

santan secukupnya
4 batang serai diketuk
5 biji kentang (aku guna kentang russet 2 biji)
2 keping asam keping
2 kiub ayam
1 biji tomato (aku tambah)
sedikit minyak dan minyak sapi.

Cara2.

Panaskan minyak dan tumis bahan (C) dan bahan (D) hingga wangi dan layu. Masukkan bahan (A) biar agak garing sedikit baru masukkan bahan (B) dan kiub ayam. Biar sehingga rempah kurma pecah minyak dan masak.

Masukkan ayam, kiub ayam, serai dan gaul sebati. Masukkan sedikit santan cair dan bila ayam sudah lembut sedikit masukkan kentang. Jika gunakan kentang biasa yang berwarna kuning boleh masukkan bersama2 dengan ayam.

Bila ayam dan kentang telah empuk masukkan santan pekat, asam keping, tomato dan garam secukup rasa. Masak sehingga mendidih dan bolehlah dihidangkan.

Tips : Kurma ayam ini bertahan selama 2 hari (tak masuk peti ais) bila aku detoxkan dulu ayam tu tapi kenalah dipanaskan kuahnya juga. Makin lama makin pekat dan boleh dicicah dengan roti atau cekodok bawang dan lain2 yang sesuai.






Sabda Rasullah s.a.w :

"Sesiapa yang membaca satu huruf dalam al-Quran baginya satu kebaikan dan satu kebaikan itu digandakan dengan sepuluh. Aku tidak mengatakan : Alif Lam Mim satu huruf, tapi alif itu satu huruf, lam itu satu huruf dan mim itu satu huruf."

Selamat menjalani ibadah puasa dan rebutlah segala ganjaran yang diberikan dari amalan kita di bulan yang mulia ini.



No comments:

Post a Comment