Sabda Rasullullah saw :
"Barang siapa yang bersedekah menyediakan makanan bagi orang yang berpuasa , maka baginya pahala sebanyak mana orang yang berpuasa itu tanpa dikurangi pahala mereka".
Hujan awal dinihari menemankan pagi sahur aku waktu sorang2 di dapur menyediakan juadah. Nasib baik duduk di kompleks PDRM ini yang jiran2nya sebelah menyebelah dan ada satu blok di depan beranda dapur aku buatkan aku jadi berani. Itu pun bila lihat pintu dapur jiran sebelah dah terbuka baru aku berani buka pintu dapur. Hish ... hish.. hish.. takut tak tentu pasal. Bulan puasa kan semua setan2 kena rantai! Takut pada bayang2 sendiri.
Okey..ini bukan juadah bersahur tapi hari ni nak sharekan juadah berbuka. Juadah yang satu ini tak pernah tinggal dan hanya dijumpai di dapur aku pada bulan puasa sahaja. Bubur sum-sum pencuci mulut feveret hubby. Nak buatnya mudah, cepat dan senang.
Sebenarnya...juadah ni aku sediakan masa cuti hari tu. Ada 2 3 menu yang aku buat. Cuti kan..banyak masa. Gambar pun posing dengan macam2 style. Kalau lepas ni gambar2nya sempoi2 je tu maknanya aku memang mengejar masa dan tak ada masa lah tu.
Selalu aku buat dari versi ori warna putih santan tapi kalau nak tukar color hijau pun boleh. Ada juga yang buat warna pink. Tak kisah lah asal sedap.
Kalau nak kan bubur sum-sum ni agak keras sikit boleh kurangkan airnya. Buat dalam bekas kecik2 (acuan lompang) dan serve sebiji2. Kalau guna 5 cawan adunan agak lembik (seperti gambar di atas) dan kalau makan kena gunakan sudu. Lembik pun sedap...slurppp!...masuk dalam tekak.
Air gulanya boleh buat awal dan simpan dalam fridge. Kali ni aku guna gula nisan dari Terengganu yang diberi Asmah dulu. Kes nak perabihkan lah ni..sebab stok gula Melaka dah banyak dalam almari. Tunggu time je nak gunakan.
Untuk rujukan diri sendiri juga. Sebab buat setahun sekali nanti mudah lupa.
BUBUR SUM-SUM.
Bahan2.
1 cawan tepung beras
4 - 5 cawan santan
sedikit garam.
Cara.
Campurkan semua bahan dan kacau atas api yang sederhana. Kacau hingga pekat dan menggelegak satu dua bulp..bulp..tanda dah masak lah tu. Angkat dan tuang dalam bekas.
Air gula.
2 keping gula nisan atau seketul gula melaka
2 sb gula pasir (ikut manis)
1 cawan air
1 helai daun pandan (dikoyakkan dan disimpul)
Cara.
Gula nisan/melaka di potong kecil2 dan campurkan kesemuanya dan masaklah sehingga gula hancur. Tapis dan sejukkan.
Ramadhan..
"Awalnya rahmat
Pertengahannya maghfirah dan
Penghujungnya pembebasan dari api neraka".
- al hadis. -
waaaaaaa... saya suka tu bubur som som yg slurrrrrpppp jer lalu kat anak tekak, tak mo yg kena mengunyah, hehe
ReplyDelete