Friday, April 18, 2014
SCONE AGAIN.
Assalammualaikum.
Pagi Jumaat yang mendung hari ini tapi agak nyaman ketika angin sejuk menampar pipi di beranda dapur aku. Huh!...macamana nak tangkap gambar scone ni? Matahari macam malas je nak membuka mata. Dah lah kamera aku 2 3 menjak ni macam ada problem je.
Scone again? Entah kenapa bila aku tulis pasal scone semalam asyik dok teringat2 kat scone. Tekak bagai digaru2 nak makan scone. Lepas balik jogging semalam (tak jogging mana pun jalan2 je) terus siapkan bahan2 dan lepas maghrib terus menyecon...hihihi bahasa apa tu?
Dan OMG!...terkeluarlah perkataan tu kan..bila scon aku naik cantik, gebus, kuning keemasan dan baunya harum buat tak sabar nak makan. Memang scone ni makan panas2 sedap! Maksudnya bukanlah lepas keluar oven terus letak butter dan jam, nanti cair lak butter kau. Tunggu sat agak suam2 kuku cam tu dan nikmatilah keenakan scone homemade dari oven dan hasil tangan sendiri. Tak sempat dah nak buat teh, teguk air kosong je.
Masih guna resepi yang sama cuma kejadian scon aku kali ini lebih cantik dari yang aku publish semalam. Tak lembik dah sebab kali ni memang betul2 ikut resepi. Untuk dapatkan scone yang sedap silalah guna butter yang berkualiti yer..
Resepi boleh rujuk di sini dan di sini.
Mr Adam kata jadi lah scone aku ni cuma atasnya sepatutnya lebih smooth tapi aku suka pula yang crack2 cam ni. Berseni. Offer sebijik kat Mr Adam tapi dia tolak sebab dia ni diabetic. Huh...huh..huh...selamat scone aku!
Cherio.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alaaa Cik Taa... dah terbayang depan mata Starbucks ke atau Coffee Bean ke ... kat JB nih mana la nak mencarik Scone melainkan kat tempat-tempat macam nih
ReplyDeleteTetiba pulak rasa mcm orang English - petang petang makan scone dengan teh panas.. *telan air liur* sebab kat sini tengah hujan ... kalau pekena dua benda ni memang best.