Wednesday, April 30, 2014

SOTONG MASAK PAPRIK..yang melambai2...kampungku!


Assalammualaikum.

Senyum berbunga di bibir dari pagi tadi. Rasa senang sangat hari ini sebab...esok cuti! Labour Day!. Sambung terus hingga hujung minggu. Apa agenda? Balik kampung jumpa mak. Sebulan lebih tak balik kampung dah. Dah rindu kat Mak, kat anak sedara aku Sarah Miow2 yang dah berlari agaknya (baru dapat kaki) rindu dengan pasar pagi Batang Kali. Macam2 'bekalan' boleh dapat kat pasar ni. Sayur2 kampung, ulam-ulaman, ikan sungai, ikan darat, kuih2 aneka rasa dan rupa, nasi lemak kampung yang sedap, lemang sentiasa ada, putu mayam buatan orang Melayu yang sangat special, kain baju, perfume, tudung dan macam2 lagilah. Heaven! Semua ada kat situ. Bawak duit je. Oh!..miss you pasar pagi kampung ku.



                          

Masih dengan menu masakan minggu lepas yang agendanya membesarkan tummy. Tak lah...ikutkan selera anak2 je. Menu yang tak dirancang.

Hubby pulang dari pasar Tani Stadium Shah Alam dengan bekalan ayam dan sotong. Bila tengok sotong ni.. mak datuk!  besar gedabak punya sotong (lupa lak nak snap gambar) Sebab sotongnya besar dan panjang hampir satu tapak tangan aku ni, aku tak jadi nak buat sambal sotong campur kacang tanah. Anak2 pula minta sotong paprik sebab memang dah lama tak masak paprik. Asyik2 sambal je...(Iman merungut!)

Selalu aku masak paprik main campak2 je. Kali ni cuba resepi sotong paprik dari Yatie. Resepi ni sekadar guide line je sebab yang senangnya masak lauk pauk ni bahan2 boleh ubah2 ikut citarasa. Ikut apa yang ada di dapur anda semua.  Sotong ni boleh juga diganti dengan ayam atau udang. Sukahati lah.






SOTONG MASAK PAPRIK.
Sumber : yatiememories (C&P).


BAHAN-BAHAN
·                     600 gm sotong- bersihkan, cuci dan toskan
·                     Kacang panjang/bunga kobis/carrot/jagung muda/tomato - dipotong kecil (aku cuma ada carot sahaja)
·                     3 ulas bawang putih - diketuk
·                     1 ulas bawang besar - dipotong baji
·                     1/2 inci halia - diketuk
·                     1 batang serai - diketuk
·                     6 ulas cili padi - diketuk
·                     2 sudu besar sos tiram
·                     2 sudu besar sos cili
·                     1 sudu besar kicap manis
·                     1 sudu besar sos ikan
·                     3 helai daun limau purut - dikoyak-koyak
·                     Garam secukup rasa (jika perlu)
·                     1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
·                     Satu cawan air (jika suka berkuah)

CARA-CARA 

1.           Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang besar, serai, halia dan cili padi hingga naik bau.
2.           Masukkan sotong dan gaul rata.
3.           Masukkan semua sos dan daun limau purut. Tambah air untuk kuah, kacau lagi.
4.           Masukkan semua sayuran kecuali tomato masuk lambat sikit.
5.           Rasakan kuah, kalau kurang masin je baru tambah garam (sos ikan selalunya dah cukup masin).
6.           Masukkan tomato dan tepung jagung untuk pekatkan sikit kuah. Siap untuk dihidang.
7.           NOTA - tambah tepung jagung jika perlu je, jangan banyak sgt nanti kuah tu kering coz terlalu pekat. Selamat mencuba!






Tengoklah saiz kepala sotong yang dah dimasak tu. Itu pun dah agak kecut masih nampak besar. Aku pada mulanya cuak gak nak masak sotong yang besar dan tebal ni. Takut nanti liat macam getah. Google2 dapatlah tips supaya sotong tu tak liat.

*** Tips***
Gunakan api yang sederhana dan reneh lebih kurang 45 minit hingga dapat kelembutan yang diingini. 

Masak sotong dalam renehan mula dengan air sejuk. Maksudnya setelah kita tumis bahan2 dan mula tuang air terus masukkan sotong dan biarkan ia mereneh.

Boleh juga perap sotong dengan jus limau nipis atau lemon. Selain melembutkan juga untuk menghilangkan bau hanyir sotong.

sumber : tips masak sotong.







Bye. Selamat bercuti. Selamat hari Pekerja. Selamat berhujung minggu. 

3 comments:

  1. Whaa.. sodapnya. Dah lame x berblogwalking.. rindu.. selamat hari pekerja!

    ReplyDelete
  2. Besarnya sotong...goreng pon sodap..hihihi

    ReplyDelete
  3. Selamat Bercuti Cik Ta,
    Saya pun akan balik kampung juga ... memandangkan Cik Ta dah sebut pasal pasar Tani and such, tiba tiba teringat juga kat pasar pagi kat kampung ... dah terbau bau sayur2 kampung dan kuih kuih kat kampung .. rasa macam tak sabar pulak.
    Anyway, seafood memang favourite saya, termasuklah sotong .. maka .. melelehlah air liur sekarang ni ... nak keluar malas sebab hujan lebat .. terpaksala makan mee goreng masak sendiri jer... hahaha

    ReplyDelete