Assalammualaikum dan salam manis.
Kerana Daim dan Opera aku berulang lagi ke sini. Bukan ke Ikea ye. Masih setia berguru dengan chef nan satu ini. Ke Akademi Chef Amer.
Rata2 yang datang ke kelas last week disebabkan penangan bloger2 yang telah mempromosikan Daim dan Opera sebagai kek yang sangat sedap sentuhan by Chef Amer. Bukan senangkan nak dapatkan resepi dua kek yang tersohor gah yang disajikan di hotel2 besar ini. Alhamdullilah...sekali lagi memang sangat2 berbaloi!.
Untung juga rasanya pada sesiapa yang berada di Lembah Kelang yang berdekatan dengan Akademi ini. Untung sebab dapat belajar di dapur chef yang comel. Lagi untung dapat membelek2 semua peralatan dapur chef yang tak dapat di tempat lain. Akibatnya segala apa yang chef guna semua student2 nak miliki sama hinggakan bekas telur plastik yang telah digunakan terpaksa chef jual pada student2 dan chef terpaksa beli yang lain. Ini kes tak sempat@malas nak cari di kedai yang chef maksudkan.
Kalau dah namanya chef sudah tentu kami dijamu makanan yang sedap2 dari air tangan chef sendiri. Itu kot buat ramai yang teringat2 dan asyik berulang ke kelas chef.
Macam2 gelagat student bila dapat merasa kek Daim dan Opera yang mengancam. Dua kek lagi tu pun sedap jugak Volcano dan Hazelnut Torte.
Opera cake in the making.
(sorry...gambar2 sangat tidak professional)
nampak tak tempat telur plastik warna hijau bawah meja tu? Itu lah yang jadi rebutan sebab sangat praktikal untuk toskan telur yang dah dibasuh. Ekceli boleh je toskan dalam tapis tapi nak sama juga macam chef kan...
Berebut2 nak rasa lebihan kek Opera ini. Letak je habis. Chef kata pirannha dari Afrika dah terlepas!...
Volcano Cake.
Naik tinggi menggunung.
Jangan panik bila 'kawah' gunung berapi terbentuk. Nanti chef make-up kan.
The secret of Volcano. Kena datang ke kelas.
Hazelnut Torte.
The best cake ever after. Daim hazelnut almond croquant. Looks like hell taste like heaven!.
masing2 mengintai lebihan chocolate almond croquant.
yang sedap hingga menjilat jari. Habis semua ayu2, anggun2 hilang!
Lunch dengan nasi jagung, ayam berempah, dalca kambing yang lembut gebus dan fresh salad. Syukran..syukran!
Daim cake for my anniversary?..yup!
hahahaha.. sehingga menjilat jari!!
ReplyDelete