Assalammualaikum dan salam manis.
Hujung minggu yang banyak undangan majlis kahwin. Makan dan makan lagi. Alhamdulillah.
Sakit itu pun Alhamdulillah juga kan?. Jika sakit itu sebagai penghapus dosa2 aku terima seredho2nya. Cuma mohon pada Allah agar aku kuat untuk melalui fasa2 ini. Tabah menanggung sakit menunggu waktu kesembuhannya.
2 hari lalu aku mc. Sakit tiba2 yang tak terjangkakan. Dari malam dah rasa sakit dan harap2 pagi ada kurangnya tapi sampai ke ofis esoknya sakit masih tidak berkurangan. Lama juga aku tak ambil mc. Bereskan kerja yang urgent2 dulu baru aku ke klinik.
Hujan sangat lebat hari itu. Aku redah juga sebab tak mahu berlama2 di klinik. Nak terus balik tapi teringat pagi tadi aku tak masak apa2 untuk lunch. Dah suruh hubby beli je lauk tapi as a good mother tak sampai hati pula bila aku ada di rumah dan masih nak makan lauk yang dibeli di kedai.
Dalam laluan balik singgah sekejap di CHECKERS yang berada di laluan yang sama dengan klinik. Terpandang ikan kembong rebus ini dan terus sambar 2 packet. Harga ikan ini agak mahal sejak dari dulu lagi tapi ini salah satu ikan favourite aku. Dalam kepala dah plan nak buat goreng berlada.
Nak jodohkan lauk ikan ni aku memang suka kalau berkuahkan masak lemak putih. Semua ada di sini terus ambil sawi putih dan udang kertas buat masak lemak.
Faiz tak de kelas hari ini. Dalam menahan kesakitan aku minta tolong Faiz buat apa yang patut supaya cepat siap lunch untuk hari ini. Alhamdulillah..Faiz memang boleh diharap. Setakat potong2 cili, buang kulit udang tu dah pass sangatlah! Dua orang buat kerja memang cepat untuk masak lunch yang simple ni.
Hujan masih lebat mencurah2. Aku suka suasana ini. Hujan turun lebat tapi tidak ada angin atau ribut. Ingatan lalu menampar kenangan bila bau ikan digoreng dan bau hujan menyatu. Ingat masa kecik2 bila mak masak di dapur dan aku menghidu bau masakan dari rumah depan dalam kesejukan hujan yang membuatkan perut berkeroncong.
Inilah lunch aku untuk hari itu. Sawi masak lemak putih dengan udang kertas dan ikan kembong rebus berlada. Mak selalu masak ini dulu2. Sekarang aku masak untuk anak2 aku pula. Nostalgianya...
Resepi macam biasa buat ikan goreng berlada. Ini untuk rujukan anak2 aku je. Boleh guna resepi korang sendiri.
Ikan Kembong Rebus goreng Berlada.
Bahan2.
6 ekor ikan kembong rebus
1 cawan cili kering yang telah direbus
2 biji bawang besar (sedang)
2 biji bawang putih
1 -2 batang serai potong kasar
- Blend semua bahan kecuali ikan.
- Bersihkan ikan. Berhati2 sebab ikan ni lembut. Toskan dan goreng. Tak perlu letak garam dan kunyit.
Tumis bahan2 kisar hingga sedikit kering. Bila cili dah mengecut/garing perlahankan api. Campurkan garam ikut rasa. Masak dengan api perlahan hingga cili garing dan berwarna agak gelap dan ambil masa sikit nak garing sebab api perlahan. Sambal sangat sedap apabila cilinya cukup masak dan garing. Aku tak campur dengan sebarang sos sebab nak kan rasa ori sambal goreng kering.
Bila cili dah cukup masak campurkan ikan dan balik2kan dan bolehlah di angkat.
Sawi putih masak lemak
Bahan2.
2 tangkai sawi putih
+-100gm udang kertas (udang putih)
1 biji cili merah - dihiris
2 biji bawang kecik - dihiris
1 batang serai diketuk
santan secukupnya.
Cara2.
Bersihkan udang dan potong sawi. Hiris bawang merah dan cili merah. Masukkan bahan2 hiris, serai, sawi dangaram ke dalam periuk. Campur sedikit air dan masak sehingga sawi agak layu sedikit. Masukkan udang dan santan. Masak sehingga sawi lembut dan santan mendidih. Kacau selalu supaya tidak pecah minyak. Siap.
Lunch yang simple dan penuh nostalgia kasih sayang.
Adios.
No comments:
Post a Comment