Assalammualaikum.
Rasanya masih sempat lagi kot aku publishkan resepi ni untuk raya haji nanti. Actually banyak email yang aku terima tanya tentang macamana nak guna periuk PC Noxxa yang aku dah beritahu dalam entry sebelum ni. Boleh masak apa jika gunakan periuk tu?
Sebenarnya pada sesiapa yang dah beli periuk tu sebaik2nya bertanyalah pada orang yang menjualnya sebab aku pasti mereka tentu tahu masakan apa yang boleh dimasak dalam periuk tu. Tapi kan..mungkin Allah tu dah cipta hati aku ni yang tak sampai hati dan amat bermurah hati (siapa lagi nak pujikan...) dengan rela hati aku nak kongsikan tentang kegunaan PC ni.
Satu tujuan aku masa mula2 beli PC ni adalah supaya aku yang sibuk dan masa amat terbatas dengan kerjaya dan urusan rumahtangga dapat manafaat yang besar dari PC ni. Pendekata memudahkan segala hal2 masak memasak dan paling menjimatkan masa tak perlu berumahtangga kat dapur tu. Kesimpulannya..kita dapat menyediakan sesuatu masakan itu dalam masa yang singkat dan cepat instead of guna cara masak dengan dapur biasa.
Untuk raya haji atau raya puasa atau bila2 lah masa PC ni memang sangat2 berguna terutama nak buat rendang. Biasa masak rendang daging atau ayam pencen lebih kurang 2 3 jam nak tunggu daging/ayam empuk tapi kalau dengan PC ni lebih kurang 1 jam sahaja.
Ok..tengok dulu bahan2nya.
RENDANG AYAM PENCEN.
Bahan-bahan.
1 ekor ayam pencen
3 cawan santan pekat
1 cawan cili kisar
1/2 cawan kerisik
2 helai daun kunyit-dicarik2 kasar
2 helai daun kunyit-hiris halus
garam kasar, garam halus, gula, minyak dan sedikit asam jawa.
6 biji bawang merah
3 biji bawang putih
2" halia
2" lengkuas
7 batang serai
Cara2.
- On kan PC dan tekan butang stir/fry. Masukkan minyak dan bila dah panas masukkan bahan2 yang dikisar. Goreng hingga wangi.
- Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak. Offkan butang stir/fry.
- Masukkan ayam, santan, kerisik, daun kunyit yang disiat2 dan gaul rata. Pastikan ayam tenggelam di dalam santan. Jika santan tidak mencukupi tambah dengan santan cair atau air. Jika suka boleh lagi ditambah santan pekat.
- Masukkan sedikit garam kasar anggaran 1 sb.
- Tutup periuk dan on kan butang high pressure dan set timer selama 30 - 40 minit.
- Bila sudah cukup tempoh memasak keluarkan angin dan pindahkan rendang kedalam kuali untuk mengeringkan kuah rendang yang berbaki.
- Tambah garam jika perlu, gula dan sedikit air asam jawa. Rasa masam manis masinnya. Bila hampir kering masukkan daun kunyit yang dihiris. Siap.
Nota :
- Tempoh memasak rendang 30 minit dan dimasak lagi untuk mengeringkan kuahnya-ayamnya agak2 lembut dan ada rasa liat2 sikit.
- Tempoh 40 minit dan dimasak lagi untuk mengeringkan kuahnya - ayamnya lembut tapi tak hancur. Aku suka macam ni. Selalu buat 40 minit. Kalau ada nak yang liat2 sikit aku masak 30 minit sahaja. Terpulang pada citarasa anda.
- Jangan silap tafsir dengan PC anda jika memasak rendang ayam atau daging. PC ini tidak akam membuatkan rendang anda kering macam dimasak dalam kuali. Setelah daging/ayam lembut kuahnya perlu dikeringkan di luar (dalam kuali macam biasa) Fungsinya hanyalah untuk mempercepatkan daging/ayam empuk. Oleh itu santan atau cecair jangan terlalu banyak just cukup untuk melembutkannya sahaja. Juga jangan terlalu kurang nanti rendang anda hangit sebab bumbu2 di dalam rendang akan mendap ke dasar periuk dan menjadi hangit. So..pandai2 lah adjust. Practice makes perfect semudah ABC.
- Gunakan senduk kayu atau melamin semasa mengacau bahan2 dibimbangi lapisan tak melekat pada periuk tercalar..aduh!..sakitnya!
Selamat hariraya Aidiladha. Maaf zahir dan batin dari markisa@pdapor.blogspot.com
nampak sedap..lama x beli ayam pencen..)
ReplyDeleteblh keringkan guna stirfry ataupun slow cook... xperlu pindahkan ke kuali lain
ReplyDeletemaaf nak bertanya... kiranya selepas high pressure 30 hingga 40 minit, stop kemudian tekan butang slow cook pulak yer utk berapa minit?
DeleteNadia, tekan butang stir fry dan on. kacau2 rendang sampai kering airnya.
Deletestir fry tak de set masa. Kacau je sampai kering.
DeleteTerima kasih... nak try noxxa utk rendang raya nanti.. selamat berpuasa kak!
Deleteoh ya...boleh set ke stirfry tapi k ita lebih suka guna cara lama masuk dalam kuali sbb senang nak kacau. Thanks for the info.
ReplyDeleteNape sy set 8 minit ayam hangit
ReplyDeletemungkin kurang cecair dalam periuk tu. Pastikan ayam tenggelam dalam santan supaya senang boil dan tidak hangit sebab PC tekanan dan panasnya kuat. Bila ayam dah empuk keringkan dalam kuali macam masak rendang biasa.
DeleteTumpang lalu tuan tanah: sapa yg nak memiliki/beli piuk noxxa nih akak jual harga kaseh sayang. Pm akak laju-laju di 019-2494819.Tq.
ReplyDeleteYg belum beli cepat lah beli sebelum june 2017. Harga ahli rm719 dan bkn ahli rm863. Mai beli ngan ibu harga kaseh sayang. wasap 019-2494819
ReplyDelete