Wednesday, April 1, 2015

PAK CHOY SOS TIRAM DAN UDANG...welcome GST.


11 Jamadiakhir 1436H

Assalammualaikum. Salam manis.







Saja ambil kesempatan buat entry hari ini. 1.4.15 permulaan GST kan! Ramai merungut harga barang naik, minyak naik semua mahal menyusahkan rakyat dan macam2 lagi pada yang tak faham GST. Yang mengalu2kan pun ada kedatangan GST ni. Macam sambut raya pulak sampai ada macam2 ucapan yang diterima. Bagaimana keadaan hidup kita lepas GST ni semua kena tunggu dan lihat sebab walau pun dah banyak negara yang melaksanakannya keadaan ekonomi mereka tak sama dengan kita. Cuma berharap semuanya akan menjadi lebih baik dan baik. Jangan buruk sangka. Kalau tak ok...kuasa di tangan kita. Pandai2 lah kan.





Ok, satu resepi ringkas hari ini. Resepi biasa tapi ada tambahan sikit bagi lagi sedap. Resepi yang senang sangat nak buat lagi2 untuk anak2 dara dan bujang yang baru dok belajar turun ke dapur. Yang duk jauh dari mak2 dan belajar berjimat dengan masak sendiri yang lagi sedap dan puas makan. Kena pandai2 menambah nilai pada makanan kita dan pandai2 belanja duit sekarang ni. GST kan!...

Sebenarnya aku jarang masak sayur ni sebab bahan2 macam tak mengancam dan so simple. Mak yang suka buat bila kitorang balik kampung sebab bila ramai2 tu selalunya habis dan tak membazir. Bila aku diminta mewakili Perkep ke pertandingan Masak Masak bersama Maggi untuk menu makan tengahari kepala ligat berfikir nak masak yang simple dan yang penting guna produk maggi. Just try my luck guna resepi mak yang aku tambah dengan udang untuk sayur ni. Guest what?...hihihi...dari 20 kumpulan yang bertanding bidan terjun ni dapat tempat ke 4!. Not bad hah!.








PAK CHOY SOS TIRAM DAN UDANG.
Oleh : Cik Ta

Bahan2.
3-4 pokok pak choy
6 biji bawang putih-hiris nipis
2 sb sos tiram
1/2 cawan udang putih (bersihkan)
1/2 cawan air
1sk tepung jagung
sedikit cili benggala merah/kuning-potong dadu.
perencah secubit rasa

Cara2.
Celur pak choy hingga lembut dan masukkan dalam tapis. Jirus dengan air sejuk dan ketepikan.
Goreng bawang putih hingga garing. Angkat dan tinggalkan sedikit di dalam kuali. Jika minyak agak banyak keluarkan sedikit. Masukkan sos tiram, kacau2 dan masukkan air yang sudah dicampur dengan tepung jagung. Bila mendidih dan pekat sedikit masukkan cili benggala dan udang. Perasakan dengan perencah secubit rasa. Masak sekejap sahaja supaya udang tidak keras. Tutup api.

Susun pak choy dalam pinggan dan curahkan sos tadi di atasnya. Taburkan bawang putih goreng. Siap.

Sebagai kenangan di Karnival Masak2 Perwani Shah Alam.
(gambar2 dari h/p)




























Bye.


1 comment: