Thursday, October 10, 2013

KEK LUMUT KUKUS YANG TERSEDAP!


Assalammualaikum dan salam manis.

Resepi ni pun nampaknya macam dah berlumut juga bila disimpan2 terperap tak dibuat2. Tiba2 angin ribut melanda hati bagai ditarik2 untuk membuatnya. Sebab dah teringin sangat nak rasa kek ni di satu malam di hujung minggu lalu aku pun kuatkan hati dan semangat nak mengukus kek ini.







Aku suka kek kukus lagi2 kek kukus dari Sarawak tapi satu yang aku becinta sangat nak buatnya..ialah masa mengukus yang sangat panjang buatkan aku dah surrender awal2 angkat bendera putih. Memang becinta betul lah. 

Semenjak aku cuba bereksperimen dengan Pressure Cooker (PC) Noxxa pada kek buah kukus dulu rasanya semua masalah tu boleh selesai dengan cepat.Lihat sini.  Memang sangat2 berbaloi guna PC ni untuk kukus kek. Paling senang tak payah tambah air bila air mula kering jika guna pengukus biasa. Dah siap bancuh terus masukkan dalam PC set timer dan on. Sementar tunggu kek masak 2 jam tu boleh lah buat apa2 kerja lain. Senang kan?








Bagaimana rasanya? Oh..oh..oh...tersangatlah sedapnya! Rugi aku lambat mencuba dan lagi rugi siapa yang belum mencuba. Sedap sangat! lembut, moist rasanya. Cuma pada aku agak manis sikit. Tak tau lah silap kat mana sebab rata2 aku baca komen yang dah buat semua cakap manisnya sedang2 je. Bagi aku yang memang kuat manis ni, kek ni agak manis. Next time kalau buat kena kurangkan gula atau kena sukat betul2 sebab masa buat kek ni tang sukat guna sudu tu aku main agak2 je. Tu sebab terlebih manis kot. Overall...kek ni tersedap!





Walaupun permukaan kek aku ini macam permukaan bulan tapi keknya adalah lembut dan moist. Nyaman je masuk ke mulut. Kalau tak kerana rasanya agak manis harus sudah setengah kek ini aku korbankan untuk tekak aku. Dapatlah bagi sepotong dua pada jiran2 dan dapat juga bawa balik kampung untuk adik2 di sana merasa.








Satu adunan kek ini hanya untuk loyang 8". Muat2 dalam PC aku. So pada kawan2 yang nak gunakan PC ni nanti aku tunjukkan macamana nak set timer tu. Kalau guna periuk pengukus, kukuslah seperti biasa.

Resepi dari Dayang Jack. C&P dari blog Masam Manis.


KEK LUMUT

Bahan-bahan ( loyang 7 " x 7 ")
1 cawan tepung gandum ~ diayak
1 cawan horlicks
3/4 cawan gula halus
250 g mentega
4 biji telur A
pewarna hijau secukupnya 
4 sudu besar seri kaya
1/4 cawan susu pekat manis
1 sk esen vanilla


Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering)

* Kek ini memang tidak menggunakan sebarang bahan penaik 





Ini lah PC Noxxa tu. Ini masa aku rebus daging. Selalu buat dalam 30-40 minit. Sangat menjimatkan masa instead of berjam2 kalau guna gas. Sesuai untuk buat sup tulang. Raya Haji nanti nak buat sup memang aku guna periuk ni lah.








Ok..cara nak kukus kek dalam periuk ni. Aku tunjukkan step by step tapi without gambarlah ye. Belum bersedia nak buat yang bergambar tapi harap2 korang boleh faham langkah2nya sebab senang aje.



1) Masukkan pelapik periuk ke dalam periuk macam gambar kat sebelah ni. Kalau boleh beli yang kakinya agak tinggi sedikit. Aku beli di pasar pagi yang jual barang2 3 barang rm5.00 atau boleh je guna apa2 yang boleh dijadikan pelapik loyang kek (tin sardin yang kecik tu ke). Ikut kreativiti sendiri.

2) Masukkan air sama paras dengan lapik periuk dan set high pressure selama 5 minit bertujuan untuk panaskan air.

3) Bila kek dah siap diadun masukkan dalam loyang 8". Periuk ni muat2 untuk saiz loyang tu sahaja. Tutup loyang dengan 2 lapis aluminum foil dan tinggi (kembungkan) bahagian tengah foil supaya kalau apa2 kek yang kita masak dan naik cantik dia tak melekat kat foil tu.

4) Ikat foil ketat2 dengan tali.

5) Bila air dah panas selama 5 minit tolak penutup presure untuk keluarkan angin dan boleh dibuka periuk. Masukkan loyang dengan hati2 dan letak atas pelapik besi tadi. 

6)Tutup periuk dan set timer high pressure selama 90 minit. Bila sudah cukup masak 90 minit dan signal telah berbunyi tekan timer dan set lagi 30 minit untuk menjadikan tempuh mengukus selama 2 jam. 

7) Bila telah cukup masa, keluarkan angin PC dan buka tutup periuk (off kan PC @ tutup api). Biarkan kek sekejap di dalamnya anggaran 15-20 minit baru dikeluarkan dari periuk (sudah agak sejuk dan memudahkan untuk mengeluarkan loyang)

8) Buka ikatan tali dan buka foil untuk menyejukkan kek.

9) Taraaa..!!  kek dah masak dan cantik. Kalau tak jadi jangan salahkan PC tapi mungkin adunan salah dibancuh.


Selamat mencuba. 



13 comments:

  1. mmm... nampak lembut. Haruslah cair bila masuk mulut ni

    ReplyDelete
  2. aku ada PC Butterfly diameter 10" tapi xder timer kalau aku kukus anggaran 2 jam boleh jugak ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh saje..guna periuk kukus biasa pun boleh.

      Delete
  3. teringin la pulak nk ngukus,tp i jnis x cnfident la..kne cube gak nant

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah. Bila dah biasa baru tahu di mana salah silapnya. Alah bisa tehal biasa.

      Delete
  4. hii..nampak cam moist betul kek nye tu....memang duk cari resepi kek lumut..baru nak cuba...nak minta izin dgn tuan tanah dulu..mohon halal resepi ni ye :)

    ReplyDelete
  5. Salam sis baru tadi rasa kek ni kawan bg memang sedap sangat...kebetulan mmg ada PC yg sama so apa lg membuak2 hati nak try..just nak tanya air tuu takpayah tambah kee cukup2 untuk 2jam kukus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. kalau guna PC Noxxa tu tak perlu tambah air cuma tambah masa lagi 30 minit. Baca betul2 langkah2 nak guna PC tu macam yang kak Ita dah tulis kat atas. selamat mencuba. Nanti bagi respon ye.

      Delete
    2. Salam sis,sy xde tuku besi klau sy guna tin susu n ada isi lagi xpe k sis?

      Delete
    3. Salam sis,sy xde tuku besi klau sy guna tin susu n ada isi lagi xpe k sis?

      Delete
  6. Dlm gmbr tunjuk hight presure..mn satu ni..

    ReplyDelete
  7. Salam sis.
    Total masa yg d perlukan utk kek lumut ni 90min + 30min kan?
    Bukan 2 jam

    ReplyDelete