Assalammualaikum.
Mencari-cari, 'mencuri-curi' sedikit waktu untuk mengupdate blog ini. Bertambah sibuk dekat hujung tahun untuk Annual Audit dan to implement GST untuk Accounting System kat ofis ni. Bila ada benda baru mula2 rasa macam susah gak nak faham. Insyaallah...berdikit2 lah kita ye.
Kalau kita jual kek, biskut, roti dan semua bagai makanan kena GST tak? Hihihi...nak cerita pasal GST ni panjang lebar untuk kita2 yang buat jualan sikit2 ni. Kalau ada barang2 untuk makanan tu kita kena charge GST pandai2 lah nak absorp cost samada kita atau customer yang kena bare the cost. Kalau customer yang bare the cost mahal pulak harga kek kita kan? so..tepuk dada tanya poket. Nanti lah kalau ada info2 GST yang berkaitan dengan orang2 macam kita ni aku cuba sharekan.
Ok...resepi kali ni pun resepi yang dah lama dalam list. Tengok nama resepi pun memang menangislah. Bukan menangis sebab guna bawang yang banyaknya sekilo tu tapi nangis sebab tak tahan nak kopek bawang yang sekilo tu. Pedih mata ko! Berjurai2 airmata dengan siksa pedih yang melanda. Sebab nak merasa juga macamana sedapnya resepi ni aku tahankan jugaklah.
Aku guna pressure cooker masak daging ni so tak lah lama sangat bertunggu tangga kat dapur. Masa buka tutup PC ni aromanya keluar sangatlah wangi dan sedap! Wah! macam ni rasanya tentu sedapkan?
Sedap tu memang sedap cuma kalau pedas sikit lagi sedap. Pada tekak aku lah. Next time mungkin cili merah tu boleh aku campur sikit dengan cili api. Kalau untuk makan budak2 kira ok lah guna cili merah je.
Resepi ni banyak kat internet. Aku ambil resepi dari blog Amie's Kitchen nun jauh di Sabah sana. Dia ni terror betul memasak. Singgahlah di blog beliau untuk macam2 resepi yang sedap.
DAGING SEKILO BAWANG SEKILO
Resepi : Amie's Kitchen
Bahan2
1 kg daging dipotong kecil
500ml santan cair
250ml santan pekat
5 ulas bawang putih-cincang halus
1kg bawang besar-potong kasar-kasar (aku guna bawang besar yang saiz kecil)
15 biji cili merah-potong nipis-nipis
3cm halia-tumbuk
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
garam, gula, minyak dan perasa
1 st pati asam jawa
Cara2.
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, halia, kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
- Masukkan cili merah dan kacau hingga layu.
- Masukkan daging dan bawang. Gunakan api besar supaya bawang dan cili merah cepat hancur.
- Masukkan santan cair, perlahankan api dan tutup kuali supaya daging cepat empuk.
- Setelah daging empuk dan kuah hampir kering dan bawang serta cili telah hancur masukkan santan pekat , garam, asam jawa, perasa dan gula. Gunakan api perlahan.
- Kacau ssebati hingga terbit minyak. Rasa masin, manis dan masamnya sesuai tekak dan tutup api. Siap.
- Sedap dimakan dengan nasi impit atau nasi putih
- Jangkamasa memasak lebih kurang 2 jam tidak termasuk waktu penyediaan bahan2.
Tips :
Bawang yang banyak membuatkan rasanya agak manis so letak gula sedikit sahaja.
Kalau nak pedas menderhakalah sikit campur dengan cili padi potong2..hihihi...boleh ekk Amie.
Selamat berhujung minggu.
great entry...
ReplyDeleteWarnanya macam kuah percik kelantan...
ReplyDeletetapi bahan bahan tak sama ... mesti sedap!
Dah lama x up entri .. mcm kuah percik :)
ReplyDeleteTq sudi cuba resepi ni Ita, inilah satu2nya resepi tinggalan kawan baik kami semasa sama2 bertugas di sebuah sekolah di LD, katanya resepi dari neneknya di Melaka, tapi kami tak tau nak bubuh nama apa, nama Daging Sekilo Bawang Sekilo itulah yang kami guna... sedapkan!
ReplyDeletesinggah & follow tuan rumah..
ReplyDeletenampak sedap resepi ni...daging sekilo bawang sekilo..