Wednesday, January 21, 2015

PUCUK MANIS GORENG BERKELAPA

30 Rabiulawal 1436H.

Assalammualaikum.






Mengisi sedikit ruang waktu rehat ini untuk update blog. Rasa mengantuk sebab perut dah kenyangkan. U alls lunch apa hari ini? Lauk kampong?...bestkan! Aku kalau pergi ke restoren2 yang ada lauk macam2 lebih 50 jenis lauk mulalah meroyan pusing 2 3 round nak memilih sayuran dan lauk pauk. Rasa tak reti nak pilih yang mana last2 ambil telur dadar je!..hihihi...sebab masa pusing2 pilih lauk dah terliur dah. Last2 ambik telur dadar sebab rasa dah kenyang tengok lauk2 yang lain. Boleh gitu?

Nasihat aku kalau nak pergi restoren2 macam ni kena dah set dalam kepala nak makan apa. Kalau tak jadi macam akulah..tah apa2 punya menu yang jadi. Lepas makan nampak pulak dessert2 yang best2. Segala mak nenek bubur beratur dalam periuk2 tanah atau periuk2 yang berkilat2 tu. Belum tenguk lagi kat depan kedai ada orang jual goreng pisang cheese. Ooo...memang giler makan betul!





Kalau kat Shah Alam ni sebelah2 area aku ni ada 2 3 restoren yang menyajikan lauk2 kampung yang sedap2. Restoran Azira dan Hartini di sec. 10. Nak tukar selera Restoren Nasi Ayam Pak Mal yang famous kat Shah Alam ni ada di belakang restoren Azira.

Kat sec. 8 ada satu lagi restoren yang sangat luas dengan hampir 100 menu lauk pauk aku rasa. Tak tau nama sebab parking2 je terus masuk restoren tak sempat nak dongak atas tenguk namanya. Kalau korang sampai sini mesti jumpa sebab hanya ada satu sahaja restoren yang luas kat situ. Kalau datang sini memang meroyanlah aku! Psstt!...ada kedai dekat restoren ni jual tudung murah2! Percayalah...orang Kajang, orang Selayang pun beli borong kat sini. Aku beli tudung bling2 harga RM9.00 tapi tanya kat tesco 25.00 hingget! Ambik kau! (out of topic sikit..)


Satu lagi restoren yang aku tahu yang seangkatan dengan di atas ada di TTDI Shah Alam. Dekat shoplots yang ada bengkel2 tu. Kita orang panggil restoren merah sebab catnya warna merah. Yang ni pun best tapi jarang pergi sana sebab kurang berurusan di kawasan itu. Bubur dia semua sedap2!
Kalau pergi tapau untuk buat buka puasa aku nasihatkan tak payah. Buat kurang pahala puasa kau je.






Ok..ini resepi memang benar2 lama dan berkurun yang membesarkan aku. Pucuk paku, pucuk ubi, pucuk manis, pucuk betik segala jenis pucuk yang boleh dibuat ulam dan dimakan pernah aku makan...tu sebab awet muda kot...hihihi...

Dapat pucuk manis ni dari jiran sebelah Zura dari Kajang. Ini hasil dari kebun abangnya yang memang menjual sayur2 kampung ini. Sebeban pucuk manis dan pucuk ubi dibawa ke Shah Alam dan diagih2kan kepada jiran tetangga. Terima kasih daun keladi.

Daun2 pucuk manis yang segar dan muda2 ni buatkan tekak aku rasa nak makan sayur goreng berkelapa ini. Dah lama tak makan dan tak buat sebab anak2 tak suka. Memang aku seorang je lah melayan tekak dan nostalgia sayur ni yang mak selalu buat masa aku kecik2 dulu.

Resepi senang je macam goreng sayur2 yang lain. Pucuk manis dalam seikat dibersihkan. Bawang merah 3 biji, bawang putih 2 biji ditumbuk dengan sejemput ikan bilis yang telah direndam. Tumbuk kasar2 je. Cili merah dihiris. Boleh juga gantikan dengan ciki kering potong. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan masukkan cili hiris. Masukkan pucuk manis goreng2 hingga layu. Masukkan sedikit air dan tutup kuali bagi pucuk manis tu empuk dan betul2 masak. Bila dan empuk dan masak masukkan garam dan sedikit perencah Secubit Rasa. Keringkan air dan masukkan kelapa parut lebih kurang 1/2 cawan. Gaul2 rata dan tutup api. Siap.




***Nota:
Pucuk manis biar betul2 empuk atau masak sebab jika kurang masak siapa yang tak tahan tu akan pening kepala sebab orang tua2 kata sayur ni 'berangin'. Aku memang pastikan sayur ni masak betul sebab aku sendiri pernah terkena 'angin' ni naik sampai ke kepala. Hampir pitam lepas makannya. Bukan salah sayur..aku ni yang banyak angin dalam badan kot.

Kelapa jangan banyak sangat nanti sayur tu rasa 'kesat' sebab terlebih kelapa. Means...kau makan lebih kelapa dari sayur.

Makan ngan nasi panas2 dengan ikan goreng je pun dah sedap!

Adios.



3 comments:

  1. Assalamualaikum..wah kenyang mata masuk blog ni..memang suka makan pucuk manis tu tapi susah nak dapat zaman sekarang ni..dulu-dulu suka main buah di yg bentuk mcm buah cermai kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam che mid. lama tunggu che mid berkunjung kat sini. Atlast!. Terimakasih..jazakallah...
      Kat pasar tani Stadium byk tapi tu lah..tua2 daunnya. Kalau dekat nak jugak ita hulurkan tp tu lah...tengok gambar je lah.

      Delete
  2. Che Ta.. kengkadang perangai kita sama.. kalau g restoran yg banyak lauk mesti dok round dua tiga kali ... saya pulak, kadang-kadang dah duduk makan, lepas tu menyesal sebab tak amik itulah, tak dapat nak makan inilah, sebab takut nanti orang kata tamak pulak amik mcm mcm lauk..
    Apapun pucuk manis ni memang sedap... cuma saya kurang expert masak yg ada element santan...
    biasanya suruh kakak saya yg buatkan

    ReplyDelete