Assalammualaikum.
Mana yang datang dulu? Ayam atau telur?
Sebuah
jenaka lama telah dibawa turun-temurun: Yang mana datang dulu, ayam atau
telurnya? Sekarang saintis british telah pun mendakwa mereka telah menjumpai
jawapan yang tepat: Ayam datang dahulu.
Ini
kerana hasil kajian Sheffield dan Warwick Universiti, mereka menemui protein
yang hanya dijumpai pada ovari ayam untuk menghasilkan telur, kata mereka
kepada suratkhabar harian Daily Mail. Kemudianya melalui protein itu barulah
telur dijadikan.
Protein
itu mempercepatkan pembuatan kulit keras yang melindungi bahagian dalamnya. “Ia
sudah lama dijangka bahawa telur datang dahulu, tetapi asalnya bahawa ayam
datang dahulu.” kata Dr. Clin Freeman, daripada Sheefield Universiti, Jabatan
Kejuruteraan Bahan kepada the Mail.
Sumber
: Narloo
So..puashati sudah? Okey..sekarang kita masak ayam dulu. Ayam goreng telur asin. Telur asinnya telur itik dan bukan telur ayam.
Resepi ni boleh juga digantikan dengan ketam. Lagi sedap kalau guna ketam yang berkulit lembut (soft crab) tapi susah nak jumpalah ketam ni. Ketam biasa pun boleh.
Resepi dapat dari blog skyblue. Sila godek2 blog dia. Banyak resepi2 yang sedap. Aku rasa dia ni ada Chinese blood sebab kebanyakan resepi2 dia ala2 masakan Cina. Juga bahan2 yang digunakan rata2 orang Cina selalu guna. Masakan dia lain dari lain..untuk ubah selera memang berbaloi.
Aku tak buat ayam goreng seperti resepi asal. Aku just goreng ayam cam biasa campur garam dan kunyit sebab tak sempat nak perap2. Untuk bahan2 telur asin tu aku ikut 100%. Ayam goreng sunquick ni kalau makan macam tu aje pun sedap. Tapi kalau dicampur dengan telur asin lagi sedap. Kira satu resepi dapat 2 rasa lah. 2 in 1.
Sedap ratah ayam ni. Make sure kalau anak2 ramai cam aku ni, sila buat lebih. Sekilo memang tak cukup! Means...kalau buat untuk lunch, memang tak cukup untuk dinner lah.
Check it out!
AYAM GORENG SUNQUICK TELUR ASIN
Resepi : Skyblue
Bahan2 (Ayam goreng sunquick)
4 ketul ayam atau lebih-potong kecil
minyak untuk menggoreng
Bahan perap
2 tbsp sunquick
1 tbsp minyak bijan - (aku tak letak)
1 tsp serbuk lada hitam
1/2 tsp serbuk lada putih
2 tbsp tepung jagung
2 tbsp tepung gandum
1 tsp pati ikan bilis
1 tbsp kicap cair Loon Kee
1 biji telur
gula, garam.
Cara2.
Gaul ayam bersama2 bahan perap 1 1/2 - 2 jam.
Panaskan minyak. Goreng ayam hingga kekuningan.
Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidang.
Bahan2 (Ayam goreng sunquick telur asin)
12 ketul ayam goreng sunquick (yang kat atas tu)
4 biji kuning telur asin-kukus dan lecek (aku rebus cam biasa)
1 tbsp sunquick
1 biji cili merah-dicincang
1 biji cili hijau-dicincang (nak pedas letak cili api)
3 ulas bwang putih-dicincang
1 tangkai daun kari (aku guna 2 tangkai)
susu cair secukupnya (ikut citarasa masing2)
gula dan garam jika perlu
sedikit butter/minyak (aku guna butter)
Cara2
Panaskan butter/minyak. Tumis bahan2 cincang dan daun kari hingga wangi.
Masukkan kuning telur yang dilecek (aku campurkan sedikit putihnya-sayang nak buang)
Masukkan sunquick dan susu cair. Setelah mendidih masukkan ayam dan gaul rata.
Jika perlu tambah gula dan garam sesuai rasa.
Angkat dan hidangkan.
Hmmm...yummy..!
Masak ayam ni untuk dinner tu sebab gambar pun nampak malap je..
Nota:
tbsp = table spoon (sudu makan/sudu besar pun boleh)
tsp = tea spoon (sudu teh/sudu kecil)
anak lah ayam...
anak ayam turun sepuloh...da..da...da...
No comments:
Post a Comment