Friday, April 5, 2013

Daging Palembang - satu kenangan.




Assalammualaikum.






Salam manis di pagi Jumaat yang barokah pada yang singgah di sini. Moga hari2 anda sentiasa ceria dan dirahmati Allah untuk setiap apa yang dikerjakan.

Rezeki kita semuanya di tangan Allah. Kadang2 bukan hari ini rezeki itu diturunkan kepada kita. Mungkin esok, lusa, tulat atau beberapa tahun lagi.

Begitu juga dengan rezeki yang ini. Selalu makan daging masak yang biasa2 aje. Tak kari, kurma. Atau buat masak kicap atau rendang. Sejak terpandang resepi ni di blog sini, di sini, dan di sini tekak bagai digaru2 untuk mencuba resepi yang sedap menurut mereka yang telah mencubanya.



                  


Sebenarnya aku dah pernah makan daging palembang ini lama dahulu. A long, long time ago. Masa zaman2 tak pandai lagi nak memasak yang rumit2 cam ni (rumit bagi aku lah). Nampak macam daging masak kicap aje kan? Aku pernah minta resepi seperti ini dari seseorang yang buat masakan ini kerana tekak telah tersangat berkenan dengan rasanya yang lain dari daging masak kicap. Apa yang aku dapat?...hanyalah hampa bila dia kata resepinya macam masak kicap biasa cuma tambah kerisik je. Macam biasa? Masa tu aku memang tak biasa dan tersangatlah susah aku nak adjust bahan2 yang dia kata biasa tu. 

Zaman dulu masih tak ada internet lagi. Kalau ada pun  resepi hanya dari majalah atau suratkhabar sahaja. Aku pendamkan hasrat nak terus minta dari dia. It's ok. Aku bukan jenis yang nak merayu2, nak begging2 bagai lagi2 aku dah boleh baca alasan2 yang diberikan memang dia tak nak bagitau. 

Dan hari ini, resepi daging palembang ini bukan rahsia lagi. Berlambak2 dah kat alam maya ni. Ramai lagi orang2 kat luar sana yang lebih ikhlas dari si dia itu. Aku rasa satu hari nanti aku nak masak daging ni dan hantar pada dia. Biar dia rasa dan biar dia tahu aku juga boleh buat Daging Palembang!






Untuk sahabat2 di luar sana kalau cuba resepi ni dan sedap sebar2kanlah. Satu cara untuk menambah amal jariah kita di dalam melalui kehidupan yang terlalu singkat ini.



DAGING PALEMBANG
sumber: Madiha & Yatie

Bahan2
700gm daging - potong lebar dan nipis 
2 batang serai - dititik
500ml santan pekat
2 sb kerisik
1 cawan kicap lemak manis (cap kipas udang)
minyak untuk menumis

Bahan kisar
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia
2 inci lengkuas
15 biji cili kering (dikisar)-aku guna 1 cawan.

Bahan tumis
1 btg kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntuk bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 biji bawang merah-dihiris (yatie tambah)
2 biji bawang putih-dihiris (yatie tambah)
2 tangkai daun kari (aku tambah)







Cara2.
Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga naik bau. Masukkan bahan kisar bersama serai sehingga pecah minyak.

Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana hingga keluar air daging. 

Masukkan santan dan kicap. Biarkan hingga daging mula empuk.

Kacau sekali sekala hingga kuah pekat dan masukkan kerisik. Masak hingga daging empuk.

Nota : 

Daging boleh digantikan dengan ayam. Ayam perlu digoreng sedikit.
Daging boleh direbus dahulu hingga empuk dan ambil airnya. Aku guna pressure cooker je..nak cepat.
Dalam resepi asal jika tidak mahu menggunakan santan masukkan kerisik sahaja.






                    Selamat berhujung minggu. Daa...


No comments:

Post a Comment