Thursday, February 12, 2015

PULUT KUNING DILUPA JANGAN.

22 Rabiul Awal 1436H

Assalammualaikum.





Di dalam era globalisasi dan era internet kini kita lebih cenderung untuk mengikuti trend semasa dan moden lebih2 lagi untuk acara atau majlis2 keraian. Kek, cupcakes dan cookies sering kali telah mengambil alih hidangan kuih muih tradisional kita yang semakin dilupakan. 


Pulut kuning salah satu hidangan warisan Melayu yang semakin terpinggir. Jika dahulu pulut kuning sering menjadi 'kepala hidang' untuk majlis perkahwinan, pertunangan, aqiqah dan sebagainya tetapi hari ini pulut kuning sudah dianggap sebagai satu simbol hidangan untuk majlis2 tertentu sahaja seperti majlis2 keagamaan.






Mak aii!...tetiba lak nak tulis skema semacam. Terasa macam buat karangan BM atau Kertas Am pulak. Sekali sekala rindu alam persekolahan masih terasa walau sudah terlalu lama dan jauh ditinggalkan.






Ok..this is about pulut kuning. Salah satu makanan kegemaran aku sekeluarga dari atuk nenek hingga cucu cicit sekarang ini. Dari pulut kuning, pulut putih cicah inti kelapa manis, cicah serawa durian, sambal bilis, ketupat pulut, lemang dan kuih serimuka dan segala yang berasaskan pulut aku suka.

Orang kata tak boleh makan pulut berlebih2 nanti lemah badan? Tak tahu lah di mana kebenaran fakta itu tapi bagi aku ikut badan sendiri. Orang Kelantan dan Thailand yang menjadikan hidangan pulut ini sebagai santapan harian tak pulak aku dengar mengalaminya. Kesan yang nyata kulit dorang halus mulus dan putih2 sebab diakui pulut sangat baik untuk kulit dan kecantikan.






Aku pernah juga mengalami lemah2 badan selepas makan pulut ni terutama bila dah semakin berusia. Itu semua tidak menjadi penghalang untuk aku terus menikmatinya. Tips..?..hihihi. Jangan makan pulut semasa perut kosong! Makan selepas perut sudah dialas dengan sedikit makanan terutama yang nak buat brekfast dengan pulut. Insyaallah selamat!






Pada yang berhajat untuk menyediakan pulut kuning bagi menggantikan kek untuk majlis harijadi, sebagai hantaran, doorgift dan sebagainya bolehlah menempah di sini. Menyediakan pulut kuning beserta hiasan dan rendang daging yang sedap giler tu di sini atau rendang ayam pada harga mampu milik!

Sms/wasap Cik Ta 0108927929.





Bye. Ta..ta. 

2 comments:

  1. Che Da...ini hasil org yg tak pandai nak mengukir2 sayuran. Just letak sayur2an yg sememangnya dah sedia cantik. Pandai2 susun sendiri. kat CH banyak strawberry boleh buat macam2. Kalau pegi sana nanti nak borong strawberry satu lori..hihihi..

    ReplyDelete