Bukan perasan bukan perah santan. Bukan aku yang kata tapi orang2 yang dah merasa yang kata. Rendang daging yang sangat sedap! Sangat sedap makan dengan ketupat, nasi impit dan lemang di hariraya. Tambah dengan kuah kacang resepi mak mertua memang terangkat lah!
Dah jadi macam signature dish pula untuk aku sebab kalau buat rendang daging aku mesti guna resepi ni sejak dulu lagi. Resepi dari sahabat dan sifu aku dalam dunia masak memasak ni Puan Asmah Manjalara. Sejak buat guna resepi dia memang aku tak buat rendang yang lain dah.
Kunci utama untuk mendapatkan rendang yang sedap dari pengalaman aku ialah bahan2 mentahnya mesti fresh dan asli.
Kalau orang tempah rendang, seboleh2nya aku akan mendapatkan kerisik asli dan santan pekat tak campur air dari kampong di Batang Kali. Kalau korang duduk area sana pergilah ke Pasar Basah Batang Kali dan beli santan pekat serta kerisik dari kedai kelapa Kak Mah. Puashati sangat dengan santannya. Rendang jadi lemak dan hitam macam rendang Tok.
Satu lagi rendang ni ada campuran rempah ratus. Sangai hingga wangi tapi jangan sampai hangus. Rempah ratus ni lah yang akan membangkitkan lagi kesedapan rasa rendang. Harum semerbak satu rumah. Baru lah terasa suasana raya.
Dah lama nak share resepi ni dan alhamdulillah hari ini berkesempatan untuk menulis di sini. Pada yang masih mencari2 resepi rendang untuk hari raya ini bolehlah mencuba resepi ini.
RENDANG DAGING SEDAP GILER.
By : Asmah Manjalara.
Bahan A
1kg daging
8 biji bawang merah (aku guna 5-6 biji bawang besar sedang)
5 ulas bawang putih
2 inci halia
Bahan B
2 inci lengkuas muda
7 batang serai - hiris
2 sudu makan ketumbar (rata)>
1 sudu makan jintan manis > sangai hingga wangi
1 sudu makan jintan putih >
3 cawan cili kisar
2 biji santan - aku guna 1kg santan pekat
4 sudu makan kerisik - aku guna 6 sudu
2-4 helai daun kunyit-carik2kan
garam, asam jawa dan gula
Cara.
Kisar bahan A. Tapis dan airnya diguna untuk kisar bahan B. Kalau tak cukup tambah sedikit air. Kisar bahan B.
Panaskan minyak tumiskan bahan A hingga ringan. Masukkan cili kisar dan masak sampai pecah minyak. Masukkan bahan B dan kacau hingga wangi. Pastikan minyak mencukupi. Jika kurang bahan2 tumis tidak cukup masak. Masukkan daging dan gaul rata hingga bercampur semuanya. Bila daging dah keluar air masukkan santan, daun kunyit dan sedikit garam. Masak hingga daging empuk. Boleh tambah air jika daging masih belum empuk. Masukkan kerisik, air asam jawa dan gula. Rasa masam manisnya.
Cara memasak menggunakan periuk Noxxa.
Tekan butang stir fry dan masukkan minyak. Bila sudah panas masukkan bahan A. Kacau hingga ringan. Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak. Masukkan bahan B dan kacau hingga wangi. Off kan butang stir fry. Masukkan daging, santan, kerisik dan daun kunyit. Untuk sekilo daging santan pekat lebih kurang 1/2 bahagian periuk dan jangan terlalu kurang cecair (santan) untuk mengelakkan bahagian bawah dasar periuk berkerak. Gaul rata. Tutup periuk dan tekan butang high pressure selama 30-40 minit. Bila sudah cukup masa keluarkan angin dari periuk dan buka tutup periuk. Tekan butang stir fry untuk mengeringkan rendang. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Suaikan rasa ikut selera. Kacau2 selalu dan masak hingga kering. Cara aku untuk mengeringkan rendang ialah aku alihkan rendang dari periuk PC ke dalam kuali dan keringkan dalam kuali besar. Lebih mudah untuk mengacau hingga kering.
***Tips.
1) Pastikan bahan2 yang ditumis benar2 masak supaya rendang tahan lama.
2) Bila rendang telah agak2 kering kecilkan api dan kacau sekali sekala sehingga terbit minyak.
3) Rendang yang cantik dan tahan lama ialah apabila minyak telah keluar dari rendang itu.
4) Untuk membuang minyak yang berlebihan - kuakkan rendang ke arah ke luar kuali hingga membentuk bulatan dan biarkan minyak yang berlebihan bertakung di tengah2 kuali. Bila telah sejuk ambil rendang ditepi2 kuali tanpa mengusik minyak yang bertakung di tengahnya.
5) Jika menggunakan periuk PC set masa 20-30 minit untuk daging batang pinang dan daging biasa selama 30-40minit. Proses mengering rendang akan menjadikan daging lebih lembut.
6) Jangan tutup rendang yang masih panas dengan dulang atau tutup periuk. Ini menyebabkan rendang cepat basi. Tutup kuali dengan tudung saji yang besar (bulat).
7) Gunakan rempah2 yang masih baru dan disangai hingga wangi. Rempah2 ini yang membuatkan rendang menjadi lebih sedap. Percayalah...jika rendang anda sedang menggelegak dan bau harumnya mula terhidu dan buatkan anda berasa lapar atau terasa nak makan maknanya rendang itu pasti sedap. Suaikan rasa masam, manis dan masin.
Ini adalah rendang yang aku buat bersama pulut kuning dipertandingan Hari Keluarga Perkep tahun lalu dan mendapat tempat pertama. Berebut2 nak rasa rendang selepas tamat pertandingan.
Resepi ikhlas dari aku untuk dikongsi bersama family dan orang2 tersayang.
Giler masak, giler kentang tak pe. Jangan giler meroyan!.
Salam Aidilfitri.
Kebetulan saya tgh mencari resepi rendang. Minta izin nak cuba resepi ini ya
ReplyDeleteAda lagi tak? Kalau ada boleh gak saya g beraya umah Cik Ta .. hehehe ...
ReplyDeleteKalau En Rosdi nak datang kita masak yang baru lah...selamat hariraya.
DeleteBoleh Azie. Tu sebab saya share resepi kat blog ni. Untuk dikongsi dengan semua. Thanks for singgah di blog kerdil ini.
ReplyDeletesedapnya pulut kuning tu mkn dgn rendang..nyum2
ReplyDeleteboleh la masak rendang daging korban yang baru dapat ni...sedapnya makan dengan pulut.
ReplyDeleteHi, boleh tumpang tanya, ya? Since tempat saya tinggal tak ada daun kunyit nor the cili boh, berapa sudu serbuk kunyit or berapa cm fresh kunyit to be put? Also, saya tak pandai to make blended chili from dried chili to keep in the fridge, berapa batang dried chilies should I use for 1kg of beef? Harap respond, terima kasih in advance.
ReplyDeleteHi Honey. Terima kasih sbb sudi singgah. Kalau tak ada daun kunyit pun tak apa. Serbuk kunyit or fresh kunyit tak sama rasanya kalau nak gantikan daun kunyit even ia dari spesis yang sama. Daun kunyit jadikan rendang lebih wangi dan sedap.Serbuk kunyit or fresh kunyit tak letak pun tak apa. Kalau dah ada fresh kunyit cuba2 lah tanam untuk dapatkan daunnya. Cili kering cuba buat dalam 20-30 biji untuk dapatkan 3 cawan cili blended. Kalau cili tu pedas kurangkan sikit. Cuba buat dulu dan mungkin boleh adjust cili atau bahan2 lain ikut kesesuaian janji bahan2 utama rendang semua cukup. Setakat daun kunyit tak ada no hal. Selamat mencuba dan berjaya. TQ.
ReplyDeleteHi Ita, thanks so much for your reply. I see.. cz like pelik your recipe yg simple yet looks so delicious ni doesn't require serbuk kunyit or fresh kunyit, just the daun kunyit. So I ingat that's the substitute la. Hahaha.. I wish I have a green thumb, so I shall plant all the trees I need, unfortunately semua yg I tanam -> DIED!!! Huhuu.. No worries, thanks once again for your reply and sharing the recipe with all the useful tips. God bless always.
DeleteGud luck sis... I pun baru nk mncuba resepi ni hope menjadi la
DeleteGud luck sis... I pun baru nk mncuba resepi ni hope menjadi la
DeleteTak pernah try wat rendang..sy budak br blajar...bnyak lagi resepi2 yg kena blajar...tq kak share resepi wat rendang..nnt leh ty ;)
ReplyDeleteTerima kasih bebanyak kerana berkongsi resepi...aemoga bertambah2 rezeki & keberkatan. Dok perantauan semua kena masak sendiri. Mohon cuba yek?
ReplyDeleteSangai tu mcm mana, kak? Thank youu
ReplyDeleteSangai tu mcm mana, kak? Thank youu
ReplyDeleteSangai tu adalah digoreng tanpa minyak. Bahan2 rempah tu masuk dalam kuali dan digoreng dengan api perlahan hingga naik baunya dan terus tutup api. Jangan sampai hangus nanti tak sedap. Rempah2 yang disangai buatkan sesuatu masakan itu lagi sedap dan terasa.
Deletedah try tadi.. alhamdulillah resepinya menjadi ('',) nyummeh
ReplyDeleteSedapnya rendang. Mesti cuba ni..
ReplyDeleteNk try la cik ta.
ReplyDeleteNk try la cik ta.
ReplyDeleteNk try la cik ta.
ReplyDeleteassalamualaikum, cik ta. sy nak tnya. kalo sy nak wat tok 3kg daging, sy kne gandakan 3 ke bahan2 ni? tq 4 da reply
ReplyDeleteWsalam. maaf lambt reply. Ya...gandakan 3.
DeleteAssalamualaikum...kalau nak guna santan kotak kne 1 kg santan ke..saya budk baru bljr masak..hehe
ReplyDeleteSalam kak..Kalau xguna santan boleh x??still sedap gila ke x??hihi
ReplyDeleteSalam sis. Jazakillahu khoiran kathira sbb sudi share resepi ni. Dah 2 kali sy cuba, alhamdulillah kwn2 n family suka sgt. Barakallahufik :)
ReplyDeleteDo i need to blend the meat as well?
ReplyDeleteSalam aunty. Resipi ni untuk berapa orang makan ya? :)
ReplyDeleteLove ur recipe..dh cuba buat masa raya aritu..sgt sedap!semua org puji ckp sedap..tq ita for ur awesome recipe
ReplyDeleteSaya dah cuba buat semlm..sedap dan puas hati..terima kasih ..
ReplyDeleteResepi ni utk berapa org makan?
DeleteSaya dah cuba buat semlm..sedap dan puas hati..terima kasih ..
ReplyDeleteAssalamualaikum.. Nak tanya.. Rendang kalau letak pat freezer, berapa lama boleh tahan? Tq
ReplyDeleteHi cik ta.. nk tanya kalau kita nk frozenkan pes je tanpa daging mcm mana tu.
ReplyDeleteKerisik letak satu paket ke atau 1 sudu jek?
ReplyDelete