Wednesday, March 18, 2015

FRUITS BREAD PUDDING



27 Jamadillawal 1436H

Assalammualaikum.

Aku nak sharekan resepi campak2 fruits bread pudding ini. Resepi diinspirasikan dari Azie Kitchen dan Masam Manis. Resepi Azie adalah puding roti yang simple dan digabungkan dengan resepi dari masam manis seasional fruit bread pudding. Aku gabungkan dan sukatan bahan2 ikut aku sendiri. Halalkan ye Azie dan Masam Manis.




Untuk resepi ini aku letak strawberry dan mulbery yang ada stok kat dapur. Buah2an terpulang nak letak apa yang ada. 

Always busy. Terus pada resepi.

FRUITS BREAD PUDDING
Oleh : Baked By Cik Ta

Bahan2

1 buku roti sandwich (lebih kurang)
2 cawan susu segar
1 cawan uht whipping cream
1 cawan gula halus
4 biji telur
1 sb lemon zest
4 sb tepung kastard bancuh dengan 1/2 cawan air
strawberry/blueberry/mulbery/black raisin secukupnya
sedikit butter
loyang 8x8"

Cara2.
Campurkan susu segar, whipping cream, gula, telur dan lemon zest dalam mangkuk besar dan pukul semua hingga rata. Masukkan campuran tepung kastard dan gaul rata.

Carik2kan roti dan masukkan dalam loyang. Tabur buah2an di atasnya. Curah sedikit campuran susu tadi hingga roti agak tenggelam. Carik2 lagi roti dan susun di atas lapisan tadi. Taburkan buah2an. Curahkan campuran susu dan buat hingga habis. Untuk lapisan atas sekali susun buah2an cantik2 dan taburkan sedikit butter di atasnya. Bakar pada suhu 180C selama 40-50 minit atau keperangan.







Sos Kastard Vanila.

1 cwn susu cair
1 cwn air
3 sb gula (ikut manis)
2 sb tepung kastard 
1 sk vanila
sedikit butter

Cara2.
Bancuh tepung kastard bersama air. Masukkan dalam periuk bersama bahan2 lain kecuali butter dan vanila dan masak di atas api hingga agak pekat. Masukkan butter dan vanila. Kacau rata dan tutup api. Siap.




***Tips***
Sukatan gula untuk puding roti agak manis dan sesuai untuk makan puding roti begitu sahaja tanpa sos vanila.

Jika makan bersama sos seeloknya sosnya tidak berapa manis.

Begitu juga sebaliknya. Jika puding roti sedang2 manisnya lebihkan manis pada sos. Terpulang pada citarasa masing2. Kita yang buat dia.


Bye. Selamat mencuba. 

4 comments:

  1. Hmmm...lama dah tak buat ni..mengancam tekak panas-panas ni eh...

    ReplyDelete
  2. As-Salam Cik Ita..
    selamat berkenalan,jom jadi kawan kat dapur saya pula.thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. Tkasih sudi singgah dan berlabuh. nanti kita jenguk2 blog awak pulak.

      Delete
  3. Casino Night in Las Vegas - JT Hub
    Hotel Rates. 경기도 출장샵 With 이천 출장마사지 this amazing Las Vegas hotel and casino, 과천 출장안마 you'll 양산 출장마사지 be at the very best Las Vegas casino in an instant, and 전주 출장마사지 the resort is just minutes

    ReplyDelete