Friday, January 17, 2014

MEATBALL ALA IKEA.

Assalammualaikum.







Ikea bukan lah tempat shopping untuk orang seperti aku ini. Setakat cuci mata dan nak cari2 idea deco rumah bolehlah kalau nak ke sana. Walau pun ketika bertugas di Kota Damansara dahulu, Ikea sangat dekat dengan ofis tapi sebab jam waktu lunch kalau ke sana buat aku lebih suka ke tempat lain. 

Rasanya seumur hidup aku yang dah nak masuk setengah abad beberapa tahun lagi ni memang aku tak pernah makan meatball di Ikea yang dikatakan sangat sedap itu. Menjejakkan kaki di Ikea pun baru hanya sekali tapi karipap telur Ikea dah banyak kali aku makan. Sedap karipap tu sampai mak pun teridam2.

Bila lihat meatball ini di blog rakan2 buat aku terliur juga nak mencuba.  SerikandiMadihah dan ramai lagi dah mencuba. Resepi asal dari blog Faa Rosli.. Berbulan juga tertangguh sebab tak de masa dan tak jumpa meatball Marina. Jumpa di Tesco tapi dah habis stok. Pegi lagi baru ada dan terus rembat 1 kotak dulu nak mencuba. Brand Marina ni mahal ekk? tapi nasib baik rasanya sedap!. memang sedap!. Cubalah..anak2 aku semuanya pantang...pantang tengok..licin! 

Oh! ya..menurut bloger2 yang dah pernah buat ni guna meatball jenama Marina dan rasanya sama/hampir sama macam di Ikea. Atau boleh je guna meatball yang korang rasa sedap. Aku rasa nanti nak cuba yang jenama Saudi sebab cousin aku yang buat bakso tu kata jenama Saudi sedap. Nanti kita try ekk...!







MEATBALL ALA IKEA.
(copy dari blog Serikandi)


*Meatball jenama MARINA secukupnya digoreng tanpa minyak dan api sederhana. Pastikan selalu balik-balikkan. Jangan sampai hangus.
*Kentang goreng secukupnya.
*1 sudu jem strawberry/blueberry/mixed fruit

Sosnya :
2 sudu mentega
1 1/2 sudu tepung gandum
1 biji bawang besar kuning - didadu kecil
2 biji tomato sederhana besar - didadu kecil
1 1/2 cwn air sejuk
100 ml susu segar/susu cair

3 sudu sos tomato
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
2 sudu sos lada hitam/serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam (Seri Kandi tukar dengan 1 sb serbuk Cukup Rasa Maggi)
1 sudu gula
1 kiub pati daging (Seri Kandi tak letak)
Caranya :

1. Cairkan mentega guna api perlahan. Tumis bawang hingga bawang layu dan warna kecoklatan (Jangan sampai garing)
2. Masukkan tepung gandum, kacau hingga berubah warna sedikit coklat. Kemudian masukkan tomato dan biar hingga tomato layu.
3. Masukkan air sejuk, susu segar, sos tomato, sos tiram, kicap manis, sos lada hitam, kiub ayam, gula dan serbuk cukup rasa. 
Kacau rata dan biar sampai mendidih.
4. Sentiasa kacau supaya tidak berketul. 
5. Kacau sebati. Tutup api dan biarkan suam sekejap kemudian masukkan dalam mesin pengisar, kisar sampai halus dan bolehlah dihidangkan bersama meatball, kentang goreng dan jem blueberry.



Aku tak makan dengan jem tapi rasanya tetap sedap. Terima kasih lah pada semua yang sudi berkongsikan resepi ini. 


Thursday, January 16, 2014

BLUEBERRY JAPANESE COTTON CHEESE CAKE


Assalammualaikum.

Baru dapat bersiaran hari ni...ceh..ceh..ceh...macam online kat TV lak ye. Entry pertama yang sweet2 sour tak jemu untuk ditelan. Cukup sedap kalau dapat layan sampai sepinggan. Sebagai simbol pada sebuah perjalanan kehidupan 2014 yang baru bermula. Ada masam manis dalam kehidupan yang bakal dilalui.

Cheese cake ni lebih kurang macam Blueberry Slice Cheese Cake yang pernah aku buat dulu di sini tapi kali ni dari resepi yang menggunakan sepenuhnya cream cheese dan sedikit butter. Mungkin sukatan cheesenya tidak berapa banyak yang membuatkan kek ini tidak merasa muak untuk dimakan. Sedang2 sahaja rasa cheese dan manisnya.

Gandingan cheese dan blueberry bak irama dan lagu. Memang sedap dan membuai2 rasa menelannya. Sapa2 yang sudi boleh cuba resepi di bawah.












Resepi dari blog My Baking Workshop  si Evelyn yang memang cheesecake tegar. Beraneka cheesecake yang ada dalam blog dia ni untuk dicuba. Resepi asal adalah Japanese Cotton Cheese Cake by Alex Goh tapi dimarblekan oleh Evelyn tapi aku abaikan marble tu dan letak blueberry di atasnya. Sorry ek Evellyn. Kak Ita nak habiskan blueberry yang hampir kecut dalam peti ais tu. Tu lah sebab nampak blueberry tu melimpah ruah meleleh2.











Blueberry Japanese Cotton Cheese Cake
Resepi asal : Alex Goh
Sumber      : Evelyn

Bahan2:
160g cream cheese
25g butter                    (A)
120g full cream milk

40g tepung kek / gandum  (B)
30g tepung jagung

4 biji kuning telur  ©

4 biji putih telur 
1/8 sk cream of tartar (D)
100g gula kaster
Secubit garam

1 sb serbuk koko
1 1/2 sb air panas (tambah jika kurang)  (E) (aku tak buat)

Cara2:
#Sediakan loyang bulat bersaiz 8" (20cm). Griskan permukaannya & alaskan dengan kertas minyak. Kemudian, balutkan loyang tadi dengan kertas aluminium.

1. Masak bahan A guna double boiler hingga cheese cair & pekat. Matikan api.
2. Masukkan bahan B, gaul sebati.
3. Masukkan pula bahan C.
4. Gaul sebati adunan cheese tadi hingga sebati, ketepikan.
5. Pukul bahan D hingga pekat & bertanduk.
6. Masukkan adunan cream cheese tadi, gaul sebati.
7. Tuang adunan kek kedalam loyang yang telah disediakan.
8. Satukan bahan E, tuang sedikit2 atas kek & swirlkan untuk membentuk marble.
9. Bakar kek guna teknik water bath selama 40 -45 minit atau hingga kek masak pada suhu 160C, guna api bawah sahaja.
10. Bila kek masak, segera keluarkan dari acuan & sejukkan sepenuhnya. Hiaskan jika suka.

Cooling process:
1. Untuk memastikkan kek nampak cantik & tidak kecut, segera alihkan kek dari loyang & sejukkan atas wire rack.
2. Potong kek bila sudah sejuk sahaja.





            "No matter how good or bad you think life is. 
Wake up each day and be thankful for life.
Someone somewhere else is fighting to survive"


Selamat berhujung minggu.



Tuesday, December 31, 2013

Are you ready...?


Assalammualaikum.

                             


Are you ready?...hhmmm...macam nak gi berperang je bunyinya. Seriau pun ada. 

Hari ini hari terakhir 2013. Esok insyaallah dapat lagi melihat matahari. Esok dah masuk 2014. Ada orang rasa biasa2 je. Sama je dengan hari2 sebelumnya. Rutin harian berjalan seperti biasa.

Azam? Tiap2 tahun pasang azam. Ada yang tercapai setengah, suku ada juga yang tak tersentuh pun. Aku main redah je walau pun dalam hati dalam kepala ada juga perancangan yang dah dirangka tapi semua itu terserah Allah. Perancangan sebagai guide dalam meneruskan kehidupan ini.

Okey...tak de entry masak atau resepi atau gambar2 tempahan kek. Touch and go je kat blog ni sambil nak ucapkan selamat, lancar, aman dan barokah dalam kehidupan kita untuk satu tahun lagi walaupun kita sebenarnya tak tahu pun apakah yang ada di selangkah kaki kita selepas ini.

Wasalam.














Friday, December 13, 2013

TEMPAHAN LAGI...meriahnya.

Assalammualaikum.

Salam manis dan salam bahagia.

Masa berlalu dengan sangat pantas. Akhir tahun Masihi 2013 hampir ke penghujung. Musim banjir di negeri2 Pantai Timur juga semakin beransur susut. Moga gelombang kedua jika terjadi tidak seteruk gelombang pertama. Jika boleh tidak berlaku langsung. Dugaan untuk penduduk Pantai Timur dengan banjir besar baru2 ini sebenarnya satu peringatan untuk kita semua. Redha sahajalah dengan kerugian dan musibah yang berlaku. Allah lebih mengetahuinya.

Bumi di Pantai Barat sebelah sini juga sering dibasahi hujan. Setiap hari atau selang sehari hujan pasti turun. Sama lebatnya dengan musim kenduri atau musim makan-makan free dihujung tahun.

Ada beberapa tempahan yang masih belum diupdate di blog ini. Sekadar untuk tatapan pengunjung blog dan terimakasih pada yang menempah. Lebih kurang minta halalkan.





Red Valvet with cream cheese
9"













chocolate mousse cake
with rainbow candy
9"













Red Valvet cupcakes
with gumpaste flowers





Russian Black and White cake
8"x8"





Russian Black and White Cake
9"x11"













Red Valvet with fondant gumpaste for hantaran.
8" round.




Have a nice weekends.

Tuesday, December 3, 2013

CANDY BATIK BERKACANG


Assalammualaikum.

Sihat semua ye...cuaca tengah sejuk ni memang seronok sangat kalau dapat bercuti. Bercuti kat rumah lepak2 golek2lah yang paling sedap. Tak payah fikir nak masak apa untuk family yang tak punya anak kecil lah. Kalau macam aku masak tak boleh tinggal even kalau bercuti ke mana2 lagi2 duduk homestay masak tetap jadi agenda utama. Family besar sekali sekala makan kat luar ok..kalau selalu koyak rabaklah purse aku. Kena pandai2 adjust agar percutian tidak rasa membebankan. Nak enjoy tapi kepala pening... pening! Kira duit di tangan sendiri.







 Dah lama tak share resepi. Hari ini in sya allah ada. Curi2 masa sikit dari kesibukan closing account, tempahan kek, nak siapkan bunga pahar. Penat tapi seronok.

Candy Batik berkacang seakan-akan kek batik biskut marie yang lain. Pada aku kek batik lebih kepada kek yang lembut sebab ada adunan telur dan susu segar di dalamnya. Candy Batik juga menggunakan biskut marie tanpa ada telur dan susu segar so, teksturnya lebih keras dan agak kering seperti candy2 yang lain.

Aku pernah buat kek batik yang lembut tapi anak2 tidak menggemarinya kerana biskut marie menjadi lembut. Anak2 lebih menyukai biskut marie yang masih keras dan rasa kekacang di dalamnya. Pada aku kedua2nya ok tapi candy kacang pada aku lagi sedap. Teksturnya yang agak keras dan liat2 milo yang sedap dan ranggup bila digigit.




Ini resepi lama yang aku simpan dari zaman anak dara lagi. Resepi asal dari sepupu aku Zaiton Alias yang mula2 buat dan tak menjadi tapi rasanya sangat sedap pada masa itu. Disebabkan aku dah jatuh cinta dengan candy ni aku minta resepi dan aku modified sendiri hinggalah candy batik ini seakan menjadi trade mark pada aku bila setiap kali adik beradik lain yang nak makan semua minta aku yang buatkan. Rakan2 juga menggemarinya sebab ianya lain dari kek batik yang biasa.

Cara masak juga adalah sama cuma bahan2 yang digunakan tidaklah semeriah kek batik. Apa yang penting dalam penyediaan candy batik ini ialah ianya perlu dikacau dengan api perlahan hingga pekat. Kepekatan atau kelikatan adunan akan mempengaruhi tekstur candy batik. Jika terlalu pekat candy menjadi sangat keras dan agak susah untuk dipotong tapi amat sedap dan ranggup. Jika adunan agak lembik dan tidak dikacau lama biskut marie tidak ranggup dan cepat lembik. 

Candy Batik perlu dikacau selalu supaya adunan tidak hangus dan berkerak di bawahnya. Guna kuali tebal, dan masak lah dalam tempuh 15-20 minit bergantung kepada besar kecilnya api yang digunakan. 

Alas loyang dengan aluminium foil dan lebihkan foil supaya senang menarik keluar candy apabila telah sejuk dan keras.

Semasa menekan candy di dalam loyang jangan dimasukkan semua adunan sekali gus kerana akan ada ruang2 kosong diantara biskut yang akan menyebabkan adunan longgar dan pecah ketika dipotong. Ambil sedikit adunan tekan2 di dalam loyang dengan cara menyusun biskut berlapis2. Tekan dengan kuat dan padat dengan tapak tangan yang dialas plastik. Buat sehingga habis. Buat dengan cepat
kerana jika adunan sudah sejuk milo akan mengeras dan tidak melekat diantara lapisan2 biskut. Jika ini berlaku angkat kuali dan panaskan di atas api sekejap hingga adunan milo agak lembut dan bolehlah ditekan ke dalam loyang. 






CANDY BATIK BERKACANG.

Bahan2.
300-400gm milo
1/2 -3/4 tin susu pekat manis @ susu krimer (ikut manis)
1 paket biskut marie - dipatah2kan
250gm butter
1/2 cawan kacang tanah

Cara.
Sangai kacang tanah hingga masak, sejukkan dan tumbuk kasar. (boleh buat awal)
Cairkan butter dan masukkan susu. Kacau rata. Masukkan milo dan kacau selalu hingga pekat dan licin. Bila sudah pekat tutup api dan masukkan biskut marie dan kacang tanah. Gaul rata hingga semua biskut diselaputi adunan milo. Tinggalkan kacang tanah sedikit untuk ditabur di atas candy. Tekan adunan ke dalam loyang yang dialas dengan aluminium foil dan tabur kacang tanah di atanya. Sejukkan dalam peti ais.

Tips - candy ini agak keras. Gunakan pisau yang nipis dan tajam untuk memotongnya. 


Selamat mencuba.

Thursday, November 14, 2013

SNOW CHEESE CAKE...


Salam manis untuk semua. 

Dah hujung2 kalendar sekolah ni ramai yang menghadiri majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah dan ramai juga anak2 kita yang meraikan kejayaan di majlis2 konvo yang sedang rancak sekarang ni. Tahniah untuk semua. Kejayaan ini adalah permulaan untuk langkah yang lebih jauh mengharungi perjalanan hidup yang penuh berliku.

Hujung minggu ini juga aku akan ke Uitm Bkt Mertajam, Penang meraikan kejayaan abang long Amirul@Ayoi untuk majlis konvonya selepas 3 tahun berhempas pulas (macam teruk nau..) memegang title student U. Ada rezeki sambung lagi tahun depan untuk degree pulak.








Ok..back to the resepi. Snow Cheese Cake. Dah lama kek ni femes sejak diperkenalkan. Sekarang keluar pulak versi yang 'dibaikpulih', versi modified atau penambahbaikan. Dari Snow Cheese Cake terhasilnya Cheese Cake Meleleh. Apa yang meleleh tu?..cheesenya yang meleleh. Kalau teringat kesedapannya air liuq pun boleh meleleh. Hebat betul kan?

Resepi aku ambil dari Kak Nor secubit garam. Sebenarnya kek yang digunakan adalah kek sponge/span tapi versi buat sendiri. Selalu dolu2 aku guna ready made kek span yang jual kat kedai bakeri bila nak buat jenis2 kek macam ni tapi kali ni aku ikut betul2 resepi kek span yang kena bancuh sendiri. Nak tengok perbezaan rasa dan teksturnya. Lagi pun nak menghabiskan tepung hongkong yang dah terbeli gara2 nak buat durian creepe tapi tak berkesempatan.

Hmm...not bad! boleh tahan. Kek naik mengebu2 dan lembut. Lebih kurang dengan yang ready made dan aku suka teksturnya yang tidak terlalu ringan tapi masih lembut dan gebu.

Beza snow cheese cake dan cheese cake meleleh adalah pada toppingnya. Kalau nak buat kek sebiji macam ni guna resepi topping yang biasa tapi kalau nak yang meleleh tu guna resepi lagi satu. Aku letak dua2 kat bawah nun. 

Kek ini ditutupi dengan parutan halus cheedar cheese. Nampak lagi mewah dengan rasa manis cream cheese dan cheedar yang masin2 sikit. Presentation yang sangat ringkas dan menarik sesuai untuk yang tak pandai deco2 tu. Buat kek ni paling senang dan rasa pun sedap. I was wondering...ada tak alternatif lain untuk gantikan cheedar cheese tu sebab pada tekak aku rasa masin cheedar tu macam mengganggu pulak. Ke ada brand cheedar yang sedap? Aku guna jenama Anchor. Sila lah share ye kalau ada.

Kek ni diorder oleh sahabat aku Mas dari Dapo Mak Katering untuk majlis makan2 untuk pasangan husband and wife. Tu sebab wordingnya ada jiwang karat sikit. Nak buat untuk hantaran atau anniversary pun sesuai. Terpulang pada citarasa masing2.





(rings are not included)




Resepi asal dari SherryMZ@MyResepi dikongsi oleh ramai blogger. Aku ni penyambung resepi dari blog Kak Nor Secubit Garam.  Check it out!

SNOW CHEESE CAKE
Resepi : SherryMZ@MyResepi
Rujukan : Kak Nor@Secubit Garam

Bahan2 (loyang 9")

Kek
4 biji telur
2 biji kuning telur
100gm gula castor
100gm tepung hong kong/superfine/tepung gandum
60gm tepung jagung
50gm air sejuk (dari peti ais)
1 st baking powder
2 sudu makan ovelet
75gm mentega (cairkan)

Cara2
1. Campurkan semua bahan kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana hingga pekat dan putih. Masukkan mentega cair. Putar lagi hingga sebati.
3. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu butter dan dialas dengan kertas minyak.
4. Bakar menggunakan api atas bawah pada suhu 150C selama 45minit -1 jam (ikut oven memasing).
5. Bila sudah masak sejukkan dan dipotong kepada 2 lapisan.
6. Sapukan krim cheese di atas kek dan tutup dengan satu lapisan kek di atasnya. Salut seluruh kek dengan lebihan krim cheese.
7. Taburkan cheddar cheese diatasnya.
8. Sejukkan selama 1-2 jam di dalam peti ais.

UNTUK KRIM 
250gm cream cheese
1/2 tin susu pekat manis
Cara - satukan kedua bahan dan putar hingga tidak berketul.

UNTUK TOPPING
1/2 kotak cheddar cheese (diparut halus)

CREAM CHEESE MELELEH
250gm cream cheese
120gm susu pekat manis
50ml UHT Whipping Cream
Cara - campur semua bahan dan pukul sebati. Adunan cair.

Tips :
1. Tak perlu sapu butter di keliling loyang cuma di dasar loyang sahaja.
2. Setelah kek masak terus telungkupkan loyang di atas redai dan biarkan sejuk. Ini untuk mengelakkan kek menjadi kecut.
3. Untuk cheese cake meleleh sila letak kek anda di dalam bekas dan lapiskan kek berselang seli dengan cream cheese diakhiri dengan taburan cheddar cheese. Gunakan  sudu untuk makannya.








Senyum sikit...say cheeseee...!!

Permisi.




Wednesday, November 6, 2013

TERIMA KASIH...



Assalammualaikum dan salam manis.


Salam Maal Hijrah 1425H. Permulaan tahun Islam yang sangat indah dipenghujung tahun 2013 ini. Semoga kehidupan kita terus diberkati di bawah naugan hidayah yang terus diberi untuk berada dilandasan yang diredhai.



Aku masih di sini. Setia mengadun butter dan gula. Menggaul tepung dan sirap kencana. Masih sibuk di dapur seperti selalu cuma tak berkesempatan untuk bertanya khabar di alam maya.



Terima kasih pada yang terus membizikan hari2 aku dengan tempahan yang agak berlarutan. Syukur alhamdullilah rezeki itu masih berpihak padaku. Walau pun masih banyak yang perlu diperbaiki dari segi decoration kek sekurang2nya tempahan2 ini memberi ruang pada aku untuk mencuba kreativiti dan mencabar kebolehan diri sendiri.



Sebahagian dari kek2 yang dihasilkan.



Russian Black and White
with choc. ganache 
hiasan fondant
saiz - 8x8
berat - 3.5 kg

tinggi - 4"










Pumpkin cupcakes
hiasan fondant
saiz - 2.5 oz








Cupcakes hantaran
Rainbow cake with fondant flowers
saiz - 2.5 oz










Moist choc. cake with 
choc. ganache
saiz - 9"









Red Valvet Cake
with fondant flowers
9x6"





Blueberry cheese tart









Russian Black and White
with choc. ganache
saiz - 9"
berat  - 3.5kg
tinggi - 4"








Russian Black and White
with choc. ganache
fondant decoration
saiz - 8x8
berat - 3.5 kg












Budget wedding cake
Red Valvet Cake with
cream cheese topping and
fruits decoration
45pcs cupcakes
cake - 9"








Russian Black and White
with choc. ganache and
fondant decoration
saiz - 8 x 8"
berat - 3.5 kg
tinggi - 4"










Adios. Jumpa lagi.